Nuff Head

05 September 2010

Nilai Solat seorang Mukmin

gambar hiasan

Abu Hurairah r.a menceritakan , " Dua orang dari satu qabilah datang kepada Rasulullah s.a.w dan memeluk agama islam serentak .

Salah seorang daripadanya mati syahid dalam satu pertempuran dan seorang lagi meninggal dunia setahun kemudiannya .

Talhah bin Ubaidullah r.a berkata bahawa beliau telah melihat dalam mimpinya bahawa orang yang mati kemudian telah dimasuki ke dalam syurga dulu dari simati syahid itu . Ini menakjubkannya . Daku tidak ingat samada beliaukah atau orang lain yang menceritakan mimpi ini kepada Rasulullah s.a.w. .

Bagaimanapun Rasulullah saw bersabda , ”Bukankah orang yang mati kemudian itu berpuasa sebulan ramadhan lebih dan bukankah beliau telah bersolat 6000 rakaat atau lebih semasa setahun yang beliau hidup setelah sisyahid itu mati ? ”

Sesungguhnya kita tidak tahu betapa besar nilainya solat itu . Rasulullah s.a.w kerap , didengar bersabda “ Sejuk pandangan mataku adalah dalam bersolat ”. Ini adalah satu kenyataan betapa kasihnya beliau terhadap solat.

Demi itu , apakah lagi yang lebih nilainya dari solat??

16 ulasan:

  1. APASAL LAA, AKU BELUM TERFIKIR NAK BENTANG SEJADAH,
    HIDUP SENANG REZEKI DATANG MELIMPAH,
    NAK DIRIKAN SEMBAHYANG,RAKAN BAIK SETAN SURUH LENGAH-LENGAH,
    ALLAH TARIK NIKMATKU SAMPAI NANGIS KELUAR AIR MATA DARAH BARU LAH PADAH.


    APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG,
    ALLAH KASI AKU JASAD SIAP DENGAN BAYANG-BAYANG,
    BUKANKAH AKU LEBIH BAIK DARIPADA TIANG,
    BERDIRI TANPA ROH MALAM DAN SIANG.


    APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG,
    KERJA DAH BEST KELUARGA PUN DAH SENANG,
    NEGARA AMAN DAMAI TAK LAGI HIDUP BERDAGANG,
    TAKKAN 5 MINIT 5 WAKTU AKU TAK BOLEH NAK LUANG.


    APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG,
    TENGOK TV MAIN BOLA AKU SANGGUP SAMPAI PETANG,
    BELI TIKET KONSERT,BAYAR TIME SHOPPING AKU SANGGUP BERATUR PANJANG,
    INGAT MASUK SYURGA TU BOLEH MAIN HUTANG-HUTANG.


    APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG,
    KENA INGAT UMURKU BUKANNYA PANJANG,
    PAGI SIHAT ENTAH PETANG NANTI DAH KEJANG,
    NANTI DALAM KUBUR KENA BALUN SORANG-SORANG.
    SALAM..MOTIVASI SOLAT..

    APASAL LAAA..... AKU MALAS SEMBAHYANG,
    SEKSA NERAKA CUBALAH AKU BAYANG,
    PERJALANAN AKHIRAT TERLALULAH PANJANG,
    JANJI ALLAH TAALA AKAN TERTUNAI TAK SIAPA BOLEH HALANG.

    APASAL LAAAA....AKU MASIH MALAS SEMBAHYANG....?

    BalasPadam
  2. salam,

    solat itu tiang agama tanpa solat rosak agama..

    BalasPadam
  3. Salam...

    Moga kitak sihat lebih-lebih agik bulan posa dah berakhir tok...

    Mun difikir kenak Rasulullah solat sampey bengkak kaki padahal nya udah confirm masuk syurga. Dipertunjukkannya pada kita tok pentingnya solat sebab Rasulullah udah nangga ganjarannya dan udah diat juak azabnya urang ninggal solat masanya di israk dan mikraj. Kenak juak urang sik mikir hal tok owhhh...

    BalasPadam
  4. camana la kita ni yang amalan solat wajib pon tak sempurna

    BalasPadam
  5. Saya ingin berkongsi satu kisah dengan semua, berkenaan dengan solat juga. ceritanya lebih kurang begini..ada cerita seorang sahabat Nabi S.A.W yang sedang membina rumah dan tinggal seketul batu yang terakhir utk diletakkan, azan berkumandang. Dia tinggalkan batu itu dan pergi ke masjid. Ada orang yang ternampak perlakuan tersebut bertanya kenapa tidak diletakkan saja batu yang penghabisan itu. Dia menjawab, lebih kurang bunyinya, kalau dia letakkan batu itu, maknanya dia lebih membesarkan batu itu daripada Allah.

    Ya Allah... macam mana la nilai solat kita di sisi Dia...Dia terima ke tidak..

    waAllahualam..

    BalasPadam
  6. salam Afida,

    sekecil-kecil pun perkara kalau nabi yang merupakan kekasih Allah amat menjaga dalam ibadahnya, inikan pula kita yang selalu lalai dalam solat. Selalunya lumrah kehidupan kita, bila azan berkumandang pun kita masih lagi leka dengan tugas seharian kemudian tunggu dekat nak habis waktu baru kelam kabut bersolat, ambil mudah saja nak dekatkan dua waktu dengan sekali bersiap...

    BalasPadam
  7. Mari kita renungi catatan UG yang penuh hikmah dan makna ini.
    wahai Allah ,campakkanlah hakikat solat dalam hati sanubari dan perkuatkanlah dengan mengamalkannya cara junjungan kami S.a.w.Beri kekuatan untuk kami sampaikan perintahmu ini dengan orang sekeliling kami.

    BalasPadam
  8. benar penjejak maya,saya yakin jika ada seseorang atau satu kumpulan berhasrat untk meruntuhkan sebuah bangunan masjid atau surau pasti setiap orang islam akan bangkit mempertahankan bermati-matian , tapi yang sedihnya apa kita lakukan jika saudara kita tinggal kan solat?:=(

    BalasPadam
  9. Salam saudaraku Abd Razak,
    tok lah yang menyedihkan hati kita.kita lebih mengutamakan ganjaran dunia yang sementara natijah nya kebesaran dunia bertapak dihati bila ini berlaku kebesaran Allah yang maha Agung akan lenyap dihati.nauzubilah min zalik.

    BalasPadam
  10. memang benar cemomoi tiada jaminan bagi amalan kita diterima Allah..:=(.Namun Nabi S.a.w bersabda sesiapa yang berpegang teguh pada Al-quran dan sunnah pasti dijanjikan kejayaan dunia dan Akhirat.kita perbanyakkanlah amalan-amalan yang 'menyukai' Allah dan perbanyakkan doa.semoga ibadat kita semua diterima Allah,wallah hu alam.

    BalasPadam
  11. terima kasih dengan perkongsiaan yang hak dari Afida Anuar..
    inilah dikatakan seorang yang 'Berilmu' dimana dia dapat mengutamakan yang mana didahulukan dahulu dalam perintah Allah.Buat rumah perintah Allah tetapi solat pun perintah Allah.maka dia utamakan solat.
    Menurut satu hadith lebih kurang berbunyi "seorang BERILMU lebih ditakuti Syaitan daripada 100 atau 1000orang Abid(ahli ibadat)"wallahu alam

    BalasPadam
  12. Benar Apai Ngelai,Solat lah perkara yang pertama akan dihisab diakhirat kelak , baik solat baiklah segala amalannya dan begitu juga sebaliknya.nauzubillah min zalik.

    BalasPadam
  13. Salam,terima kasih blog tuan sudah saya pautkan.

    BalasPadam
  14. salam.. blog sdra sdah saya pautkan... terima kasih sudi bertandang ke blog saya

    BalasPadam
  15. salam hafez j malim,
    terima kasih kembali atas kunjungan saudara.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...