“Kami terpaksa berdemonstrasi dan membuat sekatan jalan demi untuk menarik perhatian kerajaan”, kata penduduk Bakun. Setelah berbagai aduan dan keluhan dibuat kepada pihak berkuasa dan syarikat pembalakan terbabit, namun tidak ada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.
Dr. Eli Luhat yang juga pengerusi Bakun Community Safety Committee(BCSC) berkata, apa yang mereka lakukan adalah untuk membantu kerajaan dalam menghentikan kemusnahan jalan oleh lori-lori pembalakan haram yang menggunakan jalan tersebut.
“Kami kecewa kerana jalan sudah rosak teruk, namun pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa” kata Dr Eli dalam nada kecewa. Malah kami akan terus menyekat jalan untuk lori balak, jika syarikat pembalakan terbabit tidak mengendahkan permintaan agar memperbaiki jalan yang telah rosak, tambah beliau.
Dr. Eli Luhat turut meminta pihak berkuasa agar mengambil tindakan secepat mungkin. Kerana menjelang perayaan Christmas, ratusan penduduk Sg.Asap-Koyan akan memandu ke kampong halaman melalui jalan tersebut.
Hello YB, hello agensi kerajaan yg terbabit, apa tunggu lagi...turunlah segera ke padang, jenguk mereka dan lakukan apa yg patut.
BalasPadamYB Jawab : tunggu pilihan raya, kes terpinggir, "kita akan menyiasat" dan bla,bla,bla....
BalasPadamsilakan menambah...