Nuff Head

08 Januari 2011

CALON PKR DIJANGKA TERBENAM DI KALAKA!!

Wahab cabar PKR agar menampilkan calon tempatan di DUN Kalaka dalam pilihan raya yang akan datang

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Abdul Wahab Aziz tidak gentar untuk mempertahankan kerusinya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya akan datang malah mencabar parti itu untuk menampilkan calon tempatan.

Jelasnya, parti tersebut lazimnya menggunakan ‘pemain import’ dan jarang memilih anak jati sesuatu kawasan.

“Saya rasa orang tempatan tidak akan bertanding untuk pilihan raya akan datang ini kerana PKR selalunya menggunakan ‘pemain import’ seperti memilih orang dari luar (Kalaka)… mungkin dari Kuching,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

PARTI PUN PARTI IMPORT!!!

Wahab yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar berkata, beliau sudah menjadi ADUN selama empat penggal di kawasan itu dan telah membawa banyak pembangunan.

“Saya menjalankan kerja dengan baik. Kalau tidak, orang tidak akan terus menyokong saya,” katanya.

Beliau turut menyeru pihak pembangkang agar memberi komen atau kritikan membina.

KOMEN EMOSI BOLEHLAH ASAL MENANG!

“Sebagai wakil rakyat yang terpilih, saya mengalu-alukan apa-apa komen dan maklum balas tetapi kadangkala saya rasa dakwaan mereka adalah sangat melampau,” katanya.

Sebagai contoh, katanya PKR mendakwa penghadang gelombang di Pantai Alit, Kabong yang runtuh pada tahun lepas membahayakan Rumah Ek dan Rumah Beti.

“Kedua-dua rumah itu terletak kira-kira satu kilometer dari penghadang ombak itu dan ia tidak ada kaitan dengan rumah panjang tersebut,” katanya.

Malah, PKR juga menggunakan gambar lama rumah panjang tersebut untuk menunjukkan kerosakan.

MEREKA TAK PERNAH KE SITU PUN.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin bahawa parti itu mampu memenangi 40 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang,

Wahab berkata:

“Sebagai naib presiden PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), saya berani mengatakan kami mampu mempertahan-kan kesemua 35 kerusi kami walaupun menampilkan muka baru,” katanya. Sumber dari Borneo post

2 ulasan:

  1. salam perjuangan tuan,
    nampak gaya boleh terbenam dalam lumpur ni ..hehe

    BalasPadam
  2. pak wahab ni betul ke tak gentar, jangan cakap saja api hakikat kecut dengan pembangkang

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...