Nuff Head

12 Disember 2010

FADILLAH : INOVASI DAPAT MENGUBAH MINDA DAN PARADIGMA


Timbalan Menteri Sains, Tekneologi dan Inovasi Malaysia berkata, “Kerajaan akan mentransformasikan Malaysia melalui proses inovasi yang menyeluruh , merangkumi inovasi tadbir urus dalam sektor awam dan swasta , kemasyarakatan (societal innovation) , bandar dan desa , korporat dan industri , pendidikan , penjagaan kesihatan , pengangkutan , jaringan keselamatan sosial dan inovasi penjenamaan” .

Sebahagian daripada proses inovasi ini sedang dilaksanakan melalui pelbagai cara dan pendekatan termasuklah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) , Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) , Program Transformasi Ekonomi (ETP) , Model Ekonomi Baru (MEB) dan RANCANGAN MALAYSIA KE-10 , tambah beliau.

"Dalam bidang pentadbiran dan pengurusan , inovasi bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan menjimatkan masa tetapi membolehkan berlakunya satu perubahan paradigma dari budaya lama kepada budaya moden yang lebih efisien dan produktif . Imej negara maju terbentuk disebabkan kerancakan dan peningkatan inovasi dalam pentadbiran dan pengurusan ".

Inovasi dalam sistem pentadbiran perlu berlaku selaras dengan inovasi dan revolusi pengurusan . Halangan-halangan birokrasi yang membantutkan pelaburan , gangguan penyebaran maklumat komunikasi serta ketidakcekapan dalam pengurusan dapat diatasi dengan membaiki sistem pengurusan dan memperkenalkan idea-idea baru .

Fadillah yang juga Ketua Pemuda PBB Sarawak menegaskan, “Pengurusan yang berinovatif dapat mengubah minda pekerja , meningkatkan produktiviti , membawa imej baru kepada organisasi dan menjadikan Malaysia negara maju bertaraf “world class” selaras dengan matlamat wawasan 2020 “ .

Beliau yang berucap di Majlis Anugerah Inovasi Setiausaha Persekutauan Sarawak 2010 di sebuah hotel termuka di Kuching, Pada 10 Desember lalu turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang menerima anugerah.

Anugerah tersebut merupakan satu inspirasi untuk terus menjana idea-idea kreatif dan lebih inovatif . Kumpulan-kumpulan yang belum berjaya pula diharap tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mengetengahkan idea-idea baharu yang lebih inovatif pada masa akan datang .

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...