Malam tadi bertempat di BDC, DAP Sarawak dan Pakatan Pembangkang telah mengerahkan seluruh keringat dengan mengadakan ceramah politik biarpun pembubaran Dewan Rakyat belum lagi diumumkan.
Berbeza pada masa dahulu, kempen dan ceramah politik hanya dibenarkan semasa selepas pembubaran Dewan Rakyat dan DUN setelah diumumkan SPR. Tetapi, sekarang ini Pakatan Pembangkang tidak memperdulikannya malah menggertak polis kononnya sebagai “anjing kerajaan” sekiranya tidak meluluskan permit berceramah.
Kegagalan penganjur memastikan perjalanan ceramah yang diadakan tidak menganggu rakyat ternyata benar apabila ramai pengguna jalan raya merungut kerana keadaan jalan raya yang sesak akibat tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab meletakkan kenderaan sesuka hati. Ini sekaligus menyusahkan rakyat yang mahu pergi membeli-belah dan bergerak ke destinasi tertentu. Akibatnya, ada di antara pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan jalan raya sehingga lebih 2 jam.
Ceramah yang bermula seawal jam 7.00 malam dilengkapi dengan kugiran. Beberapa artis wanita seksi tajaan DAP telah mengambil tempat menghiburkan rakyat yang datang awal. Bagaimanapun, artis Wanita DAP, Violet Yong tidak menyanyi sebaliknya hanya menyampaikan ceramah. Kehadiran Lim Guan Eng telah menyerikan suasana dengan gaya rambut ala-komunis.
Selain Lim Guan Eng sebagai tetamu khas, pemimpin DAP juga turut menyampaikan ceramah dan diikuti pemimpin jemputan dari PKR Sarawak dan PAS Sarawak.
Kebanyakan penceramah hanya membawa isu rasuah yang disabitkan terhadap Ketua Menteri Sarawak. Persoalan di sini, adakah pemerintahan DAP di Pulau Pinang “terlalu bersih”? Apakah rakyat tidak mengambil iktibar terhadap keadaan Kampung Buah Pala yang hanya dijanjikan semasa pilihan raya, tetapi nasibnya kini sudah tida ada. Mungkin, Lim Guan Eng mahu dilihat sebagai hero komunis di mata masyarakat Cina, tetapi sebenarnya anti-Islam.
Inilah yang mahu dimainkan DAP Sarawak pimpinan Wong Ho Leng yang cuba meniru pentadbiran DAP di Pulau Pinang. Usaha menarik sokongan Cina semakin giat dijalankan dan sanggup memperkudakan PKR dan PAS demi hasratnya mahu meng”komunis”kan rakyat Malaysia.
Agak mengecewakan apabila pemimpin PKR Sarawak dan PAS Sarawak ketika berceramah, penonton yang kebanyakannya Cina tidak memberikan tumpuan. Mereka kelihatan bersahaja apabila mendengar pemimpin PKR Sarawak dan PAS Sarawak berucap.