Nuff Head

04 Disember 2010

ISA kan Azizah



"Justeru itu, konsep “Ketuanan Melayu” ini wajib dibakul sampahkan; supaya anak-anak kita membesar dengan visi “Bangsa Bermaruah” atau “Melayu Bermaruah”. “Ketuanan Melayu” adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasauntuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri. Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatanlagi.

Selama 53 tahun mereka berkuasa, nasib Melayu dan bumiputera, masih tetap terabai.Orang Melayu dan Bumiputera sedang mengalami nasib hidup yang sangat menyedihkan. Mereka sedang dilanda masalah sosial, pendidikan, ekonomi dan budayakehidupan yang membimbangkan. Kuota 30 peratus penguasaan ekuiti Melayu-Bumiputera gagal dicapai." petikan ucapan Azizah

Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, menyarankan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diguna pakai dalam isu berhubung kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengenai "Ketuanan Melayu" semasa Kongres Nasional PKR Sabtu lalu.


Beliau berkata, kenyataan itu sekali lagi mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan apa yang dikatakan oleh Dr Wan Azizah bahawa ketuanan Melayu harus "dibakulsampahkan" adalah satu bentuk cabaran secara khusus kepada peruntukan undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan dan ia bukanlah satu hak kebebasan untuk bersuara.

"Artikel 153 adalah sesuatu yang terpahat kemas dan tersimpul mati atau dalam bahasa undang-undangnya berbentuk 'entrenched' yang mana ia adalah satu perkara yang bukan hanya tidak boleh dipinda tetapi juga adalah terlarang untuk diperkatakan," katanya.


Mohd Hafarizam berkata, terdapat empat perkara yang boleh dimasukkan dalam laporan polis berhubung kenyataan Dr Wan Azizah berkaitan ketuanan Melayu.


Perkara pertama ialah berbentuk hasutan selaras dengan Akta Hasutan 1948, Seksyen 3 yang menyatakan satu bentuk hasutan iaitu yang mempersoalkan tentang hak, status, kedudukan, keistimewaan seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 152, 153 atau 181.


Artikel 152 ialah berkenaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan manakala Artikel 153 khusus kepada hak keistimewaan orang Melayu iaitu kedudukannya daripada segi permit, biasiswa dan sebagainya dan Perkara 181 pula berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu.

perkara kedua yang boleh didakwa ke atas Dr Wan Azizah ialah kenyataannya bahawa ini bukanlah berbentuk kebebasan bersuara seperti mana termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, kerana artikel ini ada kekangan atau sekatannya, melainkan ada undang-undang lain yang mengecilkan skop Artikel 10 iaitu walaupun ada hak untuk bersuara tetapi termaktub dalam Akta Hasutan 1948.



Perkara ketiga yang perlu diketengahkan dalam laporan polis ialah dengan mengatakan bahawa PKR telah secara zahir bersekongkol bersama dengan merelakan perbuatan oleh orang yang tidak lain tetapi presidennya.

sumber berita harian

1 ulasan:

  1. ko org memang bengong.....terutan dia mcm ni,,,,AGAMA < BANGSA <NEGARA....dah lumrah dah.....ko org lawan,,memang ko org bengog.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...