LIMBANG 25 Dis. - Masih ramai penduduk di pedalaman Limbang berhadapan masalah untuk dapatkan perkhidmatan perubatan yang baik disebabkan kekurangan kemudahan klinik dan hospital.
Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata, untuk dapatkan rawatan perubatan biasa di hospital Limbang, sesetengah penduduk khasnya yang tinggal di Ulu Mendamit dan Ulu Lubai di pedalaman Limbang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk belanja pengangkutan.
"Ada penduduk di Long Napir terpaksa belanja sekitar RM700 untuk dapatkan sekali rawatan kesihatan di Hospital Limbang. Ia pasti bebankan penduduk," katanya.
Katanya, beliau berharap kerajaan menimbang untuk bangunkan kemudahan klinik kesihatan di pedalaman Limbang, selain meningkatkan kemudahan jalan raya, elektrik dan air yang diperlukan di kawasan tersebut.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang melawat Limbang dan Lawas baru-baru ini berkata, kerajaan memang prihatin dengan masalah penduduk di pedalaman Sarawak dan akan memastikan Klinik 1Malaysia dapat diwujudkan masing-masing satu di Limbang dan Lawas. - BERNAMA
Bersyukur , Semoga perhatian diambil di atas perkara ini dengan seberapa segera dan perlaksanaan berjalan dengan lancar.Insyallah.
semuanya akan menjadi mudah dan lebih dekat jika PKR yang memerintah. ..itulah janji lucu dari baru bian!
BalasPadambenar bro mereka berani bejanji perkara yang diluar kemampuan mereka.bila tiba masa janji mereka perlu ditunai mereka akan memberi alasan-alasan.16 Sept?
BalasPadamJANGAN LUPA JANJI DALAM MANIFESTO PRU12 PUN TAK TERTUNAI !!
BalasPadamKita patut beri Pr peluang untuk memerintah.
BalasPadam