17 Disember 2010
Anwar berlakon lagi di parlimen
Kekecohan yang dicetuskan oleh anggota pembangkang di Dewan Rakyat Khamis semasa pembentangan usul penggantungan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu satu penghinaan terhadap institusi perundangan tertinggi negara.Pembangkang menimbulkan kekecohan sehingga dewan riuh rendah.
Malah kejadian itu seperti telah dirancang oleh pembangkang untuk mengelirukan dewan serta meraih simpati rakyat seolah-olah mereka tidak diberi ruang untuk memberi penjelasan.
Anwar sudah diberi satu proses yang adil bagi mempertahankan dirinya, manakala pihak Barisan Nasional sudah bersedia untuk membahas usul penggantungannya dan tiga Anggota Parlimen lain.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar daripada persidangan selama enam bulan kerana mengelirukan dewan berhubung isu berkaitan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd.
Turut digantung selama enam bulan ialah R Sivarasa (PKR-Subang), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) dan Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.
Kekecohan berlaku apabila wakil rakyat pembangkang membantah pembentangan usul yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung penggantungan Anwar.
Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) pula berkata Anwar sengaja mereka-reka cerita dengan mendakwa beliau tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan pada ruang yang secukupnya telah diberikan. Malah, katanya, Anwar dibenarkan membawa peguamnya ketika mesyuarat Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan diadakan.
"Anggota Parlimen Subang dan Bukit Gelugor hadir untuk mesyuarat, bila mesyuarat hendak diadakan Speaker diasak sehingga tidak dapat adakan mesyuarat,pembangkang menggunakan kuasa minoriti untuk memporakperandakan dewan," katanya.
Liong Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berkata kekecohan itu membuktikan pembangkang sanggup melanggar peraturan mesyuarat demi kepentingan politik mereka.
Semakin ligat lakonan anwar hinggakan anggota di parlimen pun di ajak berlakon bersama.Berapakah bayaran yang di perolehi oleh Sivarasa dan Karpal sebagai pelakon sampingan?Apakah Yang di pertua dewan mengantungkan Anwar tanpa melalui proses yang telah di tetapkan?Lainlah kalau dewan mesyuarat di bawah pokok.
sumber bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
blog anda sudah di paut di http://yuseriyusoff.blogspot.com/
BalasPadam