Nuff Head

30 Januari 2011

DUN TENANG : Nasihat keselamatan untuk penduduk Labis..

Hubungi pihak berkuasa berdekatan... (sekadar gambar hiasan)
LABIS, 30 Jan – Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Johor menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan laluan Labis-Segamat, khususnya jambatan Kampung Lembah Bakti, Jalan Taman Tenang di sini, berikutan keadaan arus deras banjir.

MKN dalam kenyataannya, berkata arus deras itu adalah berbahaya kepada semua kenderaan.

Pekan Labis kini dilanda banjir besar selepas hujan lebat turun tanpa henti sejak awal pagi.

Keadaan hujan dan banjir itu turut menjejaskan hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini, yang berlangsung hari ini.

Selain Labis, hujan lebat dan sekali-sekala renyai yang turun secara berterusan sejak enam hari lepas turut menyebabkan beberapa kawasan lain di Johor seperti Segamat, Yong Peng dan Ayer Hitam dilanda banjir.


Sementara itu, menurut beberapa penduduk yang ditemui di sini, banjir kali ini jauh lebih buruk berbanding bencana serupa yang berlaku pada 2006.

sumber: umno online

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...