Nuff Head

22 Disember 2010

Ikrar Pakatan Rakyat jika memerintah.

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari jika mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.



Bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Halipah Esa, berkata program ini lebih menjurus kepada agenda politik pembangkang yang tidak diteliti sewajarnya dan tidak selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.Katanya, langkah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol tidak praktikal kerana perjanjian sudah termaktub dan sebarang pembatalan memaksa kerajaan menanggung kos pampasan yang tinggi.

Konvensyen kita (Barisan Nasional) serius bincang hala tuju dan strategi parti serta melakukan ikrar terhadap piagam BN. Konvensyen mereka hanyalah untuk menutup kelemahan setelah lebih dua tahun mentadbir,” katanya.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata ramai pihak melihat masih wujud banyak kelemahan dalam pentadbiran pakatan pembangkang yang mengambil alih kepemimpinan beberapa negeri,mungkin ada sedikit perubahan tetapi secara keseluruhan pembangunan sebenar dibawa oleh BN .


Setiap guru naik RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion.Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain, boleh jadi bankrap kita.

Yang hairan kenapa tunggu nak ambil putrajaya baru nak buat program.Kenapa, pakatan tak boleh buat kat negeri di bawah  mereka kah?lihat link ini  tol di negeri pembangkang

1 ulasan:

  1. perkara biasa bagi PKR..dia akan buat janji untuk tarik perhatian..sedangkan ada empat negeri dibawah kepimpinan mereka..kenapa tak laksanakan dulu di negeri-negeri tersebut, buktikan apa yang mereka katakan boleh dibuat, baru (bukan baru bian he he he) la buat di tempat lain..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...