Nuff Head

02 Disember 2010

‘Hantu pilihan raya’ menyamar sebagai Orang Jabatan Tanah Sarawak

Ini bukan pengundi hantu yang biasa kita dengar, atau hantu raya yang gemar merayau-rayau. Tidak juga menjerit-jerit ditengah malam, atau menganggu perempuan mengandung.

Tapi hantu ini muncul di siang hari, dengan menyamar sebagai ‘orang dari Jabatan Tanah dan Survei’, semata-mata untuk menganggu usaha kerajaan negeri yang sedang menyukat tanah NCR.

Baru-baru ini, ‘hantu pilihan raya’ tersebut telah mengejutkan penduduk di Sungai Melinau, Baleh. Dengan memperkenalkan diri sebagai kakitangan Jabatan Tanah dan Survei  (JTS), kononnya ditugaskan untuk menyukat tanah NCR. Malah cuba menghasut penduduk agar membenci kerajaan berhubung isu NCR.

Lebih menakutkan, ‘hantu’ tersebut bertujuan untuk menipu penduduk pendalaman dan mengganggu apa saja projek pembangunan yang sedang di usahakan kerajaan negeri. Difahamkan ‘hantu pilihan raya’ sedang bergerak ke beberapa kawasan pendalaman Sarawak dengan modus operandi yang sama.

Penduduk pendalaman yang memiliki tanah NCR dinasihatkan agar berwaspada dengan kehadiran orang yang tidak dikenali, kemungkinan mereka adalah ‘hantu pilihan raya’ yang boleh menyamar sebagai apa saja?

 (sekadar gambar hiasan)
apakah 'hantu pilihan raya' aneh seperti ini? oh tidak, mereka manusia seperti kita

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...