Nuff Head

27 Disember 2010

Ketua Menteri Wanita Buat Sarawak

Dalam blog Rajahmas sudah kecoh terdapat ura-ura menyatakan Sarawak mungkin mencipta sejarah dalam PRU kelak.  Ketua Menteri mungkin akan bertukar jantina.  PKR mungkin melantik Setiausaha (Sayap Wanita PKR Bekenu) mereka di Miri untuk menjadi Ketua Menteri memandangkan beliau mampu mengatasi segalanya.  


Mana tidaknya memandangkan terdapat laluan alternatif yang pantas dari Kuching ke Miri membolehkan bakal Ketua Menteri Wanita ini berulang-alik dari Utara ke Selatan.  Dengan adanya infrastruktur yang disediakan maka urusan untuk menjadi Ketua Menteri Wanita akan dipercepatkan dan mungkin memendekkan tempoh perjalanan dari Kuching ke Miri kelak. 

Nampaknya Zulhaidah tak perlu merangkak lagi tapi boleh 'berlari' terus untuk sampai ke Kuching kelak.  Kalau nak tahu kenapa Zulhaidah merangkak? Silalah rujuk blog  Aisanda


Laluan alternatif Kuching-Miri: Manyin

by Jeremy Lanson. Posted on December 23, 2010, Thursday

Kerajaan negeri rancang bina lebuh raya berkembar demi kepentingan rakyat

SERIAN: Kerajaan negeri merancang untuk membina lebuh raya berkembar bagi laluan alternatif Kuching-Miri.

Menteri Pembangunan Infrastuktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata perancangan itu dibuat demi kepentingan rakyat di samping usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya di laluan alternatif tersebut.

“Lebuh raya berkembar ini sememangnya sudah dirancang oleh kementerian saya dan kami sudah bersedia, cuma sekarang kami masih belum menerima peruntukan untuk melaksanakannya.

“Bagaimanapun kami tetap akan cuba untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan lebuh raya berkembar ini kerana saya pasti dengan adanya laluan berkembar ini akan mengurangkan kemalangan selain menyingkatkan lagi waktu perjalanan pengguna laluan alternatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Krismas 2010 Peringkat Negeri di sini semalam.  Menurut beliau anggaran kos bagi pembinaan lebuh raya berkembar tersebut adalah sebanyak RM16 juta bagi setiap kilometer.

Justeru menurut beliau peruntukan sedia ada yang telah disalurkan kerajaan pusat kini tidak mencukupi untuk menampung kos bagi pembinaan lebuh raya berkembar tersebut.

“Anggaran kos bagi pembinaan lebuh raya berkembar ini jika menggunakan standard R3 akan menelan kos sehingga RM16 juta bagi setiap kilo-meter dan ia merupakan satu perbelanjaan yang tinggi.

“Disebabkan itu dengan peruntukan yang ada kini, kita tidak mampu untuk melaksanakannya di samping kita juga kini dalam usaha menyediakan kemudahan jalan raya di kawasan-kawasan pedalaman menjelang 2020,” katanya.

Sungguhpun begitu, dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini, Manyin memberitahu kementeriannya telah memohon peruntukan sekitar RM100 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 untuk pembinaan ‘laluan memotong’.

“Laluan memotong ini adalah laluan yang hanya akan digunakan oleh pengguna jalan raya yang hendak me-motong kenderaan lain.

“Justeru, pemandu tidak perlu lagi memotong secara terburu-buru kerana akan adanya laluan yang disediakan khas untuk memotong di beberapa buah kawasan laluan alternatif ini,” katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya di negeri ini untuk tidak menyamakan keadaan atau struktur jalan raya di Semenanjung Malaysia.  Demikian menurut beliau kerana keadaan atau struktur lebuh raya di Semenanjung Malaysia adalah diselenggara sepenuhnya oleh pihak pengendali ‘tol’.

“Tun Dr Mahathir dahulu membuat keputusan yang amat tepat dengan memper-kenalkan perkhidmatan tol kerana dengan adanya tol maka adalah highway yang baik di Semenanjung dan ia sebenarnya bukan datang da-ripada kerajaan sepenuhnya.

“Berbeza pula dengan di sini, jika kita ingin memper-kenalkan tol, saya rasa kita tidak akan mampu melakukannya kerana aliran trafik sangat perlahan berbanding Semenanjung,” katanya.

2 ulasan:

  1. nampaknya kerajaan dah buat laluan terbaik untuk bakal ketua menteri...hahha

    BalasPadam
  2. pastinya Bekenu dan kawasan sekitarnya akan lebih hebat dan maju..mungkin mampu mengalahkan bandaraya Miri..sebab zulhaidah kata dia tidak akan merompak dan melanun hak rakyat..jadi dia tak akan ambik tanah rakyat..semua buat macam jambatan gantung..dari pokok ke pokok..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...