Nuff Head

03 Disember 2010

INSENTIF 1 JUTA KEPADA PEMILIK TANAH NCR KPG SELAMPIT.

LUNDU: Kerjasama yang diberikan oleh para pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) khasnya dari Kampung Selampit dan Kampung Ken-daie kepada kerajaan ternyata membuahkan hasil apabila mereka menerima insentif lebih RM1 juta, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Ranum Mina berkata, fikiran terbuka para pemilik tanah dengan membenarkan tanah dibangunkan oleh keraja-an memanfaatkan mereka sendiri.

“Seramai 719 peserta projek tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Kampung Selam-pit dan Kampung Kendaie menerima wang insentif dengan jumlah keseluruhan RM1,115,334.02 pada hari ini (semalam).

“Jadi, kita dapat lihat dengan jelas sekarang bahawa kerajaan tidak mengambil tanah begitu sahaja, tetapi membantu untuk membangunkannya sekali gus menambahkan pendapatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penyampaian Wang Insentif kepada Peserta Projek Tanah NCR bagi PJP Pelita Lundu Plantation Sdn Bhd di St. Glory Church Kampung Selampit bagi PJP Pelita Lundu Plantation, di sini, semalam.

Hadir sama, Temenggung Datu Stephen Jusem, Peng-urus Wilayah Bahagian Perniagaan Agro Selatan Pelita Holding Samuel Batok, Penolong Pegawai Daerah Lundu, Harry Don Bosco Biskop dan Ketua Kampung Selam-pit, Jitwil Kili, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kawasan (ADC) Selampit, Asiang Gihep dan Pengerusi ADC Kampung Kendaie, Peter Lingan Bakang.

Ranum melahirkan penghargaan kepada para peserta projek kerana menerima konsep yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membangunkan tanah NCR.

Menurutnya, walaupun pada asalnya jumlah insentif yang diterima agak sedikit, namun akhirnya ia akan ber-kembang.

“Bila anda mendapat hasil, yang tidak mahu membiarkan tanah mereka dibangunkan pasti menyesal.

“Oleh itu, bersama-samalah kita bergerak mengikuti arus pembangunan demi kebaikan diri dan teruskan kerjasama dengan syarikat-syarikat atau badan-badan yang mengurus-kan tanah kita,” katanya.

Terdahulu, Jusem turut menggalakkan penduduk setempat, khasnya pemilik tanah NCR untuk terus memberi kerjasama kepada kerajaan.

Tanpa kerjasama, katanya adalah sukar untuk me-nyaksikan projek-projek dijalankan di sesuatu kawasan dan ia melambatkan pembangunan.

“Justeru, kita hendaklah terus memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) kerana hanya kerajaan BN yang dapat membangunkan kita,” katanya.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...