Nuff Head

28 Januari 2011

MENTAATI PEMERINTAH ADALAH SYI'AR AHLUS SUNNAH.

gambar hiasan

Ahlus Sunnah Wal Jama’ah menyatakan wajib ta’at kepada waliyyul amri dan tidak boleh memberontak terhadap mereka, sama ada penguasa yang ‘adil mahupun penguasa yang zalim, selama belum tampak daripada mereka kekufuran yang nyata, dengan mengembalikan keputusan kufur atau tidaknya kepada para ‘ulama ahlus sunnah. Inilah manhaj dan syi’ar Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sepanjang zaman hingga akhir zaman. Prinsip ini mereka tegakkan di atas hujjah dan dalil-dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah. Di antaranya:

Firman Allah s.w.t.:

Wahai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah, ta’atilah Rasul, dan ulil amri (‘pemerintah) dari kalangan kalian. (an-Nisa’ 4: 59)

Dari al-Harits bin Basyir, bahawa Rasulullah shallahu ‘alaihi wassalam (s.a.w.) bersabda:

Aku perintahkan kalian dengan lima perkara, yang Allah telah memerintahkan aku dengannya: Mendengar, Ta’at (kepada pemerintah), Jihad, Hijrah, dan (berpegang teguh dengan) al-Jama’ah”. (Hadis Riwayat Ahmad 6/202; at-Tirmidzi, no. 2863; Ibnu Abi ‘Ashim, no. 1036.Lihat pula al-Mlsykah, no. 3694 dan Shahihul Jami’, no. 1724)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu (r.a.) berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang taat kepadaku, sungguh dia telah taat kepada Allah. Barangsiapa yang derhaka kepadaku, sungguh dia telah derhaka kepada Allah. Barangsiapa mentaati amir (penguasa), sungguh dia telah taat kepadaku. Dan barangsiapa yang menderhakai (menentang) kepada amir sungguh dia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7137; Muslim, no. 1835; an-Nasa’i, no. 4204, 5525, dari Abu Hurairah r.a.)

Dari Ibnu ‘Umar r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Wajib atas seorang muslim (untuk) mendengar dan taat (terhadap pemerintah) pada apa yang ia suka atau pun yang ia benci, kecuali jika diperintah (untuk) berbuat maksiat. Jika diperintah untuk bermaksiat, maka tidak (boleh) mendengar dan taat (tidak melakukan kemaksiatan yang diperintahkan).” (Muttafaqun ‘alaihi, Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7144; Muslim, no. 1839. Yakni tidak mendengar dan tidak taat dari perkara maksiat yang diperintahkan itu saja. Bukan bererti tidak mendengar dan tidak taat secara total atau memberontak. Perhatikan hadis-hadis berikutnya)

Dan Ibnu ‘Abbas , bahwa Rasulullah bersabda:

Barangsiapa yang melihat pada pemimpinnya suatu kerusakan/ kezhaliman) hendaknya dia bersabar. Kerana barangsiapa yang memisahkan din dan jama’ah (pen guasa) sejengkal saja kemudian mati, maka matinya (di atas) jahiliyyah’. (Muttafaqun ‘alaihi, Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 7054; Muslim, no. 1849)

Dari Hudzaifah Ibnul Yaman, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Akan ada sepeninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengambil petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul pula di tengah-tengah kalian orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan dalam wujud manusia. Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang harus aku lakukan jika aku mendapatinya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: “(Hendaknya kau tetap) mendengar dan taat kepada penguasa, meskipun punggungmu dipukul dan hartamu dirampas, (tetap bersikaplah) mendengar dan taat!’. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1847)

Dari ‘Adi bin Hatim berkata: Kami bertanya:

“Ya Rasulullah, kami tidak bertanya kepadamu tentang (ketaatan) kepada (pen guasa) yang bertaqwa, akan tetapi bagaimana dengan (penguasa) yang berbuat (demikian) dan yang berbuat (demikian), ‘Adi bin Hatim menyebutkan beberapa perbuatan jahat (penguasa tersebut – pent.), maka Rasulullah bersabda: Bertaqwalah kepada Allah dan (tetaplah) mendengar dan taat (kepada mereka). (Hadis Riwayat Ibnu Abi ‘Ashim)

Dan Ummu Salamah berkata, bahawa Rasulullah bersabda:

‘Akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa membencinya (bererti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa mengingkarinya (bererti,) dia telah selamat. Akan tetapi barangsiapa yang meredhainya kejahatannya, akan mengikutinya. Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, Apakah tidak kita perangi saja mereka?” Beliau menjawab:

“Jangan, selama mereka masih menegakkan solat.” (Hadis Riwayat Muslim, 1854)

Dan dari sahabat ‘Auf bin Malik al-Asyja’i dengan lafazh:

‘Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, Apakah tidak kita perangi saja mereka dengan pedang? Beliau menjawab: “Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1855)



Inilah aqidah, prinsip dan syi’ar Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dalam bersikap terhadap penguasa atau pemerintaH.
SUMBER KREDIT DARI: BAHAYA SIRIK BLOGSPOT

14 ulasan:

  1. Sdr, ajaran agama kristian pun sama untuk mentaati pemerintah namun banyak yang terlepas pandang mungkin kerana tidak tahu, buat-buat tak tahu atau dihasut oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Namun banyak juga yang tahu sebab itu mereka sentiasa menyokong kerajaan tetapi di dalam parti yang mereka merasa selesa. Tapi yang benar-benar tahu dan sanggup melakukanya adalah mereka yang menerima umno.. fikir..fikirkan..!

    BalasPadam
  2. Salam..pemimpin yg mcm ni yg di gelar ulul amri?..yg harus di hormati?
    Di Sarawak tuk, berapa kerat boleh jadi imam,jadi khatib? Ilmu ugama setakat form 5 ,yo pun credit 6 jak

    BalasPadam
  3. salam ,tanpa nama,

    mohon maaf islam tidak mandang form 7 or 8. jadi imam sik perlu sekolah tinggi cam you ya....pok baca niat,patihah,tayat akhir dan salam insyallah.
    orang keparat seperti kau ya lah nyuruh orng pikir islam susah.
    sukati kaulah nak melawan hadis dan koran.mudahan kau kenak musibah yang berat!amin.

    BalasPadam
  4. pegi balit sekolah tadika kau tanyak juak apa kelayakan jadi khatib ...berat mengunungkah!!!!!perlu sekolah tinggikah!!!!! mun nya sikpaT JAWAB BARUK KAU TANYAK AKU!!!!!!!!

    BalasPadam
  5. Salam...hadis ya perlu penghuraian dan tafsiran dari org yg mendalami ilmu Hadis..

    Ulul amri yg bagaimana perlu di sokong dan di hormati?
    Jangan sekadar "cut and Paste" hadis ..

    BalasPadam
  6. tanpa nama ,butuh kau sapa yang menghurai?mun kau sik mauk baca bukak blog
    kau pun!
    jadi sik salah cut pase hadis jangan dihurai ! butuh kau!

    BalasPadam
  7. Salam semua, terimakasih atas komen dan sokongan semua,baik komen-komen positif atau negetif ianya adalah baik buat blog ini namun saya mengingatkan diri saya dan saudara-saudara pengomen agar menggunakan bahasa yang berhikmah ketika berhujjah.jangan terlalu beremosi ketika berhujjah tu,tiada sapa yang akan bagi kita markah...:).nasihat saya ....

    BERSANTAI-SANTAILAH FIKIRAN ANDA KETIKA KOMEN....

    sama-sama lah kita pesan memesan kearah kebaikan walaupun sepatah perkataan.

    disini juga saya bersetuju bahawa penghuruaian hadis hanya boleh dibuat oleh "pakar hadis".namun menyampaikan huraian tersebut adalah tanggungjawab semua :).
    Siapa ulul amri?saya bukan pakar maaf...

    BalasPadam
  8. nama saya buhari sya drivr jkr Sibu.saya ada duak orang anak tahun ketiga belajar hafis d tergganu ,3 ORANG di u tempatan 2 orang local dan seorang doktor dan seorang jutera di jkr tempat saya kerja .Seorang berkrusus di PUSAT SERANTI BATU 6 kuching, dua orang isteri .

    SAYA ADALAH ULUL AMRI!!!

    .......bagi keluarga saya!!!!!

    BalasPadam
  9. Orang yg menyumpah seranah,mencarut dalam memberi komen ..reflek daya fikiran nya dan tahap pemikiran nya ..
    kalau nak komen komen secara intelectual,tak payah lah emosional...

    BalasPadam
  10. aku kenal dengan buhari cibu tu , dia tu kaki no 4 ekor! mana boleh jadi pemimpin !gantikan dia dengan anak dia yang belajar hafis tu sebab anak tu ada ilmu dia takada...

    jadi anak dia harus mengganti bapaknya secepat mungkin.!!!!!

    BalasPadam
  11. ostaz memandai, bolehkah aku kekal jadi pemimpin keluarga ku :( .tak adakah pengadilan aku dalam islam?adakah syurga Allah perlu kepada ilmu yang tingi? atau adakah aku ahli neraka kerana tak hapal ayat panjang-panjang ketika mengimam keluargaku jauhlagi aku bukan khatib jumaat.

    susahlah islam nya .utk org pandai macam pas aje ke?

    BalasPadam
  12. tanpa aku berik makan minum dan sekolah anak-ank aku ,macam mana mereka boleh berjaya sekarang ....tidak patut bila mereka dah pandai aku dilucutkan jawatan sebagai bapak atau ketua?

    apa bodo punya hukum ini.perlu jadi imam dan khatib jadi pemimpin?

    BalasPadam
  13. sebab ya dalam kerajaan kinektok perlu ada pemimpin dan ulamak mun ada kedua-duak alhamdulilah.
    pemimpin memimpinlah jangnya lari dari ajaran selam jak tapi ulamak jangan nak berpolitik mengacau minda rakyat merka harus taat amir dan yakin dengan hukum Allah.

    BalasPadam
  14. betul juga bagi orang yang tidak berpendidikan tingi janganlah nak memandai bagi nasihat kepada org yang berpendidikan tinggi.sebelum nak ceramah tu sila tunjuk cetifikate dulu....sekadar sekolah memengah tu jangan harap nak masuk syurga..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...