Nuff Head

15 Disember 2010

HANGIT !!! : PKR terpaksa saman Wikileaks?

(sekadar gambar hiasan)

Kalau Singapore dah kata laporan tersebut tak menyamai rekod mereka, Apakah Anwar akan saman Wikileaks sebab menyebarkan maklumat luar tabii. Ada nafsu nak saman Wikileaks? hehehehe... Rasanya Wikileaks pun sedang tertunggu-tunggu saman dari Bang Anwar dan PKR..

Setakat berkokok dalam perigi buta bolehlah, tapi kalau nak saman Wikileaks? kah kah...

Lebih baik bang Karpal Singh pergi melancong bersama keluarga, dari peningkan kelapa kepala dengan kerenah si Nuar ...
SINGAPURA, 14 Dis (Bernama) -- Singapura berkata aduan yang dibangkitkan oleh Malaysia tentang apa yang WikiLekas dakwa telah disebut oleh pegawai-pegawai kanannya tidak menyamai rekodnya sendiri.

Menteri Luar Singapura, George Yeo berkata "satu perjumpaan yang dimaksudkan" itu tidak pun mengambil tempat."

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan malam Selasa sebagai respons kepada pertanyaan media mengenai notis bantahan Malaysia yang dikemukakan kepada Singapura hari ini, mengenai laporan media berhubung laporan kabel kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kementerian Luar Singapura turut mengesahkan bahawa Pesuruhjaya Tingginya di Kuala Lumpur, T. Jasudasen telah dipanggil bertemu Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman pagi tadi.

Namun menurut kementerian tersebut, Yeoh telah menghubungi Anifah kemudiannya "untuk menjelaskan polisi Singapura yang tidak mengulas mengenai kebocoran."

Ia menambah bahawa Yeo dan Anifah bersetuju tentang kepentingan hubungan dua hala yang baik dan mengukuhkan lagi kerjasama.

WikiLeaks pada Ahad mengeluarkan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 yang memuat kenyataan yang menyinggung kepimpinan Malaysia dan keadaan di Malaysia.

Ia turut melaporkan kenyataan yang dibuat oleh pegawai-pegawai kanan Singapura yang merendah-rendahkan Thailand, Jepun dan India semasa perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat.

3 ulasan:

  1. mohon dimasukkan rss feed blog sy ke blok anda. Thanks.

    BalasPadam
  2. mua jai mati enggai...

    anti-anuar

    BalasPadam
  3. Aku tak dapat tahan la tengok muke gamba orang mabuk tu..lawak sangat..anyway..padan muke si nuar..tula sentiasa ingat dgn pepatah melayu...sepandai pandai tupai melompat jatuh jugak akhirnya..oppss..aku baru ingat Anuar tak pakai dah peribahasa tu..patut la tak sedar sedar pun..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...