Nuff Head

04 November 2011

Jerip Dakwa Peter Chin Guna Agenda 'Recycle'?!!!

Dr Jerip mendakwa Chin guna bahan kitar semula?  Ini sudah pasti kerana di Miri mengamalkan kitar semula bahan yang sedia ada untuk mengelakkan pembaziran!!!  Apalah salahnya untuk menggunakan pelan pembaharuan CWC yang sedia ada sekiranya cara ini dapat mendekatkan para delegasi yang hadir  kepada naluri pemimpin mereka!??!

Sekiranya para delegasi mahukan calon yang suka mengitar semula kerana rata-rata kedai di Miri banyak tidak menggunakan plastik untuk mengelakkan pembaziran dan boleh mengutip 20 sen daripada setiap pembeli yang malas membawa beg kitar semula sendiri atau yang suka membeli beg plastik untuk dijadikan alas tong sampah, maka Peter Chin lah calon mereka!!???

Sebaliknya jika mereka tidak suka mengitar semula dan masih mahu menggunakan beg plastik untuk membeli barang maka Wong Soon Koh adalah calon presiden mereka!??  
Adakah para delegasi mudah dipengaruhi dengan Plan Transformasi SUPP semata-mata atau mereka mahukan lebih dari itu?!!!  Mampukah Presiden dan Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP meraih sokongan penyokong kuat mereka suatu ketika dahulu untuk kembali memberikan perwakilan kepada SUPP?

Chin tidak membawa agenda perubahan: Dr Jerip
by Saibi Gi. Posted on November 4, 2011, Friday

Rancangan transformasinya didakwa sebagai bahan ‘kitar semula’ pelan pembaharuan CWC pada 2008

KUCHING: Rancangan Transformasi SUPP yang dilancarkan kumpulan Datuk Seri Peter Chin didakwa sebagai bahan ‘kitar semula’ daripada pelan pembaharuan parti yang dilakukan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) pada 2008.

Ketua SUPP Bengoh Dr Jerip Susil yang bersama dalam kumpulan Dato Sri Wong Soon Koh berkata tidak ada agenda baru yang ditawarkan oleh Chin dan rakan-rakanya.

“Misalnya syor untuk meminda perlembagaan parti mengenai perkara had memegang jawatan dalam parti, ini sudah dibincangkan dalam mesyuarat CWC dan semua kita bersetuju,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chin, setiausaha kerja dan Wong, timbalan setiausaha agung, dijangka akan bertembung dalam perebutan jawatan presiden SUPP berikutan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan memutuskan mengosongkannya susulan prestasi buruk dalam Pilihan Raya Negeri pada 16 April lepas.

Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) parti tertua dalam komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak itu dijadualkan diadakan pada Disember depan dengan membabitkan kira-kira 600 perwakilan.

Dr Jerip yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam berkata lagi syor-syor dalam Rancangan Transformasi SUPP tersebut turut memperlihatkan kumpulan Chin gagal memahami makna sebenar perubahan.

Transformasi menurut beliau harus membabitkan pertukaran pucuk pimpinan daripada yang lama kepada kumpulan baru. Malah perubahan cuba dibawa Chin tidak relevan dengan akar umbi, justeru ia tidak menyeluruh.

Sambil kecewa dengan sikap Chin yang sebelum ini mengambil keputusan untuk tidak aktif dalam politik sebagai permulaan pelan persaraan, Dr Jerip menyifatkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu sebagai tidak relevan dengan makna sebenar transformasi.

“Peter Chin dan orang yang bersama dengannya merupakan kumpulan yang enggan melepaskan jawatan dan tidak mahu melihat pelantikan orang muda,” katanya.

Pada majlis pelancaran buku Rancangan Transformasi SUPP di ibu pejabat parti kelmarin, Peter Chin disertai oleh para pemimpin antaranya Bendahari Datuk David Teng, Setiausaha Agung Datuk Sim Kheng Hui, Ketua Pemuda Sih Hua Tong, Ketua SUPP Kuching Datuk Lily Yong dan Ketua SUPP Kota Sentosa Datuk Alfred Yap.

Buku tersebut menampilkan tujuh agenda, terdiri daripada keutamaan terhadap kepentingan parti, pindaan perlembagaan parti, bercakap tanpa bimbang dan takut, melatih barisan pemimpin baru, membasmi amalan tidak sihat, mengukuhkan kedudukan kewangan parti dan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

Selain Dr Jerip, Wong disokong oleh Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, ADUN Opar Ranum Mina, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Datuk Francis Harden Hollis dan ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...