Nuff Head

23 Disember 2010

SCORE Menjana Pembangunan Bandar Satelit - Saberkas Jaya

Cahaya pembangunan kini menyinari Zon Tengah Sarawak.  Berdasarkan petikan akhbar dibawah, kini terdapat sebuah lagi bandar satelit yang akan dibangunkan di kawasan Bintulu.  Ini selaras dengan visi untuk menjadi negara membangun dalam tempoh terdekat. 

Kawasan yang dikenalpasti adalah milik Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak yang seluas 50 ekar yang akan menjadi tapak bandar satelit juga dikenali dengan nama Saberkas Jaya.  Ini selaras dengan pembangunan yang akan dinikmati dengan adanya SCORE yang akan menjadi nadi kepada pembangunan di sekitar Zon Tengah.  

Semoga usaha murni kerajaan ini akan dipergiatkan lagi ke seluruh kawasan agar rakyat dapat menikmati arus pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional


Saberkas Jaya Jadi Bandar Satelit

by Saibi Gi. Posted on December 22, 2010, Wednesday

Fasa pertama membabitkan pembinaan bangunan kedai, kilang perindustrian ringan, dewan masyarakat dan stesen minyak

BINTULU: Saberkas Jaya yang kini dalam proses pembinaan dan terletak di simpang masuk ke Taman Negara Similajau bakal membangun menjadi bandar satelit kepada bandar Bintulu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, kawasan perumahan yang kini dalam proses pembinaan fasa pertama juga membabitkan pembinaan bangunan kedai, kilang perindustrian ringan, dewan masyarakat dan stesen minyak.

Kawasan 50 ekar itu merupakan tanah milik Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) yang sejak 1982 merupakan kawasan pertanian dan penternakan.

“Perubahan yang berlaku kini iaitu semakin ramai golongan muda berhijrah ke Bintulu untuk bekerja di sektor gas dan akan muncul industri-industri baru dalam SCORE menyebabkan kita ingin menyediakan kemudahan kediaman kepada mereka ini,” katanya.

Abang Johari yang juga presiden Saberkas, pada majlis perasmian Taman Saberkas di sini semalam berkata, keperluan penduduk akan bertambah apabila aktiviti ekonomi di Bintulu semakin rancak.

“Projek ini dapat membantu daripada aspek penyediaan tempat tinggal sejajar dengan pembangunan yang dinikmati Bintulu pada masa sekarang dan akan datang,” katanya.

Projek tersebut dibangunkan oleh Marajuta Sdn Bhd.

Pengerusinya Simon Daya Galan berkata, fasa pertama merangkumi 152 unit rumah mampu milik dan fasa kedua 40 unit rumah kedai berserta 44 lot perindustrian. Fasa ketiga membabitkan pembinaan 120 unit rumah rumah mampu milik.

Fasa kedua akan bermula pada suku ketiga 2011 dan kerja-kerja pembinaan rumah dalam fasa ketiga dilaksanakan mulai awal 2012.

Keseluruhan projek tersebut dijangka siap pada pertengahan 2014.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...