Nuff Head

15 Disember 2010

JUTAWAN TAWAR 10JUTA JADI CALON BEBAS KIDURONG?


BINTULU: Seorang hartawan bergelar ‘Datuk’ dikatakan ingin menaja calon Bebas dengan memperuntukkan RM10 juta bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kidurong tewas pada pilihan raya negeri kelak, akibat salah faham.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintulu, Henry Ling yang akan bertanding di kerusi tersebut dan kini beliau mengumpul maklumat sahih berkaitan dakwaan itu.

“Apabila sudah memperolehi maklumat yang betul saya akan mengemukakan aduan kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beri saya masa dalam bulan ini untuk mempastikan khabar angin ini benar atau tidak.

“Saya mendedahkan perkara ini bukan hanya kerana saya ingin bertanding tetapi agar orang ramai tahu cerita sebenar,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut beliau, usaha menewaskannya pada pilihan raya akan datang oleh hartawan terbabit berpunca daripada salah faham.

Salah faham tercetus apabila Henry dikatakan menulis surat kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi pihak bekas Pengerusi SUPP Bintulu, Datuk Hii Tiong Kuok agar menghentikan projek pembinaan kondominium 18 tingkat di Taman Peace, Tanjung Batu.

Aduan mengenai kerja-kerja menanam cerucuk bagi pembinaaan kondominium disuarakan oleh para penduduk sekitar kawasan itu yang bimbang struktur tanah terjejas.

Menurut Henry, BDA seterusnya meminta pihak kontraktor menggunakan jenis cerucuk lain.

Justeru, beliau berkata surat yang mencetuskan kemarahan kepada hartawan terbabit bukan ditulis oleh beliau.

Sebaliknya, surat berkenaan ditulis seorang peguam Leslie Linton.

SUMBER DARI UTUSAN BORNEO.

1 ulasan:

  1. Apa kata Datuk Taja anak tempatan untuk DUN N36. sebab nampaknya kerajaan masih berkeras nak letak orang luar di sana..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...