Nuff Head

24 Ogos 2010

Keberkatan Harta

Hakim bin Hizam ra adalah seorang sahabat Nabi saw.
Beliau telah datang kepada Nabi saw untuk meminta sesuatu . Baginda saw telah memberi kepadanya . Pada waktu yang lain beliau telah datang dan meminta lagi . Kemudian beliau meminta lagi untuk kali yang ketiga lalu Rasullullah memberikannya dan bersabda kepadanya ,

“ Hakim harta ini adalah umpama kebun yang hijau. Zahirnya Nampak manis tetapi kaeadahnya ialah kalau harta itu didapati dengan hati yang istighna(perasaan kaya hati tidak perlu dengan kekayaan dunia) maka harta itu akan diberkathi. Sekiranya harta itu didapati dengan tamak dan gelojoh maka harta itu tidak diberkhati . Keadaan orang tamak seumpamaan seorang yang terus makan sepanjang masa tanpa rasa kenyang.(sumpama mengidap penyakit ju’ul baqar)”.

Hazrat Hakim ra berkata ,

“Wahai Rasullulah selepas tuan ,saya tidak akan menyusahkan sesiapa lagi”.

Semasa pemerintahan Syaidina Abu Bakar ra ingin memberikan sesuatu sumbangan kepada Hakim ra dari Baitul-mal tetapi Hakim ra telah menolaknya .

Syaidina Umar Al-khattab semasa pemerintahannya juga telah mendesak Hakim ra berkali-kali untuk menerima sesuatu tetapi Hakim ra tetap menolaknya ( Bukhari)


Keterangan :Inilah sebabnya pada hari ini tidak ada keberkatan dalam harta kita kerana harta itu diliputi oleh perasaan tamak.

14 ulasan:

  1. moga kita terpelihara dari sifat istighna.kita di dunia hanya sementara kekal di akhirat.kumpullah harta untuk akhirat..

    wallahu allam

    BalasPadam
  2. salam..sgt insaf..tidak dinafikan kdg2 ada juga sekelumit perasaan itu melingkari diri saya...nauzubillah...mintak dijauhkan...

    BalasPadam
  3. Harta yang banyak juga ujian Tuhan.Tapi kalau langsung tak berharta sukar meneruskan hidup dan beribadah..Maka rasanya eloklah berada ditahap sederhana...Kalau lebih bersedekahlah...

    BalasPadam
  4. tul tu... kita dipengaruhi kemewahan. dipaparkan dengan gaya hidup mewah menyebabkan kita tamak dan akhirnya mendapatkan dengan cara yang tidak wajar

    BalasPadam
  5. Salam...

    Mencintai dunia dan rakus harta adalah penyakit paling berbahaya. Tidak berlebihan jika dikatakan, segala bentuk kejahatan bermuara dari kerakusan terhadap dunia dan gaya hidup materialistik.

    Bukanlah zuhud itu menghatamkan yang halal, bukan pula mensia-siakan harta, tetapi zuhud dalam dunia ialah engkau tidak memandang apa yang di tanganmu itu lebih utama daripada apa yang ada di sisi Allah...

    BalasPadam
  6. salam,

    harta itu sepatutnya menjadi asbab untuk kita mencari keredhaan Allah. Namun kurangnya iman dan roh agama dalam hati manusia ditambah dengan hilang keyakinan terhadap janji akhirat menjadikan ramai umat islam pada masa sekarang mementingkan keduniaan lebih daripada segala-galanya sepertimana orang-orang kafir yang lain..wallahualam.

    BalasPadam
  7. Salam kuchingitam,
    Ameen , tak salah rasanya untuk mencari keperluan didunia selagi kita tidak lari dari landasan al-quran dan Sunnah.wallahualam

    BalasPadam
  8. salam sahromnasrudin ,
    sebagai seorang insan biasa memang kita tidak dapat lari dari pengharapan dengan mahluk sekurang2nya kita berusaha untuk meningkatkan pengharapan kita kepada Allah robbuljalil.wallahualam

    BalasPadam
  9. udanggalah ,benar kata saudara , kaya ,sederhana maupun miskin semua ini adalah ujian Allah ,ertikata lain kehidupan ini adalah ujian Allah,sama sama kita berdoa agar kita lulus ujian didunia ini supaya mendapat tempat yang mulia diakhirat kelak.belum beriman seseorang itu jika belum diuji Allah.wallahualm

    BalasPadam
  10. cemomoi ,tul , kemewahan dan kemiskinan adalah daripada Allah , tetapi kejayaan akhirat yang abadan-abadan bukan terletak pada ini semua , ia terletak kepada sejauh mana sikaya or simiskin tersebut patuh printah Allah dan sunnah .

    BalasPadam
  11. Abd Razak ,
    benarkan apa disampai anta.inilah cita-cita seorang mukmin.

    BalasPadam
  12. AN,
    inilah keindahan islam , tidak melarang penganut nya menjadi kaya selagi dia kaya bersertakan keimanan dan ketakwaan.wallahualam

    BalasPadam
  13. salam...
    Itulah hukum dunia. Kerna harta ramai manusia menjadi tamak. Dan kerna harta jugalah ada di kalangan kita sudah lupa dunia. Sama-sama kita renungkan entry yang ditulis oleh tuan blog ini.
    Terima kasih...

    BalasPadam
  14. benar pengumpulblog,

    berharta di dumia yang mengelirukan ini amatlah berbahaya tanpa pegangan Islam yang sempurna,waalhualam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...