Nuff Head

06 Disember 2010

PLEASE , JANGAN PERALATKAN QURAN

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.

Dalam satu muzakarah khas, jawatankuasa tersebut memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.

''Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah.

''Justeru kita mengambil langkah menggunakan kaedah 'sad zaraik' iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan, maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.

''Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas mempengerusi muzakarah khas tersebut di Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang juga Setiausaha Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah khas yang berlangsung selama empat jam itu juga meneliti semua rakaman siri ucapan pemimpin bukan Islam yang membaca dan menghuraikan terjemahan teks al- Quran selain reaksi daripada umat Islam tentang perkara itu.

Kesavan dilaporkan membacakan terjemahan yang salah membabitkan ayat 190 dan 191 dari Surah Ali-Imran ketika sesi perbahasan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2010 baru-baru ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming juga dilaporkan membaca petikan ayat suci al-Quran ketika berceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Perak tahun lalu.

5 ulasan:

  1. And when the sacred months have passed, then kill the polytheists wherever you find them and capture them and besiege them and sit in wait for them at every place of ambush. But if they should repent, establish prayer, and give zakah, let them [go] on their way. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful. (9.05)

    BalasPadam
  2. saya pun tengah belajar tentang hal begini, menarik juga untuk difahami dan difikirkan..

    terima kasih tuan blog

    BalasPadam
  3. ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menyertai kamu, maka tetapkanlah orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka dan potonglah tiap-tiap anggota mereka” (8:12)

    BalasPadam
  4. saya berpendapat sifat KENEGARAAN rakyat Malaysia amat tinggi.
    Dimana jarang sekali kita dengar orang beragama islam menghina agama lain dan begitu juga sebaliknya.
    ini adalah masaalah PAKATAN durjana.

    namun begitu golongan Pakatan durjanaakan mencari peluang untuk memecahbelah kan rakyat demi untuk meraihkan undi untuk mereka ke PJ.

    maka jika disebut islam sinonimnya bangsa melayu..inilah peluang mereka menimbulkan isu-isu yang mudah menampakkan melayu kerajaan penaung adalah rasis.

    Nasihat kepada Blogger-blogger penegak kebenaran , perlu berhati-hati , jangan terus melenting dengan provokasi mereka ini.
    kita pasti dicap rasis or teroris.

    contoh TANPA NAMA 22:45 mungkin niat murni berkongsi ayat diatas namun bagi orng yang beragama lain mungkin menganggap islam itu terroris ini adalah satu provokasi yang baik dari pembangkang.

    ini dimaksudkan memperalatkan quran...setiap ayat alquran diturunkan dengan hikmahnya tersendiri bagi saya yang kurang arif ini perlu bertelaah untuk memahaminya dari guru agama bukan guru agama politik..

    BalasPadam
  5. Mereka gemar menggunakan ayat AlQuran untuk kepentingan
    mereka saja.Terjemahan dan tafsiran adalah ikut suka mereka.
    Sehinggakan mereka membenarkan ayat2 suci alquran boleh digunakan oleh sang orang bukan islam !


    Link me bro!

    http://blogenstarz.blogspot.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...