Nuff Head

11 Disember 2010

Sarawak tiada ketuanan Melayu.......?

KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya isu ketuanan Melayu yang digembargemburkan pelbagai pihak di Semenanjung Malaysia tidak akan menjadi isu besar dalam pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan pada bila bila masa dari sekarang..




Wan Junaidi berkata, isu ketuanan Melayu yang dicetuskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perhimpunan agungnya baru-baru ini sebenarnya bukan isu besar yang perlu digembargemburkan semua pihak.
“Kita tahu ketuanan Melayu melibatkan institusi raja (Kesultanan Melayu) dan rakyat perlu memahami bahawa institusi Kesultanan Melayu terkandung dalam perlembagaan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini semalam.


Beliau yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan, Kesultanan Melayu (Artikel 153) sememangnya rakyat tidak boleh mengungkit dan menggembar-gemburkan ketuanan Melayu.Tetapi, dalam konteks di Semenanjung Malaysia ia telah menjadi isu yang popular sekarang oleh pelbagai pihak terutamanya parti-parti pembangkang.
“Kita sepatutnya berpegang kepada perlembagaan yang menyanjung serta melindungi hak-hak Kesultanan Melayu. “Justeru, mengapa ketuanan Melayu dijadikan isu politik oleh pihak tertentu,” katanya.
Wan Junaidi menarik perhatian bahawa hak keistimewaan dan keutamaan Melayu kini semakin pudar, disebabkan oleh lunaslunas perlembagaan Kesultanan Melayu dipertikaikan pelbagai pihak.
Justeru, katanya bagi menangani isu terbabit kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar dan merangka pelan tindakan pembangunan masyarakat pelbagai kaum terutama golongan Bumiputera.
“Pelbagai dasar diperkenalkan kerajaan untuk menjamin dan melindungi hak-hak pelbagai kaum di negara kita termasuk masyarakat Melayu,” katanya.

Ditanya adakah isu ketuanan Melayu itu dibangkitkan dalam perbahasan di Parlimen, Wan Junaidi berkata: “Sememangnya isu itu telah dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang, tetapi realistiknya bila isu terbabit dipolitikkan maka kita tidak membincangkannya di Parlimen.”
Beliau menambah bahawa perbincangan di Parlimen adalah tertakluk kepada pembangunan rakyat pelbagai kaum secara keseluruhan di negara ini.

“Kita tidak membincangkan isu-isu politik sebegini di Parlimen… kerana institusi Parlimen adalah melaksanakan dasar-dasar kerajaan bagi merealisasi hasrat dan impian seluruh rakyat yang menginginkan pembangunan,” katanya.

utusan borneo

Bagi kuchingitam,ketuanan melayu sebenarnya di adakan oleh pihak pembangkang berikutan kegagalan mereka hendak memecah belahkan kaum melayu di malaysia.Isu ini dibangkit oleh orang melayu itu sendiri.Di mana salahnya ketuanan melayu.Adakah selama ini ketuanan melayu telah menidakkan keutuhan kaum lain?Adakah ketuanan melayu merampas harta kaum lain?Adakah ketuanan melayu ini menidakkan domokrasi kaum lain?Bahkan ketuanan melayu inilah yang membawa kaum lain supaya sama-sama menuju gagasan 1 Malaysia.


p.s Sarawak tiada sultan sekarang,jadi mana nak letak ketuanan raja?

2 ulasan:

  1. salam tuan tanah,

    betul3x.. sarawak memang bebas dari sentimen seperti itu, tak tau kalau PKR dan PAS nak guna isu ini sebagai modal politik..

    BalasPadam
  2. Salam mb,

    Seperti yang di ketahui di sarawak amnya kurang berlaku sentimen sebegini tetapi lebih kepada isu tanah,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...