Nuff Head

Najib For PM

Najib Razak merupakan PM yang paling banyak membawa Transformasi dan menyentuh segenap lapisan masyarakat

Suara 1Sarawak

Selamat Datang Semoga Kehadiran Anda Penuh Makna

31 Disember 2010

Ahli parlimen serdang tak makan saman.

Dia buat hal lagi.Tak serik dengan masuk masjid tanpa bertudung kini dah buat senamrobik dalam masjid.Bagi ki kalau teo nie ching galek sapa ta meliur tengok..memang tergugat iman jemaah masjid yang turut serta...Siap buka kuda2.






Walaupun semangat kekitaan nak di pupukkan oleh Teo tapi tak bertempat.
Apa kata PKR selangor yang nak masjid di jauhkan dari politik....Anda berani tan sri khalid?

SABERKAS : Pelbagai aktiviti untuk golongan muda


Sebagai pertubuhan yang terbesar di Sarawak, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) telah memainkan peranan penting dalam menganjak kemajuan negeri dengan sokongan golongan muda.

Sempena EGM 2010, Saberkas menganjurkan majlis Makan Malam Bersama Setiausaha Agung, sebagai acara kemuncak perjumpaan ahli-ahli dari seluruh Sarawak. Majlis tersebut dimeriahkan dengan aktiviti berkaraoke dan cabutan bertuah.

Anggota Exco Abang Abdul Aziz ditemui berkata, melalui pindaan perlembagaan baru pada 10 Desember 2010 lalu, Saberkas dilihat semakin peka dalam menyediakan dan mengisi kepelbagaian untuk golongan muda.

“Berdasarkan perlembagaan baru tersebut, cawangan seberkas akan dibahagikan kepada 71 kawasan DUN. Manakala 70 % keahlian mestilah dari kalangan belia yang berumur dibawah 45 tahun, selebihnya 30 % keahlian akan disertai belia yang berusia 45 tahun keatas”.

Rasionalnya menurut Abang Abdul Aziz, pindaan perlembagaan baru bertepatan dengan persekitaran semasa, dimana suara golongan belia perlu diberi perhatian khusus. Selain itu  pelbagai program yang akan dianjurkan dapat memberi pendedahan untuk belia-belia di Sarawak agar lebih aktif melalui cawangan masing-masing, dengan menyertai NGO seperti Saberkas.

Dengan adanya cawangan-cawangan , segala aktiviti dan peruntukan kewangan akan mudah diagih untuk memastikan golongan belia terus aktif dengan pelbagai aktiviti.

Saberkas akan turut memperkenalkan cara urus tadbir sesebuah organisasi dengan mendapat bimbingan dari kalangan sesama ahli yang berusia 45 tahun keatas tersebut, yang terdiri dari ahli yang berpengalaman dan professional.

“Selain meningkatkan peryertaan para belia, kita tidak berharap agar golongan muda tidak hilang hala tuju setelah menamatkan zaman persekolahan” tegasnya.

30 Disember 2010

Peristiwa Politik Negara Sepanjang 2010

JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:

12 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

28 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P.Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:

14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T.Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS :

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

NOVEMBER:

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).


16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.

27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.

29 Disember 2010

ADUN Nangka Hapuskan Spekulasi Pilhan Raya Sarawak

YB Datuk Awang Bemee merupakan ADUN Nangka selama tiga penggal. Beliau kini turun padang untuk menafikan spekulasi yang pernah disiarkan dalam blog-blog seperti berikut.
  1. Sebanaku-Sarawak 
  2. Suara Pemikir  
MP percaya ada kebenarannya di dalam petikan akhbar Utusan Borneo di bawah untuk tatapan bersama.   Kebanyakan undi yang dibuat dalam blog di atas  adalah berdasarkan sebanyak 165 kali ketikan (berdasarkan tarikh hari ini 29 Disember 2010).  Ini tidak dapat menentukan purata sebenar untuk mewakili rakyat secara keseluruhannya.  Semoga YB  PBB  khususnya, tidak menghiraukan tohmahan ini semua dan terus tabah menghadapi dugaan yang melanda. 

Semoga YB Barisan Nasional terus cekal dan tabah meneruskan perjuangan asas parti Barisan Nasional di Sarawak. 

Awang Bemee nafi spekulasi tidak pertahankan kerusinya

Utusan Borneo Posted on December 29, 2010, Wednesday

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka selama tiga penggal, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah menafikan spekulasi beliau tidak akan mempertahankan kerusinya pada pilihan raya negeri akan datang.

Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak akan bertanding semula tetapi sudah tentu saya membiarkan kepimpinan parti (untuk membuat keputusan).

“Bagi saya, sekiranya dicalonkan semula saya akan melakukannya. "

“Saya adalah penyandang dan dakwaan saya tidak akan mempertahankan kerusi adalah spekulasi semata-mata,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil dan Pingat Emas Tahunan Lembaga Pelabuhan Kuching, semalam. "

Awang Bemee berkata, untuk bertanding atau tidak terletak di tangan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Tetapi sekiranya saya dicalonkan di kerusi yang saya wakili sejak tiga penggal lepas, saya rasa saya sudah bersedia sepenuhnya dan yakin mampu mempertahankan kerusi itu kepada BN,” katanya.

Beliau menambah bahawa jentera parti (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) juga telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya yang seharusnya diadakan sebelum Julai tahun depan.

“Jentera parti kita telah diaktifkan semula sejak pilihan raya kecil Sibu dan sekarang masih aktif dan bersiap sedia untuk pilihan raya,” katanya.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, Awang Bemee memenangi kerusi Nangka selepas mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abang Ariffin Abang Sebli dalam pertandi-ngan dua penjuru.

Beliau mendapat sebanyak 6,202 undi sekaligus mengalahkan lawannya dengan undi majoriti sebanyak 4,815. Abang Ariffin mendapat 1,387 undi.

Baru-baru ini hebat dispekulasikan bahawa Awang Bemee merupakan salah seorang penyandang yang tidak akan dicalonkan semula pada pilihan raya negeri seterusnya.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi BN dan presiden PBB mengesahkan bahawa calon-calon BN pada pilihan raya seterusnya akan menampilkan muka-muka baru.

Ia mungkin membawa makna beberapa penyandang akan digugurkan sama ada secara rela atau terpaksa memberi laluan kepada muka baru.

Setakat ini, hanya Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang secara umumnya mengumumkan bahawa ia akan mengekalkan kelapan- lapan penyandangnya di kerusi masing-masing.

TVSB - Media Baru PKR Sarawak


TV Sarawak Bebas (TVSB) adalah media baru PKR menjelang pilihan raya negeri Sarawak, TVSB terdapat dalam versi DVD/CD yang boleh ditempah dengan harga RM10. Menurut penyokong PKR Sarawak, TV yang  canggih ini, turut menampilkan penyampai berita yang mesra penonton dan 'berdada bidang'.

Oleh kerana TVSB adalah untuk mempromosikan PKR di Sarawak, maka sengaja ditampilkan penyampai berita yang memiliki 'dada dan otot' yang mantap, sesuai dengan nafsu Anwar Ibrahim sendiri.

Yang pelik, berita TVSB menggunakan latarbelakang pembangunan mantap yang dibuat oleh kerajaan Taib Mahmud. Sedangkan itulah yang mereka kritik dan persoal sebelum ini, khususnya bangunan DUN Sarawak. Sepatutnya mereka menggunakan latarbelakang "hutan belantara, sungai dan haiwan" agar menepati slogan perjuangan Baru Bian.
 Macam kenal?


(video credit : link)

Gobalakrisnan iktiraf anwar al juburi pengkhianat orang india

Alamak Anwar al juburi,apa sudah jadi Gobala dah semakin menjadi-jadi.Hanya kerana nakkan kroni nya saja di dalam PKR semua orang lama di cantas.Setelah kalah pada pemilihan peringkat tertinggi parti bulan lepas,Gobala semakin berani menimbulkan nanah di dalam parti.Terbaru ini Gobala menyifatkan al juburi sebagai pemerintah kuku besi.Katanya al juburi bersifat perkauman,tak pernah nak tingkatkan kehidupan kaum india hanya menanam tebu di bibir.Ramai kaum india di dalam PKR telah di bohongi.

Apabila ada suara di dalam yang mahu di adakan semula pemilihan kerana tidak berpuas hati ,Al juburi hanya membisu.Bawa penyokong 2 3 buah bas nak buat kecoh satu negeri tetapi al juburi tetap tak mengerti.Katanya itu semua ada agenda tersembunyi.




Dah tahu al juburi pakar putar alam kenapa masih setia lagi di dalam PKR.Keluar sajalah...Gobala.Bawa ratus ribu orang india tinggalkan PKR,tengok macam mana al juburi nak settle.Mahu tidaknya Gobala di khaskan jawatan tertentu...

Macam mana dengan kuil yang di robohkan,ada tak tan sri khalid khaskan kawasan baru?

28 Disember 2010

Pakatan Rakyat: 100 Hari Reformasi Bagai Berumah Di Tepi Tebing

Gambar hiasan

Begitulah keaadaan ahli PR yang masih mempercayai akan adanya reformasi dalam PR yang seumpama gelegar buluh.

Dalam blog Rajahmas, kita dapat melihat seorang pengunjung yang memberi komen bagai buntal kembung.  Dia bagai diurap dengan daun katang-katang untuk mempertahankan perkara 18 tetapi beliau masih membiarkan dirinya bagai hantu makan dedak.

Janji PKR masih digenggam sehingga kini.  Mereka masih mengakui kehebatan tusukan belakang Anwar Ibrahim dan tidak mampu untuk ditandingi?  Itu memang  kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada parti memandangkan ini sahaja parti yang tinggal untuk mereka yang kecewaBagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. 

Seperti yang telah dicanangkan oleh Anak Merdeka beberapa hari yang lepas.  Begitulah juga nasib kita sekiranya mempercayai dakyah Pakatan Rakyat.  Kalau bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya.  Pakatan Rakyat ini juga sering mengamalkan sikap baling-baling di atas bukit untuk menambat hati orang yang berniaga di hujung lidah?

Budaya balik belakang lain bicara ini disuarakan juga dan dipetik daripada blog Muda Tengah. 



Berikut adalah rumusan pembohongan yang dipetik:-
  1. Pakatan Pembangkang akan mengambilalih pentadbiran kerajaan di Putrajaya pada 16 September 2008
  2. Kemasukan beramai-ramai 30 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional ke dalam Pakatan Pembangkang.
  3. Kisah 6 kotak rahsia yang kononnya mengandungi segala dokumen penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. 
  4. Menyelesaikan masalah tanah penduduk Kampung Buah Pala
  5. Mengaku tidak merobohkan tempat ibadat kecuali Surau dan Masjid?
  6. Tuduhan APCO menyamakan 1Malaysia dengan One Israel.
  7. 100 Hari Reformasi Pakatan
Mungkin banyak lagi yang saya tidak dapat sertakan. Sekian dahulu renungan pada hari ini.

Janganlah kita sekali-kali bermulut di mulut orang.
 

Pengerusi perhubungan UMNO tahun 2011

Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UUMNO negeri-negeri 2011 yang diumumkan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor .
Perlis
Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu

Timbalan : Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)

Kedah
Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)
Timbalan : Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)

Pulau Pinang
Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)
Timbalan : Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)

Perak
Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
Timbalan : Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selangor
Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan : Datuk Seri Noh Omar

Wilayah Persekutuan
Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan : Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidinz

Negeri Sembilan
Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan : Datuk Shaziman Abu Mansor

Melaka
Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Timbalan : Datuk Wira Abu Seman Yusop
Johor
Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman
Timbalan : Datuk Dr Latiff Ahmad

Pahang
Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob
Timbalan : Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

Terengganu
Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)
Timbalan : Yahya Khatib Mohamad (muka baru)

Kelantan
Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan : Datuk Dr Awang Adek Hussin

Sabah
Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman
Timbalan : Datuk Seri Salleh Said Keruak

Semoga dengan perlantikan ini akan lebih memantapkan perjuangan UMNO,bukan sekadar untuk orang atasan tetapi juga untuk rakyat bawahan.Luahan mereka perlu di dengar di peringkat atasan supaya mereka tidak berpaling kepada parti politik yang lain.

PERBANDINGAN PERKAHWINAN TAIB DENGAN KEMAKSIATAN!!.refresh




Terlebih dahulu alehkayong ingin mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Pehin Seri !

Semoga Pehin seri dan pasangan mendapat keberkatan daripada Allah.

lanjut sila layari melanau dan muka petang


Sekarang kita bincang sedikit mengenai tajuk di atas....

Perbandingan perkahwinan dengan kemaksiatan atau zina bagaikan

Utara dengan Selatan ,

bagaikan Api dan Air .

Berani saya katakan bagi setiap agama di muka bumi ini mengharamkan perzinaan !

Dalam Isle perzinaan merupakan perbuatan yang sangat buruk dan pelakunya diancam dosa besar oleh Allah swt,

firman-Nya,”Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al Israa : 32)

Hal itu disebabkan terlalu banyaknya kesan yang ditimbulkan dari perzinaan, baik dari segi psikologi, sosial maupun moral.

Dan dalam Isle perkahwinan adalah perintah Allah , setiap lelaki dan perempuan yang cukup syarat wajib berkahwin.
Tidak timbul lelaki tua kahwin perempuan muda atau sebaliknya , sebab kedua-duanya adalah sunnah.




Pesanan buat diri dan pembaca yang disanjungi:

JIKA ada sesiapa di antara kita sengaja atau tidak sengaja menghalang atau tidak puashati dengan perintah Allah dan sunnah Nabi Saw ni , maka cepat-cepatlah kita bertaubat..
wallahualam.



27 Disember 2010

Ketua Menteri Wanita Buat Sarawak

Dalam blog Rajahmas sudah kecoh terdapat ura-ura menyatakan Sarawak mungkin mencipta sejarah dalam PRU kelak.  Ketua Menteri mungkin akan bertukar jantina.  PKR mungkin melantik Setiausaha (Sayap Wanita PKR Bekenu) mereka di Miri untuk menjadi Ketua Menteri memandangkan beliau mampu mengatasi segalanya.  


Mana tidaknya memandangkan terdapat laluan alternatif yang pantas dari Kuching ke Miri membolehkan bakal Ketua Menteri Wanita ini berulang-alik dari Utara ke Selatan.  Dengan adanya infrastruktur yang disediakan maka urusan untuk menjadi Ketua Menteri Wanita akan dipercepatkan dan mungkin memendekkan tempoh perjalanan dari Kuching ke Miri kelak. 

Nampaknya Zulhaidah tak perlu merangkak lagi tapi boleh 'berlari' terus untuk sampai ke Kuching kelak.  Kalau nak tahu kenapa Zulhaidah merangkak? Silalah rujuk blog  Aisanda


Laluan alternatif Kuching-Miri: Manyin

by Jeremy Lanson. Posted on December 23, 2010, Thursday

Kerajaan negeri rancang bina lebuh raya berkembar demi kepentingan rakyat

SERIAN: Kerajaan negeri merancang untuk membina lebuh raya berkembar bagi laluan alternatif Kuching-Miri.

Menteri Pembangunan Infrastuktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata perancangan itu dibuat demi kepentingan rakyat di samping usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di laluan alternatif tersebut.

“Lebuh raya berkembar ini sememangnya sudah dirancang oleh kementerian saya dan kami sudah bersedia, cuma sekarang kami masih belum menerima peruntukan untuk melaksanakannya.

“Bagaimanapun kami tetap akan cuba untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan lebuh raya berkembar ini kerana saya pasti dengan adanya laluan berkembar ini akan mengurangkan kemalangan selain menyingkatkan lagi waktu perjalanan pengguna laluan alternatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Krismas 2010 Peringkat Negeri di sini semalam.  Menurut beliau anggaran kos bagi pembinaan lebuh raya berkembar tersebut adalah sebanyak RM16 juta bagi setiap kilometer.

Justeru menurut beliau peruntukan sedia ada yang telah disalurkan kerajaan pusat kini tidak mencukupi untuk menampung kos bagi pembinaan lebuh raya berkembar tersebut.

“Anggaran kos bagi pembinaan lebuh raya berkembar ini jika menggunakan standard R3 akan menelan kos sehingga RM16 juta bagi setiap kilo-meter dan ia merupakan satu perbelanjaan yang tinggi.

“Disebabkan itu dengan peruntukan yang ada kini, kita tidak mampu untuk melaksanakannya di samping kita juga kini dalam usaha menyediakan kemudahan jalan raya di kawasan-kawasan pedalaman menjelang 2020,” katanya.

Sungguhpun begitu, dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini, Manyin memberitahu kementeriannya telah memohon peruntukan sekitar RM100 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk pembinaan ‘laluan memotong’.

“Laluan memotong ini adalah laluan yang hanya akan digunakan oleh pengguna jalan raya yang hendak me-motong kenderaan lain.

“Justeru, pemandu tidak perlu lagi memotong secara terburu-buru kerana akan adanya laluan yang disediakan khas untuk memotong di beberapa buah kawasan laluan alternatif ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya di negeri ini untuk tidak menyamakan keadaan atau struktur jalan raya di Semenanjung Malaysia.  Demikian menurut beliau kerana keadaan atau struktur lebuh raya di Semenanjung Malaysia adalah diselenggara sepenuhnya oleh pihak pengendali ‘tol’.

“Tun Dr Mahathir dahulu membuat keputusan yang amat tepat dengan memper-kenalkan perkhidmatan tol kerana dengan adanya tol maka adalah highway yang baik di Semenanjung dan ia sebenarnya bukan datang da-ripada kerajaan sepenuhnya.

“Berbeza pula dengan di sini, jika kita ingin memper-kenalkan tol, saya rasa kita tidak akan mampu melakukannya kerana aliran trafik sangat perlahan berbanding Semenanjung,” katanya.

MESTI BACA: Surat dari 'makcik' untuk makcik Zulhaidah

Selama ini Zulhaidah bukan main lantang mempersoal peribadi pemimpin Sarawak, termasuk yang terkini  tentang perkahwinan ketua menteri Sarawak. Mungkin bagi Zulhaidah, tidak mengapa menikah seramai yang boleh atau melakukan maksiat semahunya. yang penting tidak menikah dengan wanita yang lebih muda.

Memang Zulhaidah tidak muda lagi, dan tidak berada dalam senarai memikat hati. Apakah sebab itu, Zulhaidah terpaksa menggunakan strategi 'memuji diri' untuk meraih perhatian?

Suboh-suboh lagi, Zulhaidah telah 'memuji diri' mengatakan dia lebih baik dan lebih bijaksana dari mana-mana pemimpin Sarawak. Memang hebat nafsu makcik Zulhaidah ini, dengan 'syok sendiri' mengatakan dia lebih sempurna, lebih unggul dan sebagainya.

Setelah sekian lama Zulhaidah mengumpan diri agar namanya disebut-sebut di dunia maya. Dengan menyentuh peribadi pemimpin Sarawak, beliau merasakan sudah cukup menonjol.  Tak sangka akhirnya muncul juga orang yang tahu tentang keperibadian srikandi PKR ini.


Dibawah ini kutipan mesej yang dikirim oleh seorang makcik yang mengenali Zulhaidah.
Salam cik aisanda
makcik nak cakap sikit. makcik tahu siapa aisanda walau pun aisanda tak tahu sapa makcik. tak apalah. makcik hanya nak ingatkan agar aisanda terus mengekalkan 'kewanitaan' dalam hidup dan perjuangan ini. utk menjadi srikandi yg dihormati, seorang wanita tidak perlu mengubah apatah lagi mengorbankan sifat2 kewanitaan kita. ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi.

jangan sekali2 ikut macam zulhaidah PKR. baru pandai merangkak dah nak melompat. baru dapat diploma dlm business admin dah nak mengata diri lebih bijak dari orang lain. dah nak melihat orang lain bodoh belaka.

jangan sekali2 ikut perangai zulhaidah. sebagai wanita walau sebuas mana pun 'nafsu' kita, jangan sekali2 menunjukkan 'kegelojohan' kita. walau menggelegak macam mana pun 'nafsu' kita, kita kena kekalkan sifat2 'kemaluan' kita. usahlah baru di puji sikit terus nak 'mengangkang'. takut nanti orang hilang stim bila 'panau dan kudis' kita dah nampak. nak buat apa pun, buat pelan-pelan. slow-slow.

makcik nak ingatkan juga, walau siapa pun orang tua kita, mereka tetap ibu dan bapa kita. Jangan jadi mcm zulhaidah suboh. bapanya Hadi. datuknya Salleh. tapi dah bertukar menjadi Suboh. tak patut. walau pun habbit kita suka keluar 'menyuboh' sekali pun.

aisanda, hidup perlu berbakti. tapi, tak semestinya jadi YB. jangan macam zulhaidah, hanya kerana selalu belanja orang bekenu minum kopi dah perasan dia banyak berbudi dari YB Rosey - yang dah 30 tahun jadi guru untuk melahirkan anak pribumi berkualiti.


Hidup mati, jodoh perceraian adalah kuasa Tuhan. jangan perlekehkan. kita tak tahu apa akan berlaku dgn kita esok lusa. kita tak tahu mungkin esok lusa laki kita atau kita sendiri pula yang buat hal. jangan ikut macam zulhaidah, taib kawin wanita muda pun dihinanya. apa salahnya? nabi pun kawin wanita muda begitu. apalah salahnya taib kawin wanita, bukannya 'main' belakang lelaki atau main wanita dalam keretapi . pokoknya aisanda, jangan jadi macam zulhaidah. Bye. Jumpa lagi.
Baca ulasan selanjutnya KLIK DISINI

Naik elaun guru, kerajaan belanja 215 juta sebulan.

Program 100 hari yang dicanangkan oleh pakatan pembangkang mengena hidung mereka sendiri.Apa tidak nya,kononnya nak naik kan elaun guru sebanyak 500.Jika gaji guru di naikkan maka kerajaan memerlukan 215juta sebulan dan 2.15 billion setahun untuk imbuhan seramai 430000 guru.


Memang tidak di nafikan bahawa pentingnya peranan guru di malaysia.Adakah tidak cukup dengan apa yang telah di sediakan oleh kerajaan.Sememangnya di ketahui terdapat ramai lagi penjawat awam yang sememangnya memerlukan kenaikan gaji.

Daripada pakatan rakyat sibuk nak menaikkan gaji guru alangkah bagus jika mereka terlebih dahulu buktikan apa yang telah mereka capai di dalam negeri yang di kuasai.

26 Disember 2010

BELANJA 700 KE HOSPITAL UMUM!!!




LIMBANG 25 Dis. - Masih ramai penduduk di pedalaman Limbang berhadapan masalah untuk dapatkan perkhidmatan perubatan yang baik disebabkan kekurangan kemudahan klinik dan hospital.

Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata, untuk dapatkan rawatan perubatan biasa di hospital Limbang, sesetengah penduduk khasnya yang tinggal di Ulu Mendamit dan Ulu Lubai di pedalaman Limbang terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk belanja pengangkutan.

"Ada penduduk di Long Napir terpaksa belanja sekitar RM700 untuk dapatkan sekali rawatan kesihatan di Hospital Limbang. Ia pasti bebankan penduduk," katanya.

Katanya, beliau berharap kerajaan menimbang untuk bangunkan kemudahan klinik kesihatan di pedalaman Limbang, selain meningkatkan kemudahan jalan raya, elektrik dan air yang diperlukan di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang melawat Limbang dan Lawas baru-baru ini berkata, kerajaan memang prihatin dengan masalah penduduk di pedalaman Sarawak dan akan memastikan Klinik 1Malaysia dapat diwujudkan masing-masing satu di Limbang dan Lawas. - BERNAMA

Bersyukur , Semoga perhatian diambil di atas perkara ini dengan seberapa segera dan perlaksanaan berjalan dengan lancar.Insyallah.

Malaysia jumpa Indonesia malam ini.

Malam ini perlawanan akhir pertama antara Malaysia dan Indonesia di Bukit Jalil.Ayuh kita rakyat Malaysia sokong Harimau Muda tanpa berbelah bahagi.Semangat kita di tagih oleh mereka.Laungan gol akan menyemarakkan lagi serangan malaysia.Insyallah ,malaysia akan menang.



Malaysia Boleh,Malaysia Boleh,Malaysia Boleh.

25 Disember 2010

TYT : SARAWAK 1 MALAYSIA

Unsur positif menjurus kepada perpaduan lahir masyarakat bertamadun tinggi

Tun Salahuddin

KUCHING: Unsur-unsur positif yang menjurus kepada ke-amanan dan perpaduan sejagat mampu melahirkan masyara-kat bertamadun tinggi, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin.

Beliau berkata semua pihak perlu berusaha memupuk semangat setia kawan supaya tiada perasaan hasad dengki, dendam, curiga-mencurigai dan mementingkan diri sendiri.

Katanya, semangat kerjasama dan saling tolong menolong dalam menjaga kestabilan perjalanan hidup bermasyarakat mesti terus disemai di kalangan generasi penerus supaya setiap insan tidak perlu takut dengan sebarang bentuk ancaman.

“Justeru, setiap agama di dunia ini mengajar pengikut-pengikutnya ke arah kebaikan bagi menjaga keamanan dan perpaduan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Krismas 2010 dan Tahun Baru 2011 di sini semalam.

Tun Salahuddin menarik perhatian bahawa sambutan Hari Krismas perlu diselubungi dengan perasaan riang ria disusuli pula sambutan Tahun Baru yang bakal disambut Sabtu depan.

Menurut beliau, pada tahun ini pelbagai perancangan telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memajukan negeri dan negara yang kita cintai ini.

Di peringkat negeri, rancangan pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah giat dijalankan.

“Justeru, tahun 2011 nanti sudah tentunya akan membawa harapan yang begitu tinggi di kalangan rakyat seluruh negeri ini,” katanya.

Tun Salahuddin menjelaskan bahawa ekonomi yang hanya bergantung kepada pengeluaran bahan mentah tidak akan dapat bertahan lama.

Oleh itu, perlu diadakan pembangunan yang lebih mapan dan menyeluruh dalam setiap pelan pembangunan lima tahun kerajaan terutama memberi penekanan kepada sektor penghasilan dan perkhidmatan.

“Mulai tahun 2011 dan seterusnya tumpuan adalah diberi kepada usaha inovatif dan kreatif, tidak kiralah inovasi dan kreativiti itu melibatkan penghasilan produk atau perkhidmatan.

“Jika kita terus bersaing dengan cara lama kita akan ketinggalan dan sentiasa menjadi ekonomi yang hanya mengikut dan mengguna.

“Untuk menjadi gergasi dalam pasaran, ekonomi kita perlu berubah berlandaskan idea-idea baru yang inovatif dan kreatif.

“Malah, tanpa ilmu dan kemahiran serta inovasi dan kreativiti maka segala perancangan kita untuk memantapkan ekonomi kita tidak akan tercapai dengan mudah dan berkesan,” ujarnya.

Tun Salahuddin mengingatkan rakyat agar berazam dan melipatgandakan usaha memperolehi ilmu dan kemahiran tinggi bagi memastikan negeri kita terus mampu bersaing dalam ekonomi global.

“Dalam kita mengejar pembangunan, marilah kita bersama-sama berganding bahu menyumbang tenaga dan minda ke arah pembangunan mapan serta berazam membentuk sahsiah dan perwatakan yang lebih baik,” katanya.

SUMBER DARI BORNEO POST ON LINE.

by Wan Ali Amit. Posted on December 25, 2010, Saturday

Najib masih mendapat sokongan rakyat


Alhamdullilah pimpinan tertinggi BN masih mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat.Walaupun ada sebilangan yang masih lagi tidak puas hati.Melalui kaji selidik oleh Merdeka Centre dari bulan nov hingga disember yang lepas kaum india adalah kaum yang tertinggi menyukai pimpinan Najib di ikuti melayu dan Cina.


Ini bermakna slogan 1 malaysia yang di ilhamkan sendiri oleh Perdana menteri  mendapat respon dari rakyat di mana rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.Bukan hanya pandai menempelak setiap idea dari perdana menteri malaysia.


maklumat lanjut di sini

24 Disember 2010

Peruntukan 315 juta untuk Pembangunan sarawak.

Terima Kasih kepada prihatin kerajaan BN kerana telah memperuntukkan 315 juta untuk pembangunan daerah lawas.Apa yang telah di janjikan oleh kerajaan BN untuk membangunkan negeri sarawak sememangnya bukan hanya janji kosong.Peruntukan 3 billion oleh kerajaan pusat sedikit sebanyak telah di salurkan kepada kerajaan negeri.

Bukan seperti parti yang satu ini hanya pandai menabur janji,itu pun pada negeri yang belum di perintah.Manakala bagi negeri yang dah di takluki janji hanya tinggal janji.

Di harap dengan pembangunan derah lawas akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi penduduk tempatan.



Terima kasih kerajaan.

klik sini

23 Disember 2010

MT PKR Baru Bian Nafsu Pelik

Adakah patut bila orang kahwin kita tumpang gembira.  Lain pula halnya dengan ahli terbaru lantikan Majlis Tertinggi PKR ini, Baru Bian.  Dia begitu hangat berahi menatap potret isteri kepada Ketua Menteri sehingga habis baju pengantin ke perhiasan dipertikaikan asal usul dan harganya.

Kenapakah begini lakunya perangai pelik orang PKR?  Kalau dulu gay bermaksud hubungan sejenis kini gay di Sarawak bermaksud Geng Anwar Ya! (GAY!).  Patutlah mereka tidak dilayan oleh wanita biasa yang normal kerana mereka khususnya golongan lelaki GAY! akan bertindak diluar tabii apabila berhadapan dengan kaum wanita.  Dikhabarkan juga mereka hanya berselera dengan lelaki tertentu sahaja yang digelar JAMBU.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut silalah ke blog Melanau Blogger.

Potret Wajah Isteri kepada Ketua Menteri Sarawak

Tahniah Pehin Sri semoga berbahagia di samping isteri tercinta.

Pehin Sri yang nikah, Baru Bian pulak yang naik nafsu


Politik Sarawak bertambah meriah sejak Pehin Sri Taib Mahmud menikah dengan anak dara dari tanah Arab. Anehnya, Baharu Baru Bian dan rakan-rakan yang sibuk membuat penilaian tentang susuk tubuh isteri Pehin Sri yang seksi. Kalau boleh, mereka nak cium dan kunyah 'pakaian dalam' isteri Taib Mahmud.

Jika diperingkat persekutuan, isteri perdana menteri yang menjadi sasaran pakatan rakyat. Malah para ustaz PAS hampir setiap hari menyebut tentang Datin Sri Rosmah Mansur dengan berbagai penilaian yang seksi.

Bagi ustaz-ustaz PAS dan penyokong Pakatan, mereka perlu tahu segala yang dibuat oleh isteri perdana menteri. Rasanya tidak sah, kalau satu hari tidak menyebut nama Rosmah. Sampai tergelincir lidah ustaz-ustaz PAS menyebut ‘rasuah’ jadi “Roswah”, Semuanya sebab nafsu terhadap Rosmah yang sedang menjalar sampai ke lidah.

Nampaknya penyakit yang sama sedang beralih ke Sarawak, Beberapa hari blog Baru Bian dan media PKR mengulas tentang isteri Pehin Sri Taib, dari ikat rambut sampai ke pakaian dalam. Hebat betul imaginasi orang PKR.

Pasukan Baru Bian bertambah ghairah dengan kepakaran ‘ilmu isap’ yang mereka miliki, tanpa segan silu membuat taksiran harga kalung isteri ketua menteri kononnya bernilai RM150 juta. Itulah kelebihan ‘ilmu isap’, sangat berbeda dengan ilmu matematik yang perlukan data serta perkiraan tepat.

Menurut pasukan Baru Bian, mereka akan terus menyelidik segala ruang serta celah yang ada pada tubuh isteri Pehin Sri. Semua ini bukan saja untuk menambah nafsu ghairah Baru Bian, tapi juga nafsu seluruh penyokong Pakatan Rakyat di Sarawak.

Bagi Baru Bian, susuk tubuh isteri Pehin Sri adalah modal penting untuk kempen pilihan raya negeri Sarawak. Kerana itulah perjuangan PKR yang akan mengenyangkan perut penduduk rumah panjang, kampung-kampung serta rakyat di pendalaman Sarawak.

Aneh benar cerita orang PKR! Orang lain menikah, dia pulak yang naik ghairah tak tentu pasal, agaknya ini yang dikatakan luar tabiee…? 

HARGA GETAH SIBU DIKAWAL GANGSTER!!!

Gambar di atas adalah gambar hiasan tiada kena-mengena terus dengan artikal dibawah.

Gengster kawal harga getah


12 orang daripada kumpulan gengster yang dikenal pasti dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat

KUCHING: Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh semalam mengesahkan berlakunya gejala kawalan harga getah di negeri ini yang dimanipulasikan oleh individu dan kumpulan gengster.

Menurut beliau, pihaknya telah menerima maklumat dan aduan mengenai perkara tersebut daripada penduduk tempatan terutamanya di daerah Sibu, Sarikei dan Bintangor.

Susulan itu, katanya setakat ini seramai 12 orang daripada kumpulan gengster yang dikenal pasti aktif dalam kes tersebut telah dikenakan tindakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat.

“Dengan itu, tindakan di bawah undang-undang pencegahan telah diambil terhadap individu serta kumpulan yang dikatakan aktif memperdaya dan mengugut penoreh getah supaya menjual hasil kepada mereka pada harga yang rendah.

“Mereka (pekebun) diugut akan dicederakan jika enggan berbuat demikian (menjual kepada kumpulan berkenaan),” katanya tanpa mengulas lanjut jumlah sindiket yang dikenal pasti terlibat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Upacara Menandatangani Buku Serah/ Terima Tugas Jawatan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak antara SAC Datuk Law Hong Soon dan DCP Datuk Hamza Taib, di ibu pejabat kontinjen (IPK) Sarawak, di sini semalam.

Tambah Mohmad, terdapat beberapa individu yang kini masih dalam siasatan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti berkaitan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada penduduk setempat khususnya penoreh getah supaya menyalurkan maklumat mengenai perkara tersebut kepada pihak polis agar tindakan proaktif dapat dijalankan.

“Saya merayu kepada penduduk setempat supaya segera tampil kepada polis sekiranya berlaku gejala sebegini di kawasan masing-masing.

“Jangan meletakkan polis pada situasi yang susah… kalau masyarakat tidak mempercayai polis saya rasa susah untuk kita membantu masyarakat dan seterusnya meletakkan Sarawak sebagai negeri yang selamat didiami”.


by Oleh Nick Fletcher. Posted on December 23, 2010, Thursday

sumber dari Borneo post online.

SCORE Menjana Pembangunan Bandar Satelit - Saberkas Jaya

Cahaya pembangunan kini menyinari Zon Tengah Sarawak.  Berdasarkan petikan akhbar dibawah, kini terdapat sebuah lagi bandar satelit yang akan dibangunkan di kawasan Bintulu.  Ini selaras dengan visi untuk menjadi negara membangun dalam tempoh terdekat. 

Kawasan yang dikenalpasti adalah milik Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak yang seluas 50 ekar yang akan menjadi tapak bandar satelit juga dikenali dengan nama Saberkas Jaya.  Ini selaras dengan pembangunan yang akan dinikmati dengan adanya SCORE yang akan menjadi nadi kepada pembangunan di sekitar Zon Tengah.  

Semoga usaha murni kerajaan ini akan dipergiatkan lagi ke seluruh kawasan agar rakyat dapat menikmati arus pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional


Saberkas Jaya Jadi Bandar Satelit

by Saibi Gi. Posted on December 22, 2010, Wednesday

Fasa pertama membabitkan pembinaan bangunan kedai, kilang perindustrian ringan, dewan masyarakat dan stesen minyak

BINTULU: Saberkas Jaya yang kini dalam proses pembinaan dan terletak di simpang masuk ke Taman Negara Similajau bakal membangun menjadi bandar satelit kepada bandar Bintulu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kawasan perumahan yang kini dalam proses pembinaan fasa pertama juga membabitkan pembinaan bangunan kedai, kilang perindustrian ringan, dewan masyarakat dan stesen minyak.

Kawasan 50 ekar itu merupakan tanah milik Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) yang sejak 1982 merupakan kawasan pertanian dan penternakan.

“Perubahan yang berlaku kini iaitu semakin ramai golongan muda berhijrah ke Bintulu untuk bekerja di sektor gas dan akan muncul industri-industri baru dalam SCORE menyebabkan kita ingin menyediakan kemudahan kediaman kepada mereka ini,” katanya.

Abang Johari yang juga presiden Saberkas, pada majlis perasmian Taman Saberkas di sini semalam berkata, keperluan penduduk akan bertambah apabila aktiviti ekonomi di Bintulu semakin rancak.

“Projek ini dapat membantu daripada aspek penyediaan tempat tinggal sejajar dengan pembangunan yang dinikmati Bintulu pada masa sekarang dan akan datang,” katanya.

Projek tersebut dibangunkan oleh Marajuta Sdn Bhd.

Pengerusinya Simon Daya Galan berkata, fasa pertama merangkumi 152 unit rumah mampu milik dan fasa kedua 40 unit rumah kedai berserta 44 lot perindustrian. Fasa ketiga membabitkan pembinaan 120 unit rumah rumah mampu milik.

Fasa kedua akan bermula pada suku ketiga 2011 dan kerja-kerja pembinaan rumah dalam fasa ketiga dilaksanakan mulai awal 2012.

Keseluruhan projek tersebut dijangka siap pada pertengahan 2014.

22 Disember 2010

Ikrar Pakatan Rakyat jika memerintah.

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.
Sebagai permulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari jika mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.



Bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Halipah Esa, berkata program ini lebih menjurus kepada agenda politik pembangkang yang tidak diteliti sewajarnya dan tidak selari dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020.Katanya, langkah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol tidak praktikal kerana perjanjian sudah termaktub dan sebarang pembatalan memaksa kerajaan menanggung kos pampasan yang tinggi.

Konvensyen kita (Barisan Nasional) serius bincang hala tuju dan strategi parti serta melakukan ikrar terhadap piagam BN. Konvensyen mereka hanyalah untuk menutup kelemahan setelah lebih dua tahun mentadbir,” katanya.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata ramai pihak melihat masih wujud banyak kelemahan dalam pentadbiran pakatan pembangkang yang mengambil alih kepemimpinan beberapa negeri,mungkin ada sedikit perubahan tetapi secara keseluruhan pembangunan sebenar dibawa oleh BN .


Setiap guru naik RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion.Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain, boleh jadi bankrap kita.

Yang hairan kenapa tunggu nak ambil putrajaya baru nak buat program.Kenapa, pakatan tak boleh buat kat negeri di bawah  mereka kah?lihat link ini  tol di negeri pembangkang

FESTIVAL KUCHING TIDAK PENTING?





Datuk Bandar lahirkan rasa kecewa pesta dianjur 20 tahun tiada dalam Kalendar 2011

KUCHING: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) James Chan semalam menyuarakan kekecewaan apabila Festival Kuching tidak disenaraikan dalam ‘Kalendar Acara 2011’ yang juga dikenali sebagai kalendar pelancongan negeri ini.

Menurut beliau, Festival Kuching yang telah dianjurkan lebih 20 tahun pada Ogos sewajarnya tersenarai kerana ia merupakan antara acara terbesar dan telah menarik ramai pelancong asing.

“Kuching Festival bukan sahaja menarik ramai pelancong asing tetapi juga penduduk tempatan.

“Kami rasa ia sewajarnya disenaraikan, namun keputusan ini berdasarkan kata putus Kementerian Pelancongan,” katanya.

Chan berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBKS, di sini semalam.

Sementara, Timbalan Datuk Bandar MBKS Abang Affandi Abang Anuar menyifatkan penyingkiran Festival Ku-ching dalam kalendar tersebut mungkin kerana ia ‘terlepas pandang’.

Ditanya sama ada pihaknya ada memohon untuk Festival Kuching disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri itu, Abang Affandi yang juga selaku pengerusi penganjur Festival Kuching menjawab: “Sering disebut dalam ucapan perasmian tetamu kehormat agar Festival Kuching di-senaraikan dalam kalendar pelancongan negeri, tetapi ia tidak seperti yang kami jangkakan.”

Beliau juga membandingkan dengan Festival Kapit yang telah tersenarai dalam kalendar acara pelancongan 2011.

“Bukan kita mengatakan Festival Kapit kecil, namun melihat pada Festival Ku-ching yang telah dianjurkan lebih 20 tahun tetapi tidak tersenarai…, kita tidak tahu apa sebabnya.”

Sehubungan itu, Abang Affandi berkata pihaknya akan mengenal pasti sebab berlakunya perkara itu dan akan mengemukakannya kepada Kementerian Pelancongan serta Lembaga Pelancongan Sarawak (STB). sumber Utusan Borneo.

21 Disember 2010

PROGRAM 100HARI ATAU 100 TAHUN???

Program 100 Hari jika menang PRU Ke-13

AHLI PKR Bayan Baru membuat demonstrasi membawa sepanduk ‘Anwar sayang  Azmin,  undur’ di luar pekarangan Dewan Millenium Kepala Batas  ketika berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan,  semalam.
AHLI PKR Bayan Baru membuat demonstrasi membawa sepanduk ‘Anwar sayang Azmin, undur’ di luar pekarangan Dewan Millenium Kepala Batas ketika berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat Kebangsaan, semalam.
Pakatan pembangkang janji laksana sembilan reformasi


Pertama sekali , boleh menang ke? ?

"janji 100" hari ni...3 bulan tu ..bolehkah?

Ini menampakkan lagi nafsu mereka telah mengatasi akal sanggup berjanji diluar kemampuan semata-mata kepentingan diri mereka.
Nampaknya janji ini dibuat ikut sedap mulut jee.

Ada pengalamankah memerintah kerajaan pusat? sapa nak jadi PM ya?16 September camna?


Orang-orang beginikah yang kita harap memimpin kita? ????
Mari kita tengok apa yang mereka janjikan.

KEPALA BATAS: Konvensyen Pakatan Rakyat semalam mengemukakan Program 100 Hari yang akan dilaksanakan jika gabungan itu berja-ya mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Program itu yang mempunyai sembilan perkara adalah janji pakatan untuk melaksanakan reformasi menyeluruh aspek pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan berdasarkan kepada prinsip digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
“Sebagai permulaan kepada reformasi itu, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu," kata pakatan itu dalam buku kecil bertajuk 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia! yang diedarkan sempena konvensyen di Dewan Milenium di sini, semalam.

Antara Program 100 Hari Pakatan Rakyat itu ialah:

  • Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;

  • Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);
  • Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

  • Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

  • Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;

  • Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

  • Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;

  • Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA;

  • Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus;

  • Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.

    Mengulas Program 100 Hari, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata ia adalah komitmen pakatan pembangkang terhadap perkara yang bakal dilakukan selepas mengambilalih kerajaan.

    “Ini adalah jaminan yang akan dilakukan oleh pakatan dalam masa 100 hari jika menang pada PRU Ke-13," katanya.
  • Sumber dari Berita harian
  • Kalau BN 3R, Dapig 3 apa?

    Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mempersoal taraf kerakyatan pihak yang mempertahankan orang Melayu serta pihak tidak sependapat dengannya adalah bertujuan untuk menutup hakikat sebenar, iaitu parti itu merupakan alat politik kepada negara asing.

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, persoalan mengenai taraf kerakyatan itu sepatutnya dilemparkan kepada Guan Eng dan DAP sendiri kerana dakwanya, parti itu menterjemah agenda negara asing di sebalik amalan demokrasi di Malaysia.

    Sambil menuduh Guan Eng dan DAP sebagai bacul kerana cuba menyembunyi niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain, beliau berkata, golongan cauvinis tidak akan dapat mengubah hakikat sejarah bahawa institusi dan parti politik Melayu bertanggungjawab secara langsung membangunkan negara ini.



    "Guan Eng yang sepatutnya menyoal diri sendiri adakah DAP sebuah organisasi politik yang mewakili rakyat Malaysia sejati atau mereka bertindak menterjemah agenda negara asing, mahu pun menjadi alat kepada negara asing dengan berselindung di sebalik demokrasi.

    "Cuba menutup niat sebenar dengan menyalahkan pihak lain adalah bacul. Sedangkan, DAP yang bertindak menanam kebencian masyarakat Cina kepada seluruh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian, ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menyifatkan pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, akhbar berkenaan menggunakan fahaman ekstremis.

    Selain itu, Guan Eng juga melabelkan BN bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, parti itu hanya tahu memperalatkan 3R, iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja serta turut mempertikai kerakyatan mana-mana pihak yang meraikan tragedi 13 Mei.

    Dalam pada itu, Ahmad Zahid menempelak tindakan Guan Eng menuduh Utusan Malaysia serta BN sebagai bukan rakyat Malaysia yang sebenar kerana dakwanya, pemimpin DAP adalah lebih tidak patriotik ekoran tindakan mereka menanam kebencian di kalangan rakyat.

    Katanya, BN tidak pernah memperalatkan bangsa, agama serta raja sebaliknya parti itu mempertahankan tiga elemen tersebut yang menjadi asas utama kepada pembentukan negara bangsa Malaysia daripada dimusnah pihak tidak bertanggungjawab seperti DAP.


    Sebenarnya pemimpin DAP lah yang memperalatkan sejak dahulu menggunakan pendekatan berkenaan bagi meraih sokongan rakyat.Pemimpin DAP sejak sekian lama telah memainkan isu 3R dan ini terbukti apabila mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan tidak menghiraukan usaha memartabatkan Sekolah Kebangsaan.

    Selain itu , mereka juga sering menghina kedudukan raja-raja Melayu dan ini jelas apabila baru-baru ini mereka mempertikaikan persetujuan yang diberikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk BN membentuk kerajaan di negeri itu. Manakala dalam agama Islam pulak , mereka juga mempersoalkan peruntukan besar Kerajaan Pusat bagi membina dan menyelenggara masjid pada tahun lalu ketika di Parlimen .

    sumber utusan malaysia

    Kemungkinan UMNO ke Sarawak?


    YB Datuk Dr Abang Haji Abdul Rauf Bin Abg Haji Zen Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak tidak menolak kemungkinan suatu hari nanti UMNO boleh masuk ke Sarawak, namun buat masa ini ia tidak sesuai lagi untuk UMNO berbuat demikian.

    Demikian pandangan yang diberikan oleh beliau semasa menyampaikan ucapan di hadapan sepuluh orang pemimpin UMNO daripada Bahagian Setiawangsa, Wilayah Persekutuan yang berkunjung ke kediamannya di Kampung Siol Kandis, Petra Jaya dekat Kuching, Sarawak pada 10 Disember lalu.

    Menurut beliau, Parti PBB yang diterajui oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud  masih relevan malah kepimpinan Ketua Menteri Sarawak itu masih diperlukan oleh rakyat negeri ini.

    Beliau menambah bahawa PBB merupakan parti yang telah berjaya menyatu padukan rakyat negeri ini yang mempunyai kepelbagaian kaum, adat resam dan juga anutan agamanya.

    UMNO mungkin sesuai di semenanjung untuk perjuangan membela orang-orang Melayu di sana, tetapi Melayu dan Bumiputera di negeri Sarawak lebih selesa di bawah PBB yang menjadi teras kepada BN di negeri ini.

    Dr Rauf juga berkata, konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri amat sesuai bagi sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan juga budaya seperti Malaysia. Negeri Sarawak menurutnya telah lama mempraktriskan konsep 1Malaysia ini malah kini semakin diperkasakan demi untuk kemakmuran negara amnya dan negeri Sarawak khasnya.

    Baca selengkapnya KLIK DISINI

    20 Disember 2010

    KONVENSYEN TIGA FAHAMAN !!!



    KUALA LUMPUR: Konvensyen kebangsaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang hari ini (Ahad) akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

    Kira-kira 2,000 perwakilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat.

    Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu.

    TEGAKLAH BENANG BASAH!KABURILAH MATA RAKYAT!

    Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha awal hari ini semestinya akan turut dibincangkan.

    YANG PASTI KEPUTUSAN PILIHANRAYA ITU NANTI JIKA MEREKA KALAH PASTI AKAN MENURUKAN KEYAKINAN PENYOKONG MEREKA LAGI..

    Pada zahirnya, pakatan pembangkang dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda “pemimpin paling utamanya”, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat Wikileaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

    Hakikatnya, pakatan pembangkang kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.

    Anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan “halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat.”

    “Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar,” katanya.

    Beliau berkata pakatan pembangkang perlu memandang serius terhadap beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa persepsi terhadap BN semakin bertambah baik manakala pembangkang pula mula kehilangan sokongan.

    Tinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

    Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.

    Malah pemimpin pakatan pembangkang sendiri percaya bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang — Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan — dalam pilihan raya umum akan datang.

    Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran pada konvensyen DAP Selangor bulan lepas bahawa pakatan akan kehilangan negeri itu sekiranya mereka tidak bersatu padu.

    Berdasarkan satu ramalan, pakatan PKR-PAS-DAP akan hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun depan.

    DAP diramal mengekalkan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2008, PKR kehilangan 14 dan menang empat dan PAS ditewaskan dalam kesemua enam kawasan pilihan raya.

    Ooi berkata konvensyen sehari itu berkemungkinan membincangkan kesan penggantungan Anwar daripada Parlimen berhubung isu Apco, dan R.Sivarasa (Subang), Azmin Ali (Gombak) serta Karpal Singh (Bukit Gelugor) kerana menghina dewan.

    Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat penggantungan itu akan meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

    Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata pakatan pembangkang mesti meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu boleh berfungsi, dan “sungguhpun kami mempunyai perbezaan, namun ia tidak membingungkan kami.”

    Beliau mengakui tidak bimbang berhubung sebarang pendedahan oleh Wilkileaks yang mempunyai kaitan dengan Anwar.

    “Saya rasa rakyat faham mengenai apa itu Wikileaks, hanya kebocoran beberapa maklumat komunikasi yang tidak boleh dipercayai, yang nampaknya lebih sekadar gosip berbanding fakta,” katanya.

    Pada masa sebahagian besar pemimpin bersetuju bahawa pertelagahan dalam kalangan rakan-rakan gabungan itu telah menjejaskan populariti pembangkang, namun mereka percaya penggantungan Anwar itu akan membantu dalam kedudukan mereka di mata rakyat.

    Penggantungan itu juga, kata mereka, tidak akan menjejaskan perjalanan PKR atau pakatan pembangkang.

    “Sejak setahun lepas, kami telah meletakkan beberapa mekanisme untuk memperkukuhkan pakatan memandangkan pakatan bukanlah mengenai individu.

    Penggantungan Anwar tidak akan menjejaskan proses kami membuat keputusan,” kata pengarah strategi PKR Tian Chua.

    Sungguhpun beberapa negeri nampaknya agak perlahan dalam melaksanakan dasar bersama yang diterima pakai pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam pada Disember 2009, namun sebahagian besar daripadanya telah pun dilaksanakan, kata Tian Chua. — Bernama

    Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

    “Anthony Loke (DAP), Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan saya sendiri akan membentangkan butirannya sungguhpun kerangka dasar bersama itu sangatlah luas,” katanya.

    Pakatan pembangkang juga berdepan cabaran daripada bekas anggota seperti Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan PKR dan kini Presiden Parti Kesejahteraan InsanTanah Air (Kita).

    Terdapat juga Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini oleh sekumpulan warga Malaysia yang bermastautin di London.

    Kumpulan itu dikatakan merancang untuk meletakkan “lebih banyak calon yang profesional dan beretika” dalam pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan memberi tumpuan kepada Lembah Klang.

    Pergerakan itu telah menamakan peguam hak asasi manusia terkemuka, Malik Imtiaz Sarwar, sebagai calon pertamanya pada pilihan raya umum akan datang.

    Para pemimpin pembangkang percaya bahawa kumpulan itu kekurangan sokongan dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Ooi, “masih memerhatikan mereka dengan senyap-senyap.” — Bernama

    PENING JUGA FIKIR TIGA KUMPULAN LAIN FAHAMAN BERKUMPUL UNTUK MENYELESAIKAN MASAALAH NEGARA NI..MUNGKIN ADA MEREKA BINCANG SAPA BAKAL JADI PM YA?

    Sampai bila Sandiwara Anwar al juburi

    Mungkin tiada pemimpin politik paling bermasalah di rantau ini selain Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari semasa ke semasa, kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang menjadi teraju utama pakatan pembangkang semakin terserlah. Beliau bukan sahaja berhadapan dengan pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di mahkamah, malahan dari hari ke hari satu demi satu konflik wujud berkaitan dirinya. Malahan Anwar juga dihimpit satu demi satu persoalan yang menuntut penjelasan beliau secara tegas.

    Tetapi malangnya, Anwar seolah-olah tidak berupaya menghadapi semua persoalan berkenaan sama ada ia berkaitan dengan politik mahupun peribadi. Sebagai Ketua Umum PKR, Anwar dilihat lebih selesa mendiamkan diri terhadap kepincangan pemilihan parti itu yang berlaku baru-baru ini biarpun majoriti ahli PKR mendakwa wujudnya penyelewengan. Desakan dan pendedahan bagaimana Anwar didakwa memainkan peranan bagi memastikan orang kesayangan, Azmin Ali memenangi jawatan Timbalan Presiden parti itu tidak dipedulikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut.

    Ia termasuklah tindakan bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, S. Jenapala yang mencabar beliau dan Azmin menafikan secara terbuka mereka tidak terlibat dengan taktik kotor untuk meraih pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan kali ini.

    Malahan Anwar juga tidak mempedulikan mengenai kekecohan demi kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti sebaliknya mengarahkan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution membuat kenyataan yang sudah diduga bahawa semua itu didalangi pihak luar.

    Namun begitu, difahamkan kemelut dalam PKR biarpun menampakkan kegagalan Anwar sebagai pemimpin yang kononnya berkaliber tidaklah meresahkan beliau. Tetapi apa yang dianggap boleh merimaskan Anwar dan mewujudkan pelbagai persepsi ialah berhubung hubungan istimewanya dengan Azmin yang kini semakin didedah satu persatu oleh bekas-bekas orang kanannya.

    Walaupun satu demi satu cabaran dilontarkan oleh kelompok itu tetapi Anwar hanya mendiamkan diri, paling tidak pun jalan selamat yang beliau ambil ia mendakwa, kelompok berkenaan telah diupah oleh UMNO. Bagaimanapun ini bukanlah jaminan bahawa segala yang didedahkan boleh didiamkan begitu sahaja. Jika Anwar merasakan apa yang mereka dedahkan itu tidak benar, beliau boleh mengambil tindakan undang-undang. Apatah lagi persoalan dan dakwaan yang dibuat bukanlah ringan sebaliknya ia melibatkan maruah beliau sebagai pemimpin, suami dan bapa.

    Paling ketara dan menjadi bualan ramai kenapakah sampai sekarang Anwar tidak menjawab cabaran bagi menjelaskan kenapa Azmin dianggap begitu istimewa dan apa kaitannya isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan beliau. Cabaran itu bukanlah dibuat oleh mana-mana pemimpin UMNO tetapi oleh bekas-bekas rakan karib Anwar sendiri seperti Datuk S.Nallakarupan dan Senator Mohamad Ezam. Mohd. Noor.
    Shamsidar bukanlah seorang ahli politik tetapi kenapa beliau turut dikaitkan dalam hubungan rapat antara Anwar dan Azmin?

    Persoalan ini sepatutnya dijawab oleh Anwar tetapi beliau seolah-olah mengelak untuk berbuat demikian sebab itulah Mohamad Ezam mencabar Anwar supaya menyaman Nallakarupan kalau apa yang didakwanya berhubung perkara tersebut tidak benar. Kita harus ingat persoalan hubungan istimewa antara Anwar, Azmin dan Shamsidar ini bukanlah sekali dua dibangkitkan oleh Nallakarupan, malahan sudah berkali-kali.

    Dan desakan yang sama turut dibuat oleh bekas pemimpin-pemimpin PKR yang lain termasuklah ada antara mereka meminta isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya tampil menyatakan kebenaran.

    Begitu juga Shamsidar, ramai yang hairan kenapa beliau turut mendiamkan diri sedangkan ini melibatkan maruah beliau sebagai seorang wanita, isteri dan ibu. Pendedahan terbaru adik bongsu Azmin, Ummi Hafilda turut menuntut penjelasan daripada Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar. Ia kerana apa yang diperkatakan oleh Ummi Hafilda telah membangkitkan persoalan mengenai ‘hubungan istimewa dan misteri’ melibatkan Anwar, Azmin dan Shamsidar.

    Sememangnya, kita tidak pasti sampai bilakah Anwar akan terus mengelak daripada menyatakan kebenaran serta bersedia berhadapan dengan cabaran demi cabaran yang menjatuhkan maruahnya sebagai pemimpin. Tetapi apa yang pasti, semakin lama Anwar cuba mengelak maka semakin banyak pula dakwaan yang berkaitan dengan dirinya terdedah kepada rakyat.

    Sebab itulah, sama ada Nallakarupan mahupun Ezam serta bekas pemimpin-pemimpin PKR lain mendesak Anwar berhenti bersandiwara sebaliknya menjawab semua dakwaan yang dibuat ke atas dirinya. Anwar sering sahaja mendakwa semua itu konspirasi tetapi dalam masa yang sama beliau tidak mempunyai hujah yang kukuh bagi mempertahankan diri.

    Kenyataan balas Anwar terhadap dakwaan-dakwaan ke atasnya lebih banyak ‘dihiasi’ dengan teori dan serangan balik tanpa bukti, seolah-olah semua orang yang menuduh beliau tidak betul dan berkonspirasi.

    Bagi Anwar, hanya beliau sahaja betul, baik dan sempurna manakala mereka yang tidak menyebelahinya ‘jahat’ sama ada kelompok itu di dalam atau luar negara. Sikap Anwar itu jelas dalam pendedahan terbaru oleh WikiLeaks yang menyatakan ejen perisikan Singapura mengesahkan beliau memang terlibat dalam aktiviti liwat berdasarkan bukti daripada risikan teknikal yang dilakukan oleh agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

    Dalam isu ini, Anwar seperti biasa menuduh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia terlibat sebagai sumber pendedahan WikiLeaks manakala Azmin pula memberi hujah lebih dangkal apabila mendakwa pendedahan berkenaan menunjukkan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar dan tidak mahu melihat pakatan pembangkang menguasai Putrajaya.

    Seperti biasa, Anwar dan Azmin menggunakan taktik berdolak-dalih bagi menutup isu atau persoalan utama yang dibangkitkan.

    Kita tidak menafikan bahawa kedua-dua mereka mungkin mampu memperdayakan sesetengah pihak yang menyokong atau menyebelahi mereka.

    Namun begitu, pendedahan dan konflik yang berlaku sudah jelas membongkar satu persatu wajah sebenar insan bernama Anwar Ibrahim ini yang begitu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

    Anwar, Azmin, Wan Azizah dan Shamsidar mungkin boleh terus bersandiwara dengan menutupi segala kepincangan dalam kehidupan mereka sama ada dalam dunia politik mahu pun peribadi.

    Tetapi mereka perlu ingat kata-kata Umi Hafilda bahawa, ‘‘Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi.’’ - Utusan Malaysia
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...