Nuff Head

07 Disember 2010

GEORGE CHAN : Pastikan pelampau agama 'ditendang' dari Sarawak



KUCHING, 7 Dis (Bernama) -- Persatuan agama di Sarawak digesa memainkan peranan mereka dengan menolak golongan pelampau yang cuba mengancam keharmonian dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata negeri itu menentang sekeras-kerasnya sentimen keagamaan yang ekstrem dan memecah-belahkan perpaduan serta keharmonian pada kalangan rakyat.

"Kita mesti pastikan pelampau agama ini 'ditendang' keluar dari negeri ini bagi menjamin perpaduan, keamanan dan keharmonian.

"Ajaran agama sentiasa mendidik penganut-penganutnya agar berkelakuan baik. Sehubungan itu, persatuan-persatuan agama seperti Persatuan Buddha Sarawak harus memainkan peranan untuk menolak pelampau agama," katanya ketika merasmikan sambutan ulangtahun ke-41 persatuan itu, di sini Selasa.

Beliau mewakili Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Buddha Sarawak Datuk Tay Chin Kin dalam ucapannya menggesa penganut agama itu agar bersama-sama membina kefahaman yang lebih baik bagi mengukuhkan ekonomi dan keamanan negara.


"Selain melakukan amalan baik, penganut juga harus menggunakan ajaran agama untuk memastikan kestabilan politik negara ini. Dunia hari ini amat memerlukan didikan dalam keagamaan bagi menentang aspek-aspek yang tidak diingini," katanya.

credit to BERNAMA

1 ulasan:

  1. Tajuk ucapan tim KM Dr Goerge Chan adalah mengelirukan. Siapa pelampau atau tidak pelampau, yang saya ingat hanya kamu orang Chinlah yang senantiasa jadi pelampau dan bukan orang lain. Baru baru dahulu pihka You juga buat komen terhadap ucapam Tun Mahadhir
    Bekas PM kita, orang lain tidak buat komen ucapan tun, cuma you orang dari Miri sahaja buat komen. Kami hairan pihak dalam Kerajaan masih lagi curiga terhadap kedudokkan masing masing, dalam perlembagaaan, sering kali hal ini dibangkit, tidakada bangsa lain mahu ungkit dan soal semua ini kecuali you orang dan sampai nak juampa PM dan bincang kedudokkan You orang apa lagi you orang mahu sampai semua ekonomi you orng sudah comtrol dan apa lagi you orang nak kontrol.Polisi pembangunan Negeri sarawak sudah banyajkuntungkan orang orang Cina, sedangkan kaum bumi dengan rela hati menyerahkan hak dan harta tanah mareka untuk pembangunan, dan bangunandibina semua rata rata dibeli oleh orang China, lihat di Miri, Bintulu, Sibu dan lain lain daerah semuanya Cina miliki apa ada tingal kpd kaum bumiputra? Tidak pernah pihak Cina ada buat cadangan untuk bahagikan kekayaaan untuk kaum bumiputra sejak tahun l960han, dan dari itu orang Cina patut terimakasih diatas kesanggupan kaum bumi berkerjasama untuk sarawak dibanguna dan tingal dalam harmoni. Kami orang tidak fahan sampai bilakah orang Cina puas hati dan cukup bagi mareka? Harap pihak YB nasihatlah orang Cina agar tinggal dalam Malaysia dengan baik dan damai.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...