Nuff Head

19 Januari 2011

Biodata Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, Isteri Ketua Menteri Sarawak

Mukapetang ingin menyingkap sedikit biodata mengenai Puan Sri Ragad, dari Syria, pasangan pengantin baru yang kini menambat hati Pehin Sri dari Demak.

Menurut laporan Melanau Blogger, Puan Sri kini menjadi serangan cyber troopers pembangkang yang ingin memburukkan nama baik beliau.  Berat mata memandang berat lagi bahu memikul!! Belum lama mendirikan rumah tangga sudah diserang pelbagai penjuru. 

Inilah asam garam politik yang sedia ditempuhi oleh Puan Sri demi menguatkan semangat berjuang Pehin Sri untuk membela nasib rakyat Sarawak daripada diperbodohkan oleh pihak pembangkang yang cuba menangguk di air yang keruh.  Tetapi mereka silap air di Sarawak masih bersih dan tidak sekeruh air yang terdapat di Selangor yang keruh kerana pasir dan di Pulau Pinang kerana nasi kandar!!!!

Semoga maklumat yang disediakan akan menjernihkan suasana fitnah yang kini berlegar di mulut pihak pembangkang yang kering otak!!! 

Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi
Latar Belakang

Lahir di Damsyik, Puan Sri Ragad adalah anak bongsu daripada empat adik beradik, anak kepada Waleed dan Khayami Alkurdi. Adik - beradiknya yang lain adalah Samer, Mohamad, dan Samar, keluarganya berpindah ke Riyadh ketika Ragad masih muda. Malangnya, bapa mereka meninggal dunia pada tahun 2003.

Menjejak salasilah keluarga Puan Sri Ragad, moyang beliau merupakan  seorang 'Wari' dari Orfa, Turkey.   Nama asal moyang mereka adalah Khalil Orfali yang kemudiannya menukar nama kepada Alkurdi apabila berpindah ke Syria. 
 
Ragad memiliki latar belakang dalam rekaan dalaman, suka menyanyi, menari, memancing dan menyelam.

Kisah jodoh Ragad dan Taib Mahmud 

Menjadi Isteri Pehin Sri ke Majlis - Puan Sri Ragad Waleed Al Kurdi


Persandingan Ragad dan Taib Mahmud
Lima bulan lalu, Puan Sri Ragad telah bermimpi bahawa beliau berkahwin dengan Raja Abdullah dari Arab Saudi dan dia telah dibawa naik kereta Rolls Royce. Kebetulan juga, anak saudara Robert, Rasya, pernah berkongsi mimpi yang sama tetapi setahun yang lalu.  
"Di dalam mimpi, Ragad meminta pertolongan  Roberts untuk membantu Rasya.  Roberts memberi Ragad sekping nota dan pena untuk menulis permintaan beliau.  Kemudian Ragad melihat bayangan Allahyarham ayahanda beliau tersenyum kepadanya, "  jelas Taib Mahmud sambil tersenyum dengan kisah tu sambil menambah, bahawa sekarang Ragad telah berpindah ke Kuching untuk bersamanya dan juga masyarakat Sarawak.

5 ulasan:

  1. salam tuan,
    cantik betul Puan Sri, sebab tu ramai yang rasa terganggu...

    BalasPadam
  2. apa kebaikanya pada saya...

    BalasPadam
  3. memang takda kebaikan pada kamu. cuma berkongsi kegembiraan orang lain dan mendoakan kebahgiaan mereka pun dapat pahala beb..

    BalasPadam
  4. orang yang mengharapkan kebaikan semata-mata hanya untuk diri sendiri adalah golongan orang yang hina dina

    BalasPadam
  5. 150 million brides..just to tease taib only. please use viagra or gambir sarawak kah..kahh

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...