Nuff Head

24 Januari 2011

POLITIK SARAWAK: Provokasi agama sedang bermula...

  
Mungkin kerana dahagakan perhatian, ditambah lagi dengan ketandusan isu. Akhirnya terpaksa juga Radio Free Sarawak dan Sarawak report memainkan isu agama untuk memancing sentimen rakyat Sarawak. 

Bagi Baru Bian memang inilah yang disebut kebebasan bersuara dan perjuangan untuk membela nasib rakyat Sarawak. Kononnya rakyat akan maju dan makmur dengan segala provokasi yang mereka lakukan.

Tidak cukup dengan perpecahan masyarakat dayak yang telah Baru Bian anjurkan melalui PKR Sarawak, mungkin beliau sedang mengidam perpecahan agama secara besar-besaran. Apakah ini yang akan mengenyangkan perut rakyat miskin yang sedang lapar, Apakah politik seperti ini akan menguntungkan rakyat Sarawak?

Negeri Sarawak tidak pernah memiliki undang-undang untuk menyekat penyebaran agama, Malah tidak terikat kepada dasar agama rasmi negeri, sepertimana negeri-negeri lain di semenanjung Malaysia. Apakah rasionalnya PKR bermain dengan isu agama di Sarawak, selain untuk berlagak juara?

Ternyata, provokasi agama serta hasutan telah sengaja dianjurkan untuk memecah-belahkan rakyat Sarawak. Inikah yang menjadi kebanggaan PKR dan Baru Bian?


 Kutipan dari rakan blogger;
Terlebih dahulu kita semua patut bersyukur di bawah KERAJAAN PENAUNG kita masa ini tidak ada ketegangan kaum di Negeri Sarawak .Kita semua bebas bergaul dengan menghormati agama dan bangsa masing-masing.

Kita semua juga patut berdoa agar keadaan sedemikian dapat berterusan sehingga ke anak cucu kita.Perpaduan sedemikian bukannya dipupuk "overnite" tetapi dengan pengorbanan datuk nenek moyang kita yang terdahulu.
Artikel berkaitan  KLIK DISINI

3 ulasan:

  1. http://srikandi7.blogspot.com/2011/01/suatu-ketika-dulu-azmin-adalah-anak.html

    BalasPadam
  2. baru bian nak tutup masalah PKR Sarawak, terpaksalah alih perhatian.

    BalasPadam
  3. Provokasi PKR menggunakan isu agama memanglah tak patut. Mereka ni tak ada bezanya dengan PAS sbab tulah mereka dapat tidur sekatil! Umpana ekstrimis kiri dan ekstrimis kanan. Dlm hal ni org-org yg anti umno akan mengambil kesempatan utk menghasut bumiputera Sarawak. Jadi org yg bukan racist dan ekstrimis sebenarnya adalah org yg menyokong umno..fikir..fikirkan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...