Nuff Head

20 Ogos 2010

Golongan berselindung disebalik agama.

Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
Diakhir zaman nanti akan muncul orang-orang yang berselindung atas nama agama untuk memburu dunia.

Mereka akan memakai pakaian dari kulit lembut kambing (supaya orang menyangka mereka tidak gemarkan dunia.)

Lidah-lidah mereka adalah lebih manis daripada gula . Akan tetapi hati-hati mereka adalah hati serigala.

Allah swt berfirman perihal mereka :

Adakah kerana kesempatan yang aku berikan maknanya mereka terpedaya?!

Adakah mereka tidak takutkan ku , lantaran itu mereka berani melawanku ?!

Aku bersumpah dengan namaku ,

Aku akan bangkitkan satu fitnah dikalangan mereka sehingga membuat cerdik pandai mereka pun terpegun kehairanan( dan susah hati).

Yakni aku akan tentukan dikalangan mereka dengan berbagai cara.
(HR Tirmizi )

17 ulasan:

  1. salam..Subhanallah..mmg byk golongan spt ini di bumi Malaysia ini..

    BalasPadam
  2. Salam..

    Jujurnya kamek madah perkara tok paling kamek takut, kamek pandey jak menyampaikan perkara kebaikan bimbang kamek pun sik melakukannya. Mintak Allah jauhkan perkara tok dari kita..

    BalasPadam
  3. Salam sahromnasarudin<

    Benar , golongan ini sedang berkerja keras memecahbelahkan rakyat Malaysia ini demi kepentingan dunia mereka ,tipu daya mereka adalah dalam ilmu agama.nauzubil min zalik..

    BalasPadam
  4. Salam..Aku pernah jumpa orang macam ini bertitle Pak Haji tapi tak sembahyang pun..
    Sibuk dengan perniagaan,tapi kewajipan ditinggalkan....

    BalasPadam
  5. Senang saja bba. Golongan PAS, jawabnya.

    BalasPadam
  6. salam, banyak dah Allah bukakan hijab maksud firmannya kepada umat manusia. Dunia tok dah maok jadi terbalik.. para ulama dah sik dihormati agik. Orang kafir juak yang diagung-agungkan kinektok..

    BalasPadam
  7. salam
    semoga dijauhkan dari berlaku sedimkian kepada diri sendiri..

    takut dgn seksaan-Nya.. =)

    peringatan utk diri aku juga.. thanks again =)

    BalasPadam
  8. Abd Razak .
    Risau kita duak sama ,lebih-lebih lagik kmk tok jahil orgnya..namun kmk yakin setiap perintah Allah dan sabdaan Nabi saw wajib disampaikan walaupun sepatah.selebihnya kta serah kepada Allah .semoga setiap amalan bait kita diterima Allah.

    Abd Razak,ug,Tanpa Nama,Apai Ngelai ,
    Manakan berdaya kita nak melawan janji-janji Allah sang pencipta...kita pebetulkan niat,patuh perintah tinggal larangan dan mohon utk kesejahteraan kita dan setiap umat Nabi khususnya Malaysia tercinta ini.

    BalasPadam
  9. salam Nur,

    Ameen ya Allah..,takut kepada larangan Allah adalah sifat-sifat orang yang beriman.
    semoga kita semua hidup dalam keimanan dan ketakwaan.
    terima kasih atas kunjungan.

    BalasPadam
  10. ingat mengingati antara satu sama lain..

    BalasPadam
  11. ini yang sedang marak di Malaysia, malah ada yang menganggap mereka seperti Nabi.

    BalasPadam
  12. tu yang risau tu.. kang hanya pandai berkata-kata tapi tak laksana... Allah murka (surah al-saf)

    BalasPadam
  13. manggosteen,pesan memesan dengan kasih sayang adalah sifat yang mulia.

    Melanau Blogger,masaalahnya mereka berfikiran mereka berada dilandasan yang benar.Ini lah tipu daya syaitan yg besar..

    cemomoi , benar , semoga kita tidak ikut terpedaya ,Semoga kita , terutamanya sipenulis ini boleh amal apa yang disampaikan..

    BalasPadam
  14. salam. terima kasih kerana sudi jadi follower saya. saya akan follow blog awak bila masalah teknikal blog saya dapat saya atasi.

    BalasPadam
  15. salam al-lavendari,
    terima kasih atas kunjungan anda.insyallah

    BalasPadam
  16. salam,
    artikel yang sesuai untuk kita semua, memang inilah waktunya untuk kita melihat dan berfikir bersama.

    kita memang dapat mengenali golongan tersebut.
    terima kasih

    BalasPadam
  17. Salam al-basri,

    Semoga Allah pelihara kita dari golongan ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...