Nuff Head

11 Disember 2010

POLITIK SARAWAK : Amaran dari Datuk Fadillah !!!

Datuk Fadillah Yusof

KUCHING, 11 Dis (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) janganlah mengambil mudah untuk menang pilihan raya umum akan datang, sebagai ingatan kepada empat komponen BN di Sarawak untuk bekerja keras, kata Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusuf.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah memberikan arahan jelas untuk mula bekerja keras dan tidak mengambil ringan dalam memenangi pilihan raya.

"Akhirnya pengundi akan menghakimkan kita berdasarkan perkhidmatan kita kepada rakyat...jadi jika anda berpuas hati dan ambil ringan, saya tidak terkejut calon BN akan tewas," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Inovasi dan Kreativiti Setiausaha Persekutuan Sarawak di sini Jumaat malam.

Khamis lepas Ketua Penerangan PBB Tan Sri Adenan Satem berkata bahawa calon BN tidak lagi mampu untuk mengambil mudah kerana minda rakyat terlah berubah dengan cepat apa lagi dengan akses maklumat yang mudah.

Beliau yang juga Penasihat Khas di Jabatan Ketua Menteri bekata bahawa rakyat tidak lagi mengundi berdasarkan parti dan tidak lagi bersikap menghargai seperti sebelum ini apabila diberikan bantuan kerajaan kerana mereka percaya adalah tugas kerajaan untuk menjaganya.

Dalam mendengar masalah rakyat, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Pemuda PBB telah bersedia di peringkat bawah dengan melakukan kerja-kerja amal atau politik yang meliputi aspek sosial dan menyediakan perkhidmatan kepada mereka.

Beliau berkata program kerja sedang dijalankan di peringkat cawangan di semua 71 kawasan pilihan raya negeri, yang merupakan arahan jelas daripada kepimpinan parti.

Seminar Belia BN juga baru sahaja berakhir yang disertai oleh semua parti komponen BN di Sarawak, yang meliputi PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Maju Demokrat Sarawak (SPDP), kata beliau.


Beliau berkata Unit Media Pemuda PBB juga melancarkan kempennya untuk menyalurkam maklumat mengenai isu yang membabitkan Sarawak.

Dengan cara ini, mana-mana isu boleh dijawab atau diterangkan dengan berkesan tanpa membuat serangan peribadi, kata beliau.

5 ulasan:

  1. MOHON DI LINK KAN BLOG SAYA
    http://helangbuana.blogspot.com/
    TERIMA KASIH

    BalasPadam
  2. Ada lagi Ketua Masyarakat mahu DS Asfia dicalon semula. Tak heran, mereka sudah kena beli Asfia…. Jadi kakaktua. Tapi pengundi N36 SEMOP atau Pulau Bruit tetap tolak Asfia!

    Walaubagai manapun, ada berita terkini, SIAPA CALON BN PULAU BRUIT atau N36 SEMOP? Sudah terjawap dan tersebar luas seluruh pelusuk Sarawak. Orangnya BUKAN Mohd Hailmi Sajili (MHS) (seorang pensyarah), tapi orang kuat Datuk Wahab Dolah ….. Haji Kamel Bin Haji Sapiee budak tempatan berasal dari Kampung Penipah, Tekajong. Beliau mesra dengan panggilan Amel, dikalangan penduduk Pulau Bruit. Ini yang buat Asfia panas baran! Kecut lagi tu!

    Kamel pernah menjawat jawatan tertinggi dalam DBKU sebagai Pengarah DBKU (jawatan yang paling senior dipegang oleh budak Melanau dari Pulau Bruit), berkelulusan master dari salah sebuah university di Perth. Amel merupakan anak didik Datuk Wahab Dolah. Kamel merupakan seorang usahawan (OKB – orang kaya Baru, istilah Datuk Wahab) yang paling berjaya di Matu Daro. Beliau mempunyai puluhan ribu hektar ladang sawit di Tebaang, dekat Daro. Kemampuan Amel dari segi kewangan tiada menjadi masalah, untuk menservis kawasan Pulau Bruit jika menjadi adun kelak. Kalau dibanding dengan pensyarah MHS atau Asfia sekalipun, Amel lebih popular. Belum pun tarikh pilihan raya Sarawak diumumkan oleh Taib, orang Pulau Bruit sudah beramai-ramai keluar menyambut kedatangan Haji Kamel, budak kampong Penipah, Tekajong! Tiada masalah bagi Kamel diangkat sebagai calon, atas sokongan padu Datuk Wahab, yang merupakan orang kanan Taib dalam PBB. Mengikut Wahab, Asfia akan direhatkan! Bagaimana berita dari anda, orang Pulau Bruit?

    "Akhirnya pengundi akan menghakimkan kita berdasarkan perkhidmatan kita kepada rakyat...jadi jika anda berpuas hati dan ambil ringan, saya tidak terkejut calon BN akan tewas," Kerja kuatlah Asfia kalau macam tok!

    BalasPadam
  3. lawan tetap lawan ,harap yb2 swk beri perhatian mudah, dan berik lah peluang jenerasi baru berkeja keras kuat.lagi pun biak2 mudah kinek tok blh tahan hebatnya .sekian

    BalasPadam
  4. Fadhilah can go to hell.. we in PJ dont want u in our resident dumb ass..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...