Nuff Head

08 Ogos 2010

Fadhilat Ramadhan

Daripada Hazrat 'Ubadah Bin Somit r.a. sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang pada kami , "Telah datang kepada kamu Ramadhan ,bulan yang diberkati .

Allah taala akan menumpukan perhatian kepadamu dalam bulanRamadhan ,lalu dia menurunkan rahmat dan mengugurkan dosa-dosa dan menerima doa.

Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam bulan Ramadhan dan dia akan membangga-banggakan kamu kepada para malaikatNya.

Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan.

Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah jauh dari rahmat ALLAH pada bulan ini.

13 ulasan:

  1. Semoga Allah beri taufik untuk amalkan..

    BalasPadam
  2. Marilah kita berebut-rebut untuk mengambil keberkatan bulan ramadhan.bulan lain kita telah lalai kerana hasutan syaitan maka bulan ramadhan dimana syaitan telah di rantai maka tiada lagi hasutan yan lalai.....

    BalasPadam
  3. benar ,perbanyakan suruhan dan tinggal larangan allah.

    BalasPadam
  4. yang akan bersama kita adalah nafsu dan tabiat tabiat kita.Ambil peluang ramadhan ini untuk melatih nafsu dan membiasakan amalan yang baik2.

    BalasPadam
  5. sesungguhnya amalan sunat yang kita buat akan menjadi pahala fardhu manakala yang fardu ALLAH akan ganda menjadi 70 pahala..wallahhu alam.

    BalasPadam
  6. duhh...sik patlah ngumpat org bulan tok...tapi benar koh, bila sik nugumpat sehari pelek rasa.yang pelek ngumpat tok dah jadi amalan dalam masyrakat kita masa tok , sedar sik sedar ne nak?mun sik caya cuba ingat apa last topic di kelakar you sebelum maca komen i tek??

    alehkayong ,lam tadik ada sidak pas dtang ke suro kamek orang berik 'tazkirah' nya di embak oleh ada cikgu melaya yang diam d taman kamek orang (cikgu ya ngajar di ikm)dan sorang guru besar melaya juak yang ngajar di batu kawah.Menurut sidak ustaz tok dari mahad tafis d trengganu ,ustaz awg namanya ,dtang ngan bini make duit dirik pun.yang best nya topik pasal kedatangan ramadhan ,ada juak nyelit nganok mufti takut ngan kerajaan lah,kenak kita sik cuti hari jemat..padu boleh ngumpat dlm tazkirah.
    katanya datang nak ninjau kemerosotan org islam di serawak...mun sik ngenang lam suro memang di sembat i pok!!!ngan cikgu melaya2 ya sekali bah..giney cara i nak melapor hal tok dengan sidak JAIS sitok leh ooo?...tok sik boleh dibiar tok!!!!leh u org pas juakkah?

    tapi apa-apa pun alehkayog writing ....jangan marah sok posa.Slmt beposa.

    BalasPadam
  7. terima kasih diatas pandangan-pandangan dan komen saudara/saudari.

    tanpa nama 2010 Ogos 9 10:58

    bersabar dan perbanyak istifar,ambil peluang ini untuk menunjukkan ahlak yang mulia kepada tetamu-tetamu kita.biar mereka beranggapan kita merosot itu tak penting yg penting kedudukan kita 'disisi'allah.perbenarkan perkataannya yang membesarkan Allah tetapi penyataan yang berbaur fitnah adalah wajar bagi kita yang sedar untuk menjelaskan kepada rakan-rakan sekampung kita...wallaah hu alam dan bagi soalah terakhir tu "undi adalah rosia" :)

    BalasPadam
  8. salam, semoga Allah memberikan hidayah kepada kita untuk sampaikan ilmu dan amalkan..

    BalasPadam
  9. bro tanpa nama,

    apa kenak kitak sik madah sidak iboh make suro nganok urang... mun takzirah musin rah jaik ujung2 kita jadi bekelai sama dirik. Bukan sik tauk bhai ya nang ada tekih pas lam diriknya.. I suka mun nya mbak ngelaka hal bayan, ngak tkut jak kelak pandey bayan politik...

    kelak mok dipadah ngan sidak kariah, mun ada ceramah haram gik kedak tok iboh dilayan gilak.. nabi x pernah ngajar umat bersangka jaik ngan urang lain jauh gik mok nganok urang. tedah sidak disuro mlm ya nang sik tau apa2lah niat takzirah ustaz batil nok sebenar.. doa jak mudah2an sidak mpun molah ceramah niat kerana Allah Taa'ala bukan segal mok nyelit niat kempen.. wallahualam.

    BalasPadam
  10. aisehhh,nang ada juak cdak kelaka serawak sitok eh! nang ada usstat nganok orang tek? terit jak pandey ugama

    BalasPadam
  11. buat renungan kita bersama.... TERMASUK PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT ... banyak bertaubat di bulan puasa dan kembalilah ke pangkal jalan... INGAT! memfitnah dan mencerca di bulan Ramadhan dosanya berlipat kali ganda....

    BalasPadam
  12. Salam Ramadhan,
    selamat berpuasa untuk saudara Aleh Kayong.
    semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi- Nya.

    terima kasih

    BalasPadam
  13. Apai , Melayu sebuyo ,wira kenyalang dan al-basri ,

    terima kasih atas kunjungan dan komen kalian semua,

    Semoga setiap amalan kebaikan kita diterima Allah khususnya pada Ramadhan ini.

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN EL-MUBARAK.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...