Sebagai pertubuhan yang terbesar di Sarawak, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) telah memainkan peranan penting dalam menganjak kemajuan negeri dengan sokongan golongan muda.
Sempena EGM 2010, Saberkas menganjurkan majlis Makan Malam Bersama Setiausaha Agung, sebagai acara kemuncak perjumpaan ahli-ahli dari seluruh Sarawak. Majlis tersebut dimeriahkan dengan aktiviti berkaraoke dan cabutan bertuah.
Anggota Exco Abang Abdul Aziz ditemui berkata, melalui pindaan perlembagaan baru pada 10 Desember 2010 lalu, Saberkas dilihat semakin peka dalam menyediakan dan mengisi kepelbagaian untuk golongan muda.
“Berdasarkan perlembagaan baru tersebut, cawangan seberkas akan dibahagikan kepada 71 kawasan DUN. Manakala 70 % keahlian mestilah dari kalangan belia yang berumur dibawah 45 tahun, selebihnya 30 % keahlian akan disertai belia yang berusia 45 tahun keatas”.
Rasionalnya menurut Abang Abdul Aziz, pindaan perlembagaan baru bertepatan dengan persekitaran semasa, dimana suara golongan belia perlu diberi perhatian khusus. Selain itu pelbagai program yang akan dianjurkan dapat memberi pendedahan untuk belia-belia di Sarawak agar lebih aktif melalui cawangan masing-masing, dengan menyertai NGO seperti Saberkas.
Dengan adanya cawangan-cawangan , segala aktiviti dan peruntukan kewangan akan mudah diagih untuk memastikan golongan belia terus aktif dengan pelbagai aktiviti.
Saberkas akan turut memperkenalkan cara urus tadbir sesebuah organisasi dengan mendapat bimbingan dari kalangan sesama ahli yang berusia 45 tahun keatas tersebut, yang terdiri dari ahli yang berpengalaman dan professional.
“Selain meningkatkan peryertaan para belia, kita tidak berharap agar golongan muda tidak hilang hala tuju setelah menamatkan zaman persekolahan” tegasnya.
semoga Saberkas lebih giat meneruskan perjuangan memertabatkan beliau di negeri SArawak khususnya.
BalasPadam