600 delegasi akan menentukan nasib SUPP pada persidangna perwakilan tiga tahunnanya pada 8 Disember 2011. Jawatan Presiden akan ditanding oleh Wong Soon Koh dan Peter Chin. Mungkin calon yang kalah pada PRN Ke - 10 Sarawak yang lepas diminta untuk mengosongkan kerusi dan memberi laluan kepada muka baru?!! Mungkin calon yang kalah ini tidak mampu lagi memimpin orang Tiong Hua di kawasan mereka yang ketagihan darah muda dan angin politik yang berbeza.... mungkin inilah transformasi dalam SUPP sebelum menghadapi PRU-13 kelak!!
Bendahari SUPP Nafi Jadi Calon Regu Chin Yang Bertanding Rebut Jawatan Presiden
26 Oktober, 2011 19:51 PM
KUCHING, 26 Okt (Bernama) -- Bendahari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk David Teng hari ini menafikan yang beliau adalah calon regu setiausaha pengelola Datuk Seri Peter Chin dalam pertandingan merebut jawatan utama parti itu pada persidangan perwakilan tiga tahunannya pada 8-11 Dis depan.
Bertentangan dengan spekulasi bahawa bekas Adun Repok itu dijangka bertanding untuk jawatan timbalan presiden atau setiausaha agung dengan Chin bertanding jawatan presiden, Teng berkata, beliau tidak berminat untuk merebut sebarang jawatan utama parti, sebaliknya menyerahkan kepada perwakilan membuat keputusan.
"Saya tak fikir beliau (Chin) mempunyai regu...Kami hanya percaya dengan ideologi. Jika kami memegang ideologi yang sama dan cara sama menyusun semula parti, maka kami dalam satu pasukan," kata beliau ketika ditemui pada Rumah Terbuka Deepavali anjuran Pengerusi Biro Hal Ehwal India SUPP Batu Lintang Lucy Lingam di sini.
Dua tokoh itu dijangka menentang timbalan setiausaha agung Datuk Seri Wong Soon Koh, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Negeri dan regunya, pengerusi cawangan Senadin Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Sosial (Sukan) dan Komunikasi Negeri.
Pada 16 Okt Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga anggota Parlimen Miri, mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan presiden seminggu selepas Wong membuat pengumuman serupa di Sibu.
Sejumlah 600 perwakilan akan menghadiri persidangan itu.
-- BERNAMA