Nuff Head

20 Januari 2011

ISU ROBOH GERAI DIPUTAR BELIT!!!

Pembangkang tidak perlu putar belit isu roboh gerai haram

KUCHING 18 Jan. - Pihak tertentu terutama parti pembangkang diingatkan supaya tidak memutar belit kenyataan dan mempolitikkan isu tindakan meroboh sebuah gerai yang beroperasi secara haram sehingga menjejaskan imej Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Menteri Muda Pembangunan dan Perindustrian, Datuk Daud Abdul Rahman berkata, kejadian tersebut tidak boleh disamakan dengan insiden yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, kerana selain mengadakan dialog bersama para peniaga, DBKU menyediakan tapak perniagaan alternatif yang lebih baik kepada mereka.

Selain itu, tambah beliau, laporan mengenai penguatkuasanya berlagak samseng ketika menjalankan kerja-kerja meroboh gerai tersebut merupakan dakwaan palsu untuk memburuk-burukkan DBKU.

"Kita telah pun menjalankan penyiasatan berhubung dakwaan itu termasuk meneliti rakaman video yang diambil pihak DBKU ketika kerja-kerja meroboh dan menyita dijalankan.

"Anda sendiri boleh lihat rakaman tersebut, tidak ada kekasaran berlaku, yang ada cuma provokasi daripada keluarga peniaga terbabit manakala para penguat kuasa sekadar mempertahankan diri serta memujuk mereka dengan cara baik," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar dan tayangan video mengenai tindakan meroboh dan penyitaan sebuah gerai tidak berlesen berdekatan bulatan Jalan Bako minggu lalu, di sini hari ini.

Turut hadir Datuk Bandar DBKU, Abang Mohd. Atei Abang Medaan dan Timbalan Pengarahnya, Lantak Amin.

Khamis lalu, akhbar tempatan melaporkan sebuah keluarga peniaga berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap DBKU apabila pegawai penguat kuasanya dikatakan berlagak ala gengster ketika meroboh dan menyita gerai mereka yang beroperasi secara haram.

Mereka mendakwa selain meroboh dan merampas barang-barang yang ada di gerai tersebut, penguat kuasa DBKU turut menyerang mereka dengan belantan serta merompak wang tunai.

Dalam pada itu Daud yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri menjelaskan, semasa operasi berkenaan, pihak DBKU bertindak mengikut prosedur yang telah digariskan bagi memastikan keselamatan peniaga dan orang awam tidak terjejas.

Katanya, DBKU sudah beberapa kali memberi amaran dan mengarahkan peniaga terbabit supaya menutup gerai mereka yang beroperasi di tepi jalan atas faktor keselamatan serta tidak berlesen.

"Sebagai alternatif, pihak DBKU dengan kerjasama FAMA menyediakan 92 tapak baru di Pusat Perniagaan Demak Laut supaya peniaga tersebut dapat meneruskan perniagaan mereka dengan bayaran sewa serendah RM2 sehari.

"Daripada 70 peniaga yang beroperasi secara haram di jalan tersebut, hanya peniaga ini sahaja yang berdegil dan tidak mahu berpindah walaupun beberapa kali diberi amaran," katanya.

2 ulasan:

  1. sapa yg putar belit cite kalo tak media BN sendiri. Tolol punya daud sundal

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama,
    tahniah kepada yb daud kerana telah berkhidmat dengan cemerlang.!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...