Nuff Head

03 Disember 2010

Pihak Pembangkang Menyamar dan Menipu Pemilik Tanah NCR


Hantu Pilihanraya telah dihantar oleh pihak pembangkang untuk mengeruhkan lagi suasana menjelang Pilhan raya Umum di Sarawak.  Mereka akan menyamar sebagai pegawai Jabatan Tanah dan Ukur untuk mengenalpasti tanah Hak Adat Bumiputera atau 'NCR'. 

Sekiranya benar mereka ini pegawai kerajaan mereka tidak akan meminta bayaran untuk menjalankan tanggungjawab mereka tersebut.  Sebaliknya hantu-hantu pilihanraya ini akan meminta bayaran setelah mereka menjalankan kerja ukur.  Dalam masa yang sama juga mereka ini dikatakan cuba mengelirukan pemilik tanah NCR dan cuba untuk memanipulasikan pemilik tanah NCR untuk membenci dasar-dasar kerajaan yang sedang diteruskan ke atas tanah NCR.

Orang ramai dinasihatkan agar meminta nama pegawai yang menggelar diri mereka sebagai juruukur JTS dan mengambil gambar mereka yang menyamar untuk membuat laporan polis.  Mereka ini pernah menyamar sebagai pegawai SPR semasa pilihan raya kecil di Sibu dahulu.  Janganlah kita sudah terhantuk baru terngadah, penipuan mereka ini hendaklah dibanteras bersama dan jangan beri muka kepada hantu-hantu ini.  

Sekiranya penyamar ini berkeras juga mereka hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa atas dasar menceroboh kawasan rumah.  Jangan benarkan pihak pembangkang bermaharaja lela dengan menipu rakyat untuk kepentingan mereka!!!

Sila rujuk kepada teman blog Melanau Blogger


Waspada individu menyamar ‘orang’ JTS untuk sukat tanah

by Pauline Kayan. Posted on December 2, 2010, Thursday

KAPIT: Pegawai Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit, Alfian Bawi mengingatkan masyarakat di pedalaman terutamanya penduduk di rumah panjang supaya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak tertipu dengan kehadiran pihak yang menyamar sebagai kakitangan Jabatan Tanah dan Survei (JTS).

“Sekiranya ada pihak yang tidak dikenali dan mengaku sebagai kakitangan JTS yang ditugaskan untuk menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), penduduk boleh meminta kad pengenalan diri mereka serta surat pengesahan daripada JTS untuk menyukat tanah NCR di kawasan mereka,” katanya.

Beliau menjelaskan, bagi kakitangan JTS yang sebenar, mereka akan memaklumkan terlebih dahulu mengenai kedatangan mereka untuk menyukat tanah di sesebuah kawasan kepada pemiliknya ataupun penduduk kampung terbabit.

“Kami akan memaklumkan kepada penduduk di kawasan yang terlibat, dan bukannya datang secara tiba-tiba. Kami turut mengadakan dialog bersama- sama penduduk di kawasan tersebut dan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang berkenaan.

“Malah kakitangan JTS juga tidak pernah meminta bayaran daripada penduduk di rumah panjang untuk tugas menyukat tanah NCR ini. Jika ada pihak yang memperkenalkan diri sebagai kakitangan JTS dan meminta bayaran selepas melakukan kerja-kerja menyukat tanah NCR, mereka adalah orang yang menyamar dan mahu menipu serta meracuni fikiran penduduk.

“Justeru saya menasihatkan penduduk-penduduk rumah panjang supaya mengambil nama, serta gambar pihak tersebut untuk membolehkan mereka membuat laporan polis,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak tidak bertanggungjawab ini telah mengambil kesempatan ke atas usaha kerajaan untuk mengiktiraf tanah NCR milik kaum Bumiputera dan bertujuan untuk memanipulasi fikiran rakyat berkaitan isu tanah NCR.

Kejadian seperti ini dilaporkan berlaku di Sungai Melinau, Baleh di sini, apabila ada pihak yang tidak dikenali telah memperkenal-kan diri sebagai kakitangan JTS yang ditugaskan untuk menyukat tanah NCR, tetapi ia tidak benar sebaliknya berniat meracuni fikiran penduduk di situ berhubung isu NCR.

Alfian berkata perimeter survei yang pertama di bawah fasa satu inisiatif tanah NCR di Kapit diadakan di Melekun dan melibatkan penduduk di Rumah Achan pada 27 September yang lepas.

Majlis menyukat tanah yang melibatkan 60 pintu penduduk dari Rumah Achan serta melibatkan 93 kawasan yang berkeluasan 304 ekar (125 hektar) telah dirasmikan oleh Menteri Kemajuan Tanah Dato Sri Dr James Jemut Masing.

Manakala, di daerah Song pula kawasan yang pertama disukat di kawasan Sungai Sipang/Sesawa, Batang Rejang yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Datuk Ambrose Blikau Enturan.

3 ulasan:

  1. hantu jenis ini ada cita-cita nak jadi menteri,
    jangan sampai orang kampung kena liwat..haha

    BalasPadam
  2. Gerombolan Pakatan Pembangkang adalah pewaris gerakan tegar anti nasional.

    Mereka akan lakukan apa sahaja kerana berpegang teguh kepada prinsip "matlamat menghalalkan cara"

    DAP akan tetap bermati-matian untuk melenyapkan kuasa politik bumiputera negara dan menigkatkan dominasi kaum china seperti di singapura. PAS akan tetap memperlatkan agama Islam untuk memancing undi murahan. Manakala Nuar Berahim akan tetap berusaha menggunakan rakyat untuk menyelesaikan masalah peribadinya.

    Kita yakin majoriti rakyat Malaysia memahami perkara ini dan tetap akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini telah berjaya meletakkan rakyat pelbagai kaumm dan agama hidup dalam kasih sayang dan maju.

    Kita minta seluruh rakyat berwaspada dengan pelbagai kerenah luar batasan yang akan digunakan oleh Parti Gerombolan Pakatan Pembangkang ini.

    Kalau dahulu, kerana kesedaran dan kesepaduan rakyat, kita berjaya menghalau komunis ke dalam hutan dan akhirnya terkurunglah mereka di selatan Thailand. hari ini dengan kesedaran yang sama kita akan kuburkan puak-puak anti nasional ini yang sangat-sangat tidak diperlukan dalam sistem politik dan budaya kita di Malaysia.

    Teruskan perjuangan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...