Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

31 Mei 2010

Pontianak di Balai Polis Betong Sarawak

Kelibat wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini, sejak sebulan lalu. Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu. Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.

Sejak itu, satu demi satu kejadian menyeramkan dialami anggota bertugas apabila mereka mendakwa ternampak wanita misteri dalam lokap di IPD baru berkenaan. Malah, kejadian itu berlarutan beberapa hari selepas itu dengan anggota lain turut mendakwa melihat kelibat lembaga terbabit ‘menyamar’ rakan setugas mereka.



Menurut sumber, lembaga terbabit kelihatan berlegar-legar di IPD itu namun tidak menjawab apabila ditegur.
“Wajahnya sama dengan seorang anggota bertugas di sini. Apabila ditegur untuk diberikan tugas seperti diarahkan pegawai atasan, ‘anggota’ terbabit hanya mendiamkan diri,” katanya.

Beliau berkata, anggota polis berkenaan hanya menyedari jelmaan itu selepas menghubungi rakannya untuk memaklumkan tugas yang perlu diselesaikan.

“Kejadian seumpama itu kerap berlaku sejak IPD berpindah ke sini. Ada anggota polis memberitahu ketika bertugas pada waktu malam, mereka diganggu seorang wanita yang menjelma dengan berpakaian serba putih dan berambut panjang. “Malah, ia turut dilihat berada di kerusi pegawai atasan dan ada anggota hampir pengsan apabila mereka disergah makhluk halus itu,” katanya.

Dalam kejadian terbaru minggu lalu, seorang anggota penyiasat hampir pengsan dan terpaksa melompat dari tingkap dua bangunan berkenaan selepas melihat lembaga itu berdiri di depannya.

“Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.

“Ketika itu, saya hendak keluar dan mengunci pintu kaca di pejabat. Tiba-tiba saya nampak seseorang berlari di belakang saya. Saya nampak jelas menerusi pintu kaca dan terus beristighfar.

“Ketika mahu membuka suis lampu berdekatan, tiba-tiba lembaga itu berdiri di depan saya dengan rambut berjuntai ke lantai,” katanya. Difahamkan, pihak IPD terpaksa mendapatkan khidmat seorang ustaz untuk ‘menangkap’ lembaga terbabit. Menurutnya, ustaz berkenaan memaklumkan lembaga terbabit ‘tidak tenteram’.

“Kami dimaklumkan, tempat ini pernah menjadi tempat pembunuhan yang menyebabkan lembaga itu melakukan gangguan. Ketika hayatnya, lembaga itu dipercayai dirogol dan dibunuh di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan, Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Beliau berkata, tiga anggotanya diganggu lembaga itu sejak bulan lalu dengan kali terakhir berlaku minggu lalu.

“Saya akui perkara ini berlaku dan kami sudah berikhtiar untuk memulihkan keadaan. Kami memanggil seorang ustaz dengan harapan ia tidak berulang,” katanya.

source: metro

30 Mei 2010

Dua samseng tembak menembak ala koboi

JOHOR BAHRU: Bagaikan aksi pertarungan antara dua koboi apabila dua samseng saling tembak menembak di luar pusat hiburan mengakibatkan seorang daripada mereka terbaring cedera parah, semalam.

Beliau berkata, apabila sampai ke tempat kejadian, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 50-an mengalami kecederaan di bahagian paha kanan dan pinggang sebelah kiri akibat terkena tembakan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, warga Singapura itu ditembak oleh seorang lelaki selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di tepi jalan. Difahamkan, sekurang-kurangnya tiga tembakan dilepaskan menggunakan pistol semi automatik.



“Orang ramai menyatakan melihat kedua-dua lelaki itu bertengkar di tepi jalan. Mereka juga melihat beberapa das tembakan dilepaskan ke arah warga Singapura itu,” katanya dalam satu kenyataan yang difakskan, semalam.

Amer berkata, lelaki yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), dan kini dalam keadaan stabil. Lelaki terbabit dikenal pasti mempunyai rekod jenayah lampau di Singapura selain pernah melakukan jenayah di negara ini.

Katanya, polis sudah mengenal pasti suspek yang melarikan diri selepas menembak mangsa. Suspek kes ini adalah seorang lelaki Cina berusia dalam lingkungan 40-an dan turut mempunyai rekod jenayah di negara ini, dan sedang diburu polis,” katanya.

Katanya, polis menyiasat pelbagai kemungkinan motif, termasuk pertelingkahan antara kongsi gelap, perselisihan peribadi atau saingan perniagaan haram. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan (cuba bunuh) yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun.

Difahamkan, polis turut berhubung dengan rakan sejawat mereka di Singapura bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kedua-dua lelaki terbabit selain mengawasi pintu masuk sempadan.

source: metro

29 Mei 2010

Millatfacebook cabar Facebook

Sekumpulan warga Pakistan mencipta laman web baru untuk menghubungkan 1.6 bilion Muslim selepas berang dengan laman Facebook kerana menyiarkan karikatur Nabi Muhammad selain mewujudkan saluran baru melawan propaganda anti-Islam.

Kumpulan itu membabitkan enam profesional teknologi maklumat (IT) di pusat budaya dan hiburan Pakistan, Lahore, yang melancarkan laman web www.millatfacebook.com, awal minggu ini. Ia dilancarkan selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas  bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

“Millatfacebook dicipta bagi memenuhi keperluan sosial penduduk Pakistan. Laman untuk Muslim termasuk orang lain yang baik daripada agama lain turut dialu-alukan,” kata laman web itu kepada yang berminat menjadi ahli.

“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24.

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim. Dikenali dengan singkatan MFB, seperti juga FB bagi Facebook, pengasasnya berkata, pakar IT kini berusaha memasukkan ciri-ciri lain ke dalamnya bagi mencabar pesaing dari California itu.

Setiap ahli memiliki ‘dinding’ untuk ulasan sahabat selain mengandungi kemudahan emel, foto, video, ruang sembang dan perbincangan. Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara.

Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an. Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat.

Dicekup menari dalam buih

Sekumpulan lelaki dipercayai beragama Islam yang berseronok dengan pasangan masing-masing sambil menari dalam kolam kecil dipenuhi buih di pusat hiburan di Taman Melaka Raya, ditahan lewat malam kelmarin.

Mereka dipercayai mabuk kerana mengambil minuman keras bagaikan tidak tahu malu menari dengan aksi ghairah dalam kolam itu.

Bagaimanapun, kegiatan melampau dianjurkan pusat hiburan berkenaan dihidu Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu premis terbabit kira-kira jam 12.30 tengah malam.



Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pesta buih berkenaan pada petang kelmarin.

Katanya, berdasarkan maklumat itu, pesta berkenaan dijangka bermula jam 10 malam dan aktiviti berunsur maksiat itu diiklankan secara terbuka menerusi kain rentang dipasang di pusat hiburan berkenaan.

“Kami menghantar dua anggota bagi menyusup ke premis berkenaan dengan menyamar sebagai pengunjung bagi mendapatkan maklumat.

“Pada dua jam pertama ketika pesta itu dimulakan ia kurang mendapat sambutan, sehinggalah hampir tengah malam barulah pengunjung mula ramai masuk ke dalam kolam disediakan,” katanya.

Rahimin berkata, menerusi risikan diperoleh mendapati kebanyakan pengunjung menari tanpa segan silu bercampur lelaki dengan wanita dan dipercayai mabuk.

Katanya, pengunjung wanita berkenaan berpakaian seksi sehinggakan ada di antaranya seolah-olah seperti bercanda di tepi pantai.

“Setengah jam selepas pesta berkenaan berada pada waktu kemuncak dengan muzik semakin bingit dipasang, Jaim yang turut disertai anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan polis menyerbu pusat terbabit.

“Serbuan dilakukan di tempat terbuka itu menyebabkan ada antara pengunjung bertempiaran lari dan pihaknya mencekup 16 wanita beragama Islam didapati berpakaian seksi melampau,” katanya.

source: metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...