Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, beliau membuat seruan itu setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.
'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.
'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.
Gelombang serangan terbaru terhadap 'keluarga Anwar Ibrahim' itu bermula dengan Nallakaruppan, bekas supplier gundik untuk Anwar Ibrahim, selain menjadi rakan tenis dan bekas rakan karibnya, menyeru agar Shamsidar Taharin mendedahkan tembelang sebenar Anwar Ibrahim kepada khalayak ramai.
Ummi Hafilda Mohd Ali merupakan watak utama dalam kes liwat pertama Anwar Ibrahim. Inilah juga orangnya yang dibawa bertemu dengan Tun Mahathir untuk diminta penjelasan berhubung buku gemulah Khalid Jeffri, '50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' sehingga membawa kepada pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan semua jawatan dalam kerajaan serta parti, malah diterajang keluar dari UMNO dengan penuh kehinaan.
Bagaikan dikejar bayang-bayang hitam, baik Anwar mahupun Azmin masih tidak lepas daripada kemelut yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu. Dalam usaha mereka untuk mengangkat Anwar dan cuba menghilangkan ingatan orang ramai terhadap kejadian 12 tahun lampau, kisah tersebut kembali terpacul semula, sekaligus membuatkan kebanyakan generasi muda yang tekun mengikuti perkembangan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali akan menyelak-nyelak semula kisah-kisah 1998 terutama berkenaan perbicaraan, Ummi Afilda Ali, Azizan Abu Bakar dan beberapa watak lain terutama tentang Dr.Qistina yang meninggal dunia ketika belum sempat kes Anwar dibicarakan di mahkamah.
Dr. Qistina adalah orang penting yang 'menyelamatkan Ummi Afilda dan Azizan Abu Bakar' daripada diapa-apakan oleh pihak-pihak tertentu.
sumber utusan malaysia
0 ulasan:
Catat Ulasan