Nuff Head

23 Disember 2010

HARGA GETAH SIBU DIKAWAL GANGSTER!!!

Gambar di atas adalah gambar hiasan tiada kena-mengena terus dengan artikal dibawah.

Gengster kawal harga getah


12 orang daripada kumpulan gengster yang dikenal pasti dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh semalam mengesahkan berlakunya gejala kawalan harga getah di negeri ini yang dimanipulasikan oleh individu dan kumpulan gengster.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima maklumat dan aduan mengenai perkara tersebut daripada penduduk tempatan terutamanya di daerah Sibu, Sarikei dan Bintangor.

Susulan itu, katanya setakat ini seramai 12 orang daripada kumpulan gengster yang dikenal pasti aktif dalam kes tersebut telah dikenakan tindakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat.

“Dengan itu, tindakan di bawah undang-undang pencegahan telah diambil terhadap individu serta kumpulan yang dikatakan aktif memperdaya dan mengugut penoreh getah supaya menjual hasil kepada mereka pada harga yang rendah.

“Mereka (pekebun) diugut akan dicederakan jika enggan berbuat demikian (menjual kepada kumpulan berkenaan),” katanya tanpa mengulas lanjut jumlah sindiket yang dikenal pasti terlibat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Upacara Menandatangani Buku Serah/ Terima Tugas Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak antara SAC Datuk Law Hong Soon dan DCP Datuk Hamza Taib, di ibu pejabat kontinjen (IPK) Sarawak, di sini semalam.

Tambah Mohmad, terdapat beberapa individu yang kini masih dalam siasatan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada penduduk setempat khususnya penoreh getah supaya menyalurkan maklumat mengenai perkara tersebut kepada pihak polis agar tindakan proaktif dapat dijalankan.

“Saya merayu kepada penduduk setempat supaya segera tampil kepada polis sekiranya berlaku gejala sebegini di kawasan masing-masing.

“Jangan meletakkan polis pada situasi yang susah… kalau masyarakat tidak mempercayai polis saya rasa susah untuk kita membantu masyarakat dan seterusnya meletakkan Sarawak sebagai negeri yang selamat didiami”.


by Oleh Nick Fletcher. Posted on December 23, 2010, Thursday

sumber dari Borneo post online.

2 ulasan:

  1. semenjak dap menang disibu gegster bermaharajalela

    BalasPadam
  2. salam tuan,
    sibu memang hebat kalau pasal gangster, sejak dulu lagi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...