Nuff Head

30 Januari 2011

FATWA: Majlis Raja-Raja Perlu Segera Bertindak Atas Nik Aziz

Majlis Raja-Raja
KOTA BHARU, 29 Jan – Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja disaran mengambil perhatian serius terhadap tindak-tanduk “Ketua Ahzab” Malaysia, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bebas mengeluarkan pelbagai “fatwa” yang dikhuatiri boleh memecahkan belahkan umat Islam di negara ini.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata “fatwa” karut marut Mursyidul Am Pas itu boleh mengundang perpecahan yang serius termasuk “fatwa” terbarunya yang menyebut pengundi di DUN Tenang yang tidak mengundi Pas tergolong di dalam kumpulan jahiliah.

Menurut beliau jika sebarang tindakan tidak diambil sudah pasti tokoh yang diagung-agungkan oleh penyokong “totok” Pas akan berterusan mengeluarkan pelbagai “fatwa” dalam usaha memastikan partinya mendapat sokongan umat Islam.

“Nik Aziz hari ini telah berubah banyak sekali dan saya melihat dirinya telah dikuasai oleh kepimpinan “toghut”. Sebelum 1988, beliau merupakan seorang pemimpin yang “berwala’ kepada Allah s.w.t tetapi selepas itu, Nik Aziz telah “berwala’ kepada “toghut” (melampau).

“Beliau perlu insaf dan bertaubat kepada Allah s..w.t. Cukup-cukuplah sesatkan umat Islam dengan pelbagai perkara yang tidak berfaedah itu. Tahukah beliau, tindak-tanduk beliau itu boleh mengundang perpecahan yang serius di kalangan masyarakat Islam hari ini.

“Sebab itu saya minta sangat-sangat pihak berwajib memantau dan ambil tindakan segera dan secepat mungkin terhadap pemimpin yang “berwala’” kepada kepimpinan “toghut” ini untuk kepentingan dan kesejahteraan ummah,” katanya.


Beliau diminta mengulas ‘fatwa’ Mursyidul Am Pas itu yang menyifatkan orang ramai yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah pada sidang akhbar baru-baru ini selepas membantu calon parti itu, Normala Sudirman berkempen di Kampung Radong, di sini.

Ustaz Mohd Noor seterusnya menyeru agar umat Islam khususnya pengundi di DUN Tenang mengelakkan diri daripada terperangkap dengan kepimpinan yang menjurus ke arah kepimpinan syaitan.

“Ingatlah apabila sesiapa yang memimpin kepada “toghut”, maka “toghut” akan mengeluarkan dia daripada cahaya iman kepada kegelapan demi kegelapan,” katanya.

Sumber: credit to MediaUMNO

2 ulasan:

  1. asalamualaikum semua

    sila baca :

    http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/2011/01/menteri-agama-dan-ulamak-harus.html

    salam dari :ALK

    BalasPadam
  2. http://isteri-mamak-tua.blogspot.com/2011/01/menteri-agama-dan-ulamak-harus.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...