Nuff Head

10 Disember 2010

HANGAT!!!: Blogger Dayak Baru akan tubuhkan Negara sendiri ?

Dr John Brian rasanya sudah lama berbahas tentang dayakisme dalam blog beliau (dayakbaru.com). Sudah sampai ke ‘urat saraf’ perlembagaan Negara dipersoal, sudah berulang-ulang membayangkan Perkara 18 dalam perjanjian Malaysia sebagai suatu yang tidak adil dan kejam.

Perjanjian autononi 18 perkara adalah hasil persetujuan bersama kaum dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Malah ditangani sendiri oleh tokoh agung negeri Sarawak yang berbangsa dayak iaitu Tun Jugah dan rakan seperjuangan demi membentuk Negara Malaysia.

Meskipun perjanjian 18 perkata adalah konsensus yang tidak boleh dibahas secara terbuka,  serta tidak boleh dicabar walaupun di mahkamah. Namun 'blogger dayak baru' telah secara konsisten mempersoal keanggotaan negeri Sarawak dalam persekutuan Malaysia.


Perjuangan dayak baru adalah ‘ketuanan dayak’, ‘negeri dayak untuk dayak’ dan segala sentimen dayakisme. Yang dikatakan menghalang perjuangan dayakisme adalah pengaruh kerajaan persekutuan dan campur tangan politikus dari semenanjung. Ditambah dengan scenario politik Sarawak yang tidak kondusif dalam memungkinkan falsafah ‘negeri dayak untuk dayak’.

Ironinya dayak baru sedang berkokok dibawah ketiak Anwar Ibrahim dan PKR, yang tidak diketahui entah  dari mana?

Atas nama Hak dan kebebasan bersuara, tidak salah dayak baru menolak semua dasar serta perlembagaan Negara, Malah mencampak status kerakyatan Malaysia dan seterusnya menubuhkan 'Negara baru'.

Apakah itu penyelesaiannya? Penyokong dayak baru tentunya sudah cukup ramai dari kalangan kaum mereka sendiri, Namun itu bukanlah indikasi bahawa seluruh rakyat Sarawak akan ikut serta. Juga tidak memungkinkan seluruh negeri Sarawak akan keluar dari persekutuan Malaysia atas alasan yang sama.

Oleh itu, apakah Dr John Brian akan menubuhkan 'Negara sendiri' bersama penyokongnya sendiri dan 'orang  sendiri', dalam wilayah sendiri yang terbatas.

Jika benar terdapat penindasan etnik dan ekonomi secara sistematik (seperti yang didakwa blogger dayak baru), dan disokong oleh International komuniti serta direstui oleh badan pemantau United Nation. Maka penubuhan Negara baru adalah pilihan.


Apakah Dr John Brian akan menubuhkan Negara ‘dayak nation’ dengan berkonsepkan ‘negeri dayak untuk dayak’???

Apapun,  blogger dayak baru berhak melakukannya. Kerajaan Malaysia  pasti tidak keberatan untuk  melepaskan 'blogger dayak baru' membentuk negara baru di tanah Borneo ...

5 ulasan:

  1. Ini bukan perkara main main. Sabah serawak masuk Malaysia dibawah perhatian dan Bangsa-Bangsa Bersatu. Hasilnya di iktiraf oleh antarabangsa.

    Bila pulak satu Serawak tu Negeri Dayak. Seluar pun tak tau pakai dah nak Ketuanan pulak.

    Iblis ada merata rata. Anwar teringin nak jadi ketua. Ketua kampung dia tak nak.

    BalasPadam
  2. hahaha!!!Sudah terasa ke kebangkitan DAYAK,Sudah takut ke???Belum apa-apa sudah cuba hendak memutar belit dan menbuat tuduhan yang bukan-bukan dan menggelirukan....

    Jangan menuduh sebarang tuduh,
    jangan cabar dengan cara yang menggeliru,
    RDB tidak pernah mencari musuh,
    Blogger inilah yang berniat jahat ada udang disebalik batu.

    Ular sawa memang pandai membelit,
    Ular tedong racunnya bisa,
    Blogger inilah raja segala pemutar belit,
    kerana hasil maklum balas RDB lah beliau terasa.

    BalasPadam
  3. betul la tu, kita nak lihat negara dayak nation yg adillllllll

    BalasPadam
  4. HELLO BRO.... GAYU GURU GERAI NYAMAI, ENDAK GARU ENDAK NYAMAI! Where else in this world you can find LAND & SEA belongs to dayak? They are the LAND DAYAK AND SEA DAYAK OF BORNEO!!!!! So rightfully, this FAIRLAND SARAWAK belongs to them!

    BalasPadam
  5. Salam seMalaysia…Melanau Blogger,

    Pulau Bruit bergolak!
    Dato Sri Awang Asfia Nassar kepanasan……

    Ada lagi Ketua Masyarakat mahu DS Asfia dicalon semula. Tak heran, mereka sudah kena beli Asfia…. Jadi kakaktua. Tapi pengundi N36 SEMOP atau Pulau Bruit tetap tolak Asfia!

    Walaubagai manapun, ada berita terkini, SIAPA CALON BN PULAU BRUIT atau N36 SEMOP? Sudah terjawap dan tersebar luas seluruh pelusuk Sarawak. Orangnya BUKAN Mohd Hailmi Sajili (MHS) (seorang pensyarah), tapi orang kuat Datuk Wahab Dolah ….. Haji Kamel Bin Haji Sapiee budak tempatan berasal dari Kampung Penipah, Tekajong. Beliau mesra dengan panggilan Amel, dikalangan penduduk Pulau Bruit. Ini yang buat Asfia panas baran! Kecut lagi tu!

    Kamel pernah menjawat jawatan tertinggi dalam DBKU sebagai Pengarah DBKU (jawatan yang paling senior dipegang oleh budak Melanau dari Pulau Bruit), berkelulusan master dari salah sebuah university di Perth. Amel merupakan anak didik Datuk Wahab Dolah. Kamel merupakan seorang usahawan (OKB – orang kaya Baru, istilah Datuk Wahab) yang paling berjaya di Matu Daro. Beliau mempunyai puluhan ribu hektar ladang sawit di Tebaang, dekat Daro. Kemampuan Amel dari segi kewangan tiada menjadi masalah, untuk menservis kawasan Pulau Bruit jika menjadi adun kelak. Kalau dibanding dengan pensyarah MHS atau Asfia sekalipun, Amel lebih popular. Belum pun tarikh pilihan raya Sarawak diumumkan oleh Taib, orang Pulau Bruit sudah beramai-ramai keluar menyambut kedatangan Haji Kamel, budak kampong Penipah, Tekajong! Tiada masalah bagi Kamel diangkat sebagai calon, atas sokongan padu Datuk Wahab, yang merupakan orang kanan Taib dalam PBB. Mengikut Wahab, Asfia akan direhatkan! Bagaimana berita dari anda, orang Pulau Bruit?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...