Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meramalkan bahawa ia akan menjadi amat sukar bagi mempertahankan kerusi parti itu di Pulau Pinang sebaik parti itu bersiap menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sesukar mana untuk memenangi kerusi dewan undangan negeri semasa pilihan raya umum 2008, kali ini ia akan menjadi lebih sukar untuk mempertahankannya.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sesukar mana untuk memenangi kerusi dewan undangan negeri semasa pilihan raya umum 2008, kali ini ia akan menjadi lebih sukar untuk mempertahankannya.
"Walaupun, ia mungkin sukar kali ini tapi kami percaya dapat melakukannya dan akan mula bersiap sedia untuk pilihan raya umum," katanya semasa berucap merasmikan konvensyen DAP Negeri yang dihadiri 440 perwakilan di sini. Beliau berkata antara sebab kerajaan pusat tidak mengadakan pilihan raya negeri Sarawak telah menjelaskan persiapan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakannya bersama tahun depan.
"BN sepatutnya mengadakan pilihan raya negeri Sarawak bulan ini tetapi tiada pengumuman setakat ini, jadi kita ramalkan bahawa ia mungkin diadakan Mac tahun depan bersekali dengan pilihan raya umum," katanya.
Lim juga melahirkan sokongannya agar Anggota Parlimen Tanjong Chow Kon Yeow, mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi parti negeri.
"Chow adalah pemimpin berpengalaman dan kita percaya dia dapat memimpin negeri ini dan membawa satu lagi kejayaan," katanya. Bilangan calon yang bersaing untuk 15 jawatan dalam parti kali ini merupakan satu rekod selepas Lim memilih untuk tidak bertanding disamping Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh, Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi, Anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, Anggota Exco Negeri Lydia Ong Kok Fooi dan anggota dewan undangan negeri kawasan Jawi Tan Beng Huat. -- BERNAMA
Harapan kuchingitam agar rakyat negeri Pulau Pinag akan membuat keputusan yang betul pada PRU yang akan datang. Adakah tidak cukup rintihan anak jati Pulau Pinang berkaitan rumah mereka di robohkan untuk memberi peluang pembangunan bagi kepentingan sesuatu pihak sahaja.Tidak tebelakah orang tempatan di bawak pimpinan BN.Tepuk dada tanya akal....
orang cina akan terus mengundi DAP. tak percaya tengoklah nanti.
BalasPadam