Nuff Head

11 Disember 2010

KETUANAN MELAYU DI SARAWAK!!.

WAN JUNAIDI

KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar percaya isu ketuanan Melayu yang digembargemburkan pelbagai pihak di Semenanjung Malaysia tidak akan menjadi isu besar dalam pilihan raya negeri Sarawak yang bakal diadakan pada bilabial masa dari sekarang.

Wan Junaidi berkata, isu ketuanan Melayu yang dicetuskan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perhimpunan agungnya baru-baru ini sebenarnya bukan isu besar yang perlu digembargemburkan semua pihak.

“Kita tahu ketuanan Melayu melibatkan institusi raja (Kesultanan Melayu) dan rakyat perlu memahami bahawa institusi Kesultanan Melayu terkandung dalam perlembagaan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya, di sini semalam.

Terdahulu, Wan Junaidi menyampaikan jersi untuk pasukan Futsal Parlimen Santubong yang bakal bersaing dalam kejohanan futsal peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur bermula 15 hingga 20 Disember ini.

Beliau yang juga timbalan speaker Dewan Rakyat menjelaskan bahawa mengikut perlembagaan, Kesultanan Melayu (Artikel 153) sememangnya rakyat tidak boleh mengungkit dan menggembar-gemburkan ketuanan Melayu.

Tetapi, dalam konteks di Semenanjung Malaysia ia telah menjadi isu yang popular sekarang oleh pelbagai pihak terutamanya parti-parti pembangkang.

“Kita sepatutnya berpegang kepada perlembagaan yang menyanjung serta melindungi hak-hak Kesultanan Melayu. “Justeru, mengapa ketuanan Melayu dijadikan isu politik oleh pihak tertentu,” katanya.

Wan Junaidi menarik perhatian bahawa hak keistimewaan dan keutamaan Melayu kini semakin pudar, disebabkan oleh lunaslunas perlembagaan Kesultanan Melayu dipertikaikan pelbagai pihak.

Justeru, katanya bagi menangani isu terbabit kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar dan merangka pelan tindakan pembangunan masyarakat pelbagai kaum terutama golongan Bumiputera.

“Pelbagai dasar diperkenalkan kerajaan untuk menjamin dan melindungi hak-hak pelbagai kaum di negara kita termasuk masyarakat Melayu,” katanya.

Ditanya adakah isu ketuanan Melayu itu dibangkitkan dalam perbahasan di Parlimen, Wan Junaidi berkata: “Sememangnya isu itu telah dibangkitkan oleh parti-parti pembangkang, tetapi realistiknya bila isu terbabit dipolitikkan maka kita tidak membincangkannya di Parlimen.”

Beliau menambah bahawa perbincangan di Parlimen adalah tertakluk kepada pembangunan rakyat pelbagai kaum secara keseluruhan di negara ini.

“Kita tidak membincangkan isu-isu politik sebegini di Parlimen… kerana institusi Parlimen adalah melaksanakan dasar-dasar kerajaan bagi merealisasi hasrat dan impian seluruh rakyat yang menginginkan pembangunan,” katanya.


SUMBER : UTUSAN BORNEO.

3 ulasan:

  1. salam tuan tanah NCR,

    ketuanan melayu di Sarawak???? oh tidak, kita di Sarawak belum ada sentimen spt itu. lebih baik kita tidak perlu fikirkannya, kerana kemungkinan kita boleh salah tafsir..

    BalasPadam
  2. KUALA LUMPUR, 12 Dis — Tuduhan liwat kedua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang didengar sekarang, didakwa sebagaii hasil kerja “perangkap” membabitkan ahli-ahli politik yang memusuhinya, demikian menurut laporan eksklusif sebuah akhbar harian Austarlia yang membawa pendedahan WikiLeaks.

    Menurut laporan Sun-Herald semalam, pendedahan kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat menunujukkan pegawai-pegawai risikan Singapura memberitahu rakan sejawatan mereka dari Australia bahawa Anwar terlibat dalam perbuatan yang dikenakan tuduhan itu — tindakan yang beliau menafikan sama sekali.

    “Jabatan Risikan Kebangsaan Australia juga mengatakan bahawa kelakuan itu adalah akibat perangkap oleh musuh-musuh Dr Anwar,” lapor akhbar itu, yang merupakan sebahagian daripada produk kumpulan Sydney Morning Herald.

    Laman web WikiLeaks telah menyiarkan sekitar 250,000 kabel diplomatik dari Amerika Syarikat, pendedahan mengenai pandangan dan ulasan yang amat mengejutkan, melibatkan pelbagai negara dan banyak pemimpin dan ketua kerajaan. Sekitar 1,000 kabel pula berkaitan dengan Malaysia termasuk sebahagiannya mengenai keengganan Putrajaya bekerjasama dengan beberapa pihak utama dunia.

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wikileaks-dedah-anwar-masuk-perangkap-kes-liwat/

    BalasPadam
  3. kesian dayak iban disarawak mcm dianaktirikan saja...
    mcm dudk menumpang jak disarawak...
    boleh dibilang dengan jari berapa kerat anak dayak iban berjaya... adui rakyat sarawak.. bankitlah...
    sejarah 1987 sarawak akan berulang kembali
    warga melayu semenanjung

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...