Nuff Head

19 Disember 2010

KEPERIHATINAN PEGUAM ZAID!

Pihak berkuasa perlu memastikan agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa dalam institusi mahkamah sehingga menyaksikan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berulang-kali.

Syabas Zaid!!

Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, perkara itu penting kerana setiap penangguhan akan memberi implikasi besar terhadap perbelanjaan negara yang antaranya diperoleh daripada cukai ke atas rakyat.

"Penangguhan demi penangguhan yang banyak dalam kes liwat Anwar meningkatkan kos guaman, (wang) ini diperoleh daripada hasil cukai ke atas rakyat negara ini.

"Jadi adilkah sekiranya rakyat membayar kos guaman yang tinggi demi memperjuangkan nasib seorang individu (Anwar), institusi mahkamah perlu diperkasakan supaya perkara seperti ini (penangguhan) tidak berlaku," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.


Zaid berkata demikian bagi mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Noordin mengenai peguam bela utama Anwar, Karpal Singh yang sering bertindak melengah-lengahkan proses perbicaraan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dalam blognya semalam, Zulkifli turut mendedahkan bahawa mengikut laporan hansard Parlimen, Karpal pada 1997 telah mengemukakan bukti kononnya mempunyai dokumen akuan sumpah beberapa orang yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Zaid yang juga peguam terkemuka tempatan serta bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan memberitahu, kes liwat Anwar itu juga menghalang pergerakan ramai saksi yang perlu melakukan aktiviti seperti ke luar negara atas pelbagai urusan.

"Saksi-saksi ini tidak bebas bergerak ke luar negara kerana disapina ke mahkamah, ini sudah tentu menghalang serta mengganggu urusan mereka," tegasnya.

Menurut Zaid, beliau percaya mahkamah mempunyai hak serta kuasa tertentu bagi memastikan tidak berlaku terlalu banyak penangguhan dalam kes tersebut.

Dua bulan lepas isu ni tak timbul masa kita dalam PKR ya..



sumber Utusan on line.

2 ulasan:

  1. betull

    dulu tak timbul..sekarang dah timbul

    dulu karpal dakwa, sekarang dia bela..

    well, u know, it's all about politics.. :)

    BalasPadam
  2. syok jg tengok drama hari ni...tapi elok jg mana yg untung kita sokong..darah Zaid tu UMNO tp dia tak boleh naik sb tu dia lompat pi PKR..nak balik kt UMNO malu, tu yang p tubuh KITA lak..apa pun aku setuju dia dh mula senget mai kt kita. Boh Zaid, jgn tak Boh NURA JUBOQ tu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...