Nuff Head

12 Januari 2011

Perpecahan! Inilah yang PKR bawa ke Sarawak

Meskipun Baru Bian telah dilantik semula sebagai pemimpin PKR negeri Sarawak pada 9 Januari lalu, Namun gugurnya jawatan Baru Bian sebagai Naib presiden diperingkat pusat, dan diganti dengan Datuk John Tenewi Nuek membuktikan kesan perpecahan yang telah, sedang dan akan terjadi dalam PKR Sarawak.

Tidak semudah mencari kambing hitam dengan melemparkan tuduhan kononnya ‘kerja’ orang BN, Cybertroopers dan sebagainya. Kerana bantahan atau sabotaj oleh ahli sendiri tidak akan terhenti disitu jika ‘penyakit’ dalaman terus dipandang remeh. 

Perpaduan! Inilah agenda yang tidak pernah wujud dalam perjuangan Baru Bian serta PKR Sarawak, selain provokasi dan sentimen kebencian. 

Perpecahan demi perpecahan terjadi, seolah itulah harga yang perlu dibayar oleh masyarakat dayak dan rakyat Sarawak demi cita-cita peribadi pemimpin PKR. Ironinya, Baru Bian dan PKR yang meneriakkan slogan keadilan untuk semua, telah membawa perpecahan yang cukup besar bagi masyarakat dayak.

Keluarnya SNAP dari Pakatan Rakyat dan menyertai UBF telah menceritakan satu lagi perpecahan. Diikuti pula beberapa pemimpin dayak dalam PKR beralih arah menyertai SNAP, menampakkan satu lagi yang tidak "benar" tentang PKR Sarawak.


Kehadiran Datuk Zaid Ibrahim selaku presiden parti KITA di Kuching pada 30 Januari nanti, akan melahirkan cerita baru untuk politik masyarakat dayak. Jika pun itu digelar kesepakatan baru, tetap saja menimbulkan cerita lama iaitu perpecahan. Semuanya bermula dari rasa "tidak enak" ketika bersama PKR.

Bagaimana pula dengan team A, team B dan team C yang masih ada dalam PKR, Berapa banyak lagi perpecahan yang dijanjikan Baru Bian?

Apalah yang nak dibanggakan, jika bersatu sekadar untuk berpecah!


Apakah memang tidak ada, atau memang tidak wujud agenda perpaduan dalam politik Baru Bian selain keinginan kuat untuk jadi ketua menteri Sarawak?


0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...