Nuff Head

21 Disember 2010

Kemungkinan UMNO ke Sarawak?


YB Datuk Dr Abang Haji Abdul Rauf Bin Abg Haji Zen Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti UMNO boleh masuk ke Sarawak, namun buat masa ini ia tidak sesuai lagi untuk UMNO berbuat demikian.

Demikian pandangan yang diberikan oleh beliau semasa menyampaikan ucapan di hadapan sepuluh orang pemimpin UMNO daripada Bahagian Setiawangsa, Wilayah Persekutuan yang berkunjung ke kediamannya di Kampung Siol Kandis, Petra Jaya dekat Kuching, Sarawak pada 10 Disember lalu.

Menurut beliau, Parti PBB yang diterajui oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud  masih relevan malah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak itu masih diperlukan oleh rakyat negeri ini.

Beliau menambah bahawa PBB merupakan parti yang telah berjaya menyatu padukan rakyat negeri ini yang mempunyai kepelbagaian kaum, adat resam dan juga anutan agamanya.

UMNO mungkin sesuai di semenanjung untuk perjuangan membela orang-orang Melayu di sana, tetapi Melayu dan Bumiputera di negeri Sarawak lebih selesa di bawah PBB yang menjadi teras kepada BN di negeri ini.

Dr Rauf juga berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri amat sesuai bagi sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan juga budaya seperti Malaysia. Negeri Sarawak menurutnya telah lama mempraktriskan konsep 1Malaysia ini malah kini semakin diperkasakan demi untuk kemakmuran negara amnya dan negeri Sarawak khasnya.

Baca selengkapnya KLIK DISINI

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...