Nuff Head

04 Disember 2010

JALAN SARAWAK MUNDUR!

Persatuan Pengangkutan Lori Sarawak mahu lebuh raya berkembar

KUCHING: Persatuan Pengangkutan Lori Sarawak (SLTA) memohon kepada kerajaan untuk menaik taraf jalan raya di negeri ini kepada lebuh raya berkembar bagi meningkatkan keselamatan jalan raya.

Presidennya Jong Foh Jit berkata kebanyakan bahagian di jalan raya negeri ini masih lagi jalan raya satu lorong tanpa lampu isyarat dan ia amat membahayakan pengguna terutamanya semasa hujan lebat.

“Semasa seminar Keselamatan Jalan Raya Malaysia baru-baru ini, saya mewakili Pemilik Lori PAN Malaysia dan SLTA untuk menyuarakan isu berhubung masalah tersebut.

“Kami mahu kerajaan persekutuan memandang serius mengenai lebuh raya dan membuat kajian lanjut mengenai isu terbabit,” katanya pada satu sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata keadaan jalan raya di negeri ini masih mundur berbanding di Semenanjung Malaysia dan ia tidak adil memandangkan Sarawak sudah menyertai Malaysia hampir setengah dekat.

Jong menggesa kepada menteri tempatan agar membawa perkara ini ke parlimen kerana sudah tiba masanya negeri ini mempunyai pebuh raya berkembar.

Sementara itu beliau turut memohon kepada kerajaan supaya mencari jalan bagi mengurangkan kadar kemalangan yang semakin meningkat di negara ini.

Katanya sikap orang ramai dan keadaan jalan merupakan antara faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya dan memberi saman sahaja tidak memadai untuk memastikan pemandu tidak mengulangi kesilapan mereka.

Beliau turut mencadangkan kepada kerajaan agar apa sahaja sama yang dikenakan harus dilampirkan dengan gambar sebagai bukti kukuh supaya tidak timbul pertikaian dan salah faham.

“Saman mesti dilampirkan dengan gambar kesalahan sebagai bukti untuk mengelakan berlakunya salah faham. Selain itu jika saman dikenakan, pihak berwajib harus memaklumkan kepada pesalahh dengan cepat dan tidak menunggu beberapa bulan untuk menyampaikan surat pemberitahuan,” katanya.

Beliau menjelaskan antara sebab-sebab pesalah melengahkan pembayaran saman adalah kerana mereka menerima notis pemberitahuan lewat dan menunggu kerajaan memberikan diskaun seperti tawaran diskaun 50 peratus bagi saman baru-baru ini yang diumumkan pada 1 Disember lepas.

SUMBER DARI UTUSAN BORNEO

6 ulasan:

  1. memang dah mundur pun, sebab itu kita harap Baru Bian untuk memperbetulkan dalam tempoh yang sesingkat-singkatnya.

    itu janji Baru Bian!

    BalasPadam
  2. Siapa Baru Bian? Selama wujudnya PR di negeri ni sebutkan saya sebatang jln yg tlh disediakan olh PR. Sya minta sebutkan satu je..

    BalasPadam
  3. Baru Bian adalah pembela bangsa..dia telah membantu rakyat sarawak yang ditindas oleh kerajaan Negeri Sarawak sekarang ini(CM).
    beri peluang beliau jadi ketua menteri pasti banyak perubahan akan dibuat beliau.dan pasti banyak jalan2 akan dibinanya.

    BalasPadam
  4. Masa inilah kita mohon pembangunan yang terbengkalai oleh yb bn , election dah dekat...

    BalasPadam
  5. PEMBANGKANG PERLU , PR BOLEH JADI PEMBANGKANG TAPI JADI KERAJAAN PENAUNG JANGAN BUAT HAL HABIS KITA DIGADAI MEREKA NI...

    BalasPadam
  6. apa barang nait agik tok..minyak nait gula nait gaji sik nait..dak mentri makin kaya ...rakyat makin miskin.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...