Nuff Head

22 Disember 2010

FESTIVAL KUCHING TIDAK PENTING?





Datuk Bandar lahirkan rasa kecewa pesta dianjur 20 tahun tiada dalam Kalendar 2011

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) James Chan semalam menyuarakan kekecewaan apabila Festival Kuching tidak disenaraikan dalam ‘Kalendar Acara 2011’ yang juga dikenali sebagai kalendar pelancongan negeri ini.

Menurut beliau, Festival Kuching yang telah dianjurkan lebih 20 tahun pada Ogos sewajarnya tersenarai kerana ia merupakan antara acara terbesar dan telah menarik ramai pelancong asing.

“Kuching Festival bukan sahaja menarik ramai pelancong asing tetapi juga penduduk tempatan.

“Kami rasa ia sewajarnya disenaraikan, namun keputusan ini berdasarkan kata putus Kementerian Pelancongan,” katanya.

Chan berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBKS, di sini semalam.

Sementara, Timbalan Datuk Bandar MBKS Abang Affandi Abang Anuar menyifatkan penyingkiran Festival Ku-ching dalam kalendar tersebut mungkin kerana ia ‘terlepas pandang’.

Ditanya sama ada pihaknya ada memohon untuk Festival Kuching disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri itu, Abang Affandi yang juga selaku pengerusi penganjur Festival Kuching menjawab: “Sering disebut dalam ucapan perasmian tetamu kehormat agar Festival Kuching di-senaraikan dalam kalendar pelancongan negeri, tetapi ia tidak seperti yang kami jangkakan.”

Beliau juga membandingkan dengan Festival Kapit yang telah tersenarai dalam kalendar acara pelancongan 2011.

“Bukan kita mengatakan Festival Kapit kecil, namun melihat pada Festival Ku-ching yang telah dianjurkan lebih 20 tahun tetapi tidak tersenarai…, kita tidak tahu apa sebabnya.”

Sehubungan itu, Abang Affandi berkata pihaknya akan mengenal pasti sebab berlakunya perkara itu dan akan mengemukakannya kepada Kementerian Pelancongan serta Lembaga Pelancongan Sarawak (STB). sumber Utusan Borneo.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...