Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak jika pakatan pembangkang memerintah negara ini sebagai tidak berpijak di bumi nyata.
Katanya kenyataan itu hanya bertujuan mengelirukan rakyat khususnya penduduk Sarawak".
Rosnah berkata barisan pemimpin PKR kini sanggup membuat apa sahaja termasuk untuk meraih sokongan rakyat berikutan pelbagai masalah yang melanda parti itu termasuk berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap barisan kepimpinan sedia ada.
"Janji-janji kosong yang ditawarkan pemimpin pakatan pembangkang termasuk yang terbaru untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak amat tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan.
Rosnah berkata Sarawak, yang diketahui kaya dengan hasil galian dan sumber alam semula jadi, tidak akan dilepaskan oleh PKR yang sememangnya menunggu untuk menguasai negeri-negeri yang mempunyai hasil yang banyak.
"Apa yang terjadi di Selangor sudah cukup untuk menyedarkan semua pihak bahawa kerajaan pakatan pembangkang yang diterajui PKR sangat tamak dan ingin menyapu bersih semua hasil yang ada di negeri itu," katanya.
Rosnah berkata beliau hairan kenapa Azmin tidak menjanjikan memberi wilayah autonomi kepada Pulau Pinang sebaliknya memilih Sarawak jika pakatan pembangkang memerintah.
"Adakah kerana takut dengan DAP, lantas beliau tidak menamakan Pulau Pinang, sebaliknya memilih Sarawak semata-mata untuk mengambil hati penduduk di negeri itu sedangkan kerajaan Barisan Nasional telah membangunkan Sarawak dari pelbagai aspek sehinggakan rakyat di situ sentiasa memilih BN sebagai
pemerintah setiap kali pilihan raya diadakan," katanya.
Niat Azmin
Cita-cita Azmin tinggi. PKR Sabah dulu hampir dikuasainya jika tidak dibantah habis-habisan oleh pemimpin pembangkang tempatan. Itu belum lagi kalau PKR menang di Sabah. Di Selangor, MB Khalid dicantas daripada tanggungjawab sebagai ketua PKR negeri dengan penuh tanda tanya. PKR Selangor kini dalam genggamannya. Sementara Khalid Ibrahim, sudah jadi MB yang tiada kuasa. Itulah Autonomi…. Hal sama jika Baru Bian menjadi CM, Azmin akan buat tindakan serupa mengambil alih jawatan ketua PKR Sarawak.
Terima kasih kerana menyedarkan rakyat Sarawak budaya busuk dalam PKR. Mimpilah Dayak akan berkuasa sebagai pembangkang… Apalah sangat tuduhan korupsi BN Sarawak jika dibandingkan kehancuran kepimpinan PKR yang sangat jelas kepada rakyat sewaktu pemilihan Nasional November yang lepas. Lihatlah barisan MTnya… bolehkah pihak lain masuk menjadi Naib Presiden PKR jika bukan terdiri daripada kalangan mereka? Bolehkah Dayak?
Rujuk rajahmas.blogspot
sumber bernama
15 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
dia orang cuma cakap autonomi politik..mana berani autonomi penuh..memang dia org nie cakap seronok jer..maklum la penglipur lara..ha ha ha
BalasPadamboleh link blog saya http://changewemustsarawak.blogspot.coom
jom kita ubah dia orang..ha ha
Salam bro. Blh add rss feed blog kmk dlm blog ktk bro. Thnx.
BalasPadamSalam, panjitimur,
BalasPadamterimakasih keran mengikuti blog saya.sama-samalah kita linkkan blog.
changewemust,
blog saudara telah di linkkan.
selamat berjuang di dunia maya..