1. Kalau PKR menang pilihan raya dan SPR akan dianggap ADIL, Tapi jika PKR kalah dalam pilihan raya, SPR dianggap berat sebelah atau tidak telus ;
2. Mahkamah dianggap ADIL bila keputusan mahkamah memihak kepada PKR, contohnya kes-kes tanah adat, Tapi jika Mahkamah tidak memihak PKR, Baru Bian mengatakan mahkamah dan undang-undang kononnya dimanipulasi oleh BN ;
3. PKR kata Lee Kuan Yew pemimpin yang baik dan ADIL, Tetapi bila Lee Kuan Yew kata Anwar memang ada melakukan liwat (ooops *%&%$#@) PKR kutuk Lee Kuan Yew..tidak ADIL.
4. SPRM dianggap telus dan betul bila tangkap dan dakwa pemimpin-pemimpin BN kerana rasuah, Tetapi SPRM dianggap SALAH GUNA KUASA dan TIDAK ADIL kerana menyiasat pemimpin DAP, PAS dan PKR.
5. SPRM juga dianggap TIDAK ADIL kerana tidak menyiasat Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib, Tetapi SPRM melakukan KEADILAN kerana tidak menyiasat Azmin Ali dan Anwar Ibrahim walaupun mereka hidup MEWAH macam billionaire.
6. Raja Petra Kamaruddin (RPK) adalah wira bila berani memfitnah dan menghasut kerajaan..tapi lepas nie apa pula tafsiran dan takrifan terhadap RPK bila dia sudah lawan ‘towkay’?
7. Tun Mahathir dan pemimpin BN dianggap amal nepotisme bila anak-anak mereka jadi kaya raya, Tetapi Nik Aziz lantik anak dia dalam syarikat milik negeri dikatakan ADIL kerana itu hak Menteri Besar.
8. Taib Mahmud dikatakan nak wujud DINASTI dalam politik kerana adik, anak dan sepupu jadi ahli Yang Berhormat, Tetapi Kamus PKR tak kata PKR dan DAP pun ada DINASTI POLITIK seperti Nurul Izzah, Wan Azizah dan Anwar; Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng; Karpal Singh dan Gobind Singh Deo. Malah dalam PKR, Anwar Ibrahim sebagai ketua umum, Wan Azizah sebagai Presiden, Nurul Izzah sebagai Naib Presiden..kalau dalam BN..itu bukan KEADILAN, Kronisme dan sebagainya.
Begitulah definisi KEADILAN yang terdapat dalam kamus Parti Ketidakadilan Rakyat - PKR …
sumber: komen pembaca blog.
tambahan Bro,
BalasPadammaklumat wikileaks semuanya fitnah dan bohong kalau melibatkan Anwar atau PKR, Tapi semuanya benar dan perlu disiasat kalau melibatkan BN atau kerajaan.