Soalan : Sekiranya harta tersebut telah dipakai oleh salah seorang waris (anak) tanpa diketahui oleh waris yang lain, apakah hukumnya?
Jawapan : Pada dasamya memanglah tidak boleh memakai, mengambil, termasuk memakan harta yang dimiliki oleh oranglain tanpa keizinannya.
Firman Allah Ta' ala:ولا تأكلوا أموالكم بينكم بالبطل وتدلوا بها إلى الحكام لتأكلوا فريقا من أموال الناس بالأثم وأنتم تعلمونTafsirnya: "Dan jangan kamu makan atau mengambil harta orang lain di an tara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula menghulurkan harta kamu (sebagai rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian daripada harta manusia dengan berbuat dosa, padahal kamu mengetahui salahnya.(Surah Al-Baqarah: 188)AI-Qadi Abu Ya'la berkata, a-bathill atau jalan yang salah yang disebutkan dalam ayat di atas mempunyai dua pengertian.
Pertama: . Mengambil harta berkenaan tanpa kerelaan pemiliknya, seperti mencuri, merampas dan khianat. Kedua: Mengambil dengan kerelaan si pemilik tetapi salah di segi hukum, seperti melalui judi, nyanyian dan harga arak.Mengikut AI-Zajjaj, di antara makna al-bdthil berkenaan ialah menyelewengkan amanah. (Ibnu AI-Jauzi, Zfid AI-Masir 1/176177). .
Ayat ini jelas melarang mempergunakan harta milik orang lain secara bathil.Di dalam kes-kes tertentu kita tidak dilarang mempergunakan (memakan) harta tertentu yang dimiliki orang-orang tertentu mengikut kadar yang tidak melampaui batas.
Firman Allah Ta'ala:ليس على الأعمى حرج ولا على الأعراج حرج ولا على الميض حرج ولا على أنفسكم أن تأكلوا من بيوتكم أو بيوت ءابآئكم أو بيوت أمهتكم أو بيوت إخوانكم أو بيوت أخوتكم أو بيوت أعممكم أو بيوت عمتكم أو بيوت أخوالكم أو بيوت خلتكم أو ما ملكتم متاتحه أو صديقكم ليس عليكم حناح أن تأكلوا جميعا أو أشتاتا.
Tafsirnya: "Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki dia berlaku demikian) dan juga tidak ada salahnya bagi kamu (termasuk orang-orang tersebut turut sama) makan di rumah kamu sendiri, atau di rumah bapa kamu, atau di rumah ibu kamu, atau di rumah saudara kamu yang lelaki, atau di rumah saudara kamu yang perempuan atau di rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di rumah emak saudara kamu (sebelah ibu) atau di rumah yang kamu kuasai kuncinya, atau di rumah sahabat kamu, tidak juga menjadi salah bagi kamu makan bersama-sama atau berasingan (hingga akhir ayat). "(Surah Al-Nur: 61)
Di antara pengertian ayat ini ialah: Tidak menjadi kesalahan kita makan di rumah kaum kerabat tersebut, termasuk juga di rumah anak sendiri. Selain di rumah mereka itu, termasuk juga di ladang yang terletak di dalam jagaan seperti hasil buah-buahan kebun atau binatang seperti air susu binatang ternakan itu sekadar yang dimakan dan diminum saja. Keharusan hukum seperti ini berdasarkan kepada kebiasaan adanya keizinan dan kerelaan dalam perkara berkenaan kerana keakraban kekeluargaan yang akrab dan persahabatan yang erat.
Mengikut nada pertanyaan di atas, barangkali harta waris yang dipakai oleh salah seorang waris tanpa diketahui oleh waris lain tidaklah termasuk dalam kes tertentu yang disebut di atas.
Adalah jelas di sini seperti disebutkan, bahawa dia memakai harta waris tanpa diketahui oleh ahli waris yang lain. Walaupun dia memakai tanpa diketahui oleh ahli waris yang lain, tetapi sekiranya yang dipakainya itu kurang ataupun bertepatan dengan kadar bahagiannya sendiri yang dia memang berhak terhadapnya, maka tiadalah ia salah.
Namun sekiranya yang dipakai itu melebihi daripada kadar setakat yang dia berhak, maka perbuatannya itu adalah salah. Seeloknya janganlah ia dipakai-pakai, sehingga lima perkara yang disebutkan di atas telah diselesaikan semuanya, termasuk pembahagian secara hukum faraidh.
Sumber dari : Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia ( USIM)
TENGKU ZAFRUL AKAN PERJELAS SPEKULASI SERTAI PKR DALAM MASA TERDEKAT
Sehari yang lalu
salam,
BalasPadamtentunya dihati kita harus punya rasa tanggungjawab dalam kebiasaan begini, agar kita mampu memahami batas-batas tertentu.
terima kasih atas perkongsian ilmu yang wajar.
salam al basri,
BalasPadamsaya setuju semoga Allah beri kita kefahaman.