Nuff Head

08 Disember 2010

BREAKING NEWS: Penduduk Bakun Bangkit Berdemonstrasi

Apakah demonstrasi begini perlu dianjurkan di Jalan Mukah-Balingian? Mengapa tidak! Mari kita berdemonstrasi...

Baca kutipan dibawah : (credit to BELAGAKINI)

 
Bakun,Belaga:07.12.2010. Hari ini penduduk penempatan semula Bakun Sg.Asap bangkit berdemonstrasi dengan membina penghadang dan menghalang lori-lori balak yang melalui Jalan Bintulu-Bakun. Dr. Elli Luhat yang menjadi ketua penganjur dan selaku pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Penduduk Bakun menyifatkan kerosakan jalan itu selama ini adalah satu perbuatan Vandalisme oleh lori-lori balak yang dimiliki oleh tycoon-tycoon pembalakan Sarawak.

Menurut Elli, lori-lori balak ini sepatutnya menggunakan jalan balak yang dibina oleh mereka sendiri dan bukanya menggunakan jalan raya berturap yang dibina oleh kerajaan khas untuk penduduk Bakun. Hasil daripada perbuatan vandalisme mereka ini maka jalan Bintulu-Bakun sudah tidak selamat lagi digunakan oleh penduduk.(klik imej untuk paparan lebih jelas)

Dr. Elli menggesa supaya pihak-pihak yang bertanggungjawab segera memperbaiki jalan terbabit dalam tempoh 2 minggu. Lebih-lebih lagi perayaan Krismas akan menjelang tiba. Maka akan ramai penduduk Bakun yang akan pulang ke Sg.Asap. Dan jika kerosakan jalan itu masih tidak diperbaiki, akan membahayakan keselamatan mereka dan pasti memberi persepsi buruk terhadap kerajaan 1Malaysia. (boleh jadi kalah pilihanraya Oooo)

Dr.Elli yang agak emosi, sebak dan sesekali menitiskan air mata sepanjang ditermuramah oleh para wartawan menyatakan, masyarakat Orang Ulu Bakun telah mengorbankan segala-galanya untuk menjayakan pembinaan hidro elektrik Bakun. Namun kesudahannya kini mereka dibiar merempat saja di Sg.Asap. Beliau memberi amaran jika pihak kerajaan dan pemilik lori-lori balak tidak memperbaiki jalan itu dengan segera. Maka pihak Bakun Community Safety Committee(BCSC) yang dipimpin beliau akan melakukan tindakan yang lebih drastik lagi.
Dalam perkembangan lain, saya turut terserempak dengan abang saudara saya Cikgu Dennis Hang Bilang (photo bawah-berbaju kuning)yang turut berada di tapak demonstrasi dan dalam perjalanan untuk ke hulu Bakun. Beliau dan kumpulan yang dipimpin beliau akan juga mengadakan demonstrasi di hulu Bakun untuk menghalau Syarikat Pembalan Shin Yang yang mencerobah tanah asal penduduk Bakun. Dalam perbualan singkat itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau yang begitu komited dalam memperjuangkan hak penduduk Bakun melalui Jawatankuasa Bersama Tanah Lepuun.



Dengan perkembangan yang begitu sihat ini, saya yakin zaman kegemilangan Orang Ulu di masa lalu akan dapat dikembalikan semula. Namun yang aneh dalam demonstrasi hari ini ialah para peguam Orang Ulu tidak kelihatan. Mana perginya Lawyer Ali Basah, Bawing Tajang, Abun Sui Anyit, Paul Raja,Baru Bian, Harrison Ngau dan lain-lain. Kenapa tak datang supaya jika ada apa-apa beraku, mereka boleh segera bertindak. Jangan kerana hari ini cuti umum, maka kerja-kerja kebajikan pun dicutikan. Ingat khidmat anda sentiasa diperlukan, tabur Khidmat dan jangan cari pangkat saja.

1 ulasan:

  1. Hak rakyat hendaklah diperjuangkan, untuk syarikat balak ni, tolong jangan ganggu hak rakyat. Pakai otak lah. Kalau rumah awak, kena ceroboh, tentu juga tak mahu. Hal lawyer ni, sy tak fikir mereka nak urus hal ni, u know why, tak ada lawyer yang nak turun padang free. Money datang, baru lawyer datang. Faham tak?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...