Nuff Head

10 Januari 2011

Zahid Hamidi Rasmi Projek Jiwa Murni di Sematan, Sarawak

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikesan di Sematan.  Begitu tegas membawa Angkatan Tentera Malaysia ke Kampung Sebat Melayu untuk merasmikan Projek Jiwa Murni.  


Orang straight ni memang tegas sehingga beliau terus-terang menyatakan bahawa ini bukan agenda politik cuma jabatan profesional yang meneruskan ilham Perdana Menteri semasa beliau (PM) pernah menjadi Menteri Pertahanan suatu ketika dulu.  


Alangkah dedikasi dan murninya Perdana Menteri sehingga beliau masih ingat akan usaha beliau untuk membawa Askar Masuk Desa dan meneruskan lagi melalui Projek Jiwa Murni walaupun di bawah jabatan yang lain. 

Sematan bukanlah destinasi terakhir PJM tetapi banyak lagi kampung-kampung akan dijelajah dibawah Projek Jiwa Murni ini.  Dengar khabar PM akan turun ke Belaga 15 Januari  2011 ini!  Marilah kita sama-sama mendoakan beliau selamat tiba ke Sarawak.

Ikutilah laporan Projek Jiwa Murni yang dikeluarkan dalam Utusan Borneo pada Sabtu lalu. 


Projek Jiwa Murni ATM bukan agenda politik kerajaan

Utusan Borneo : Posted on January 8, 2011, Saturday

SEMATAN: Jangan cuba memanipulasikan Projek Jiwa Murni oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai agenda politik kerajaan.

Perkara ini ditegaskan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Jiwa Murni di Kampung Sebat Melayu di sini semalam.

Menurutnya, pihak tentera adalah satu jabatan yang bersifat profesional dan langsung tidak terlibat dalam kerja-kerja politik.

Justeru beliau mengingatkan semua pihak supaya tidak mengaitkan pelaksanaan apa jua bentuk projek oleh ATM dengan politik.

“Projek Jiwa Murni yang dilaksanakan hari ini merupakan kesinambungan daripada projek asal yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

“Projek-projek ini dijalankan secara berterusan dan konsisten oleh pihak ATM untuk membantu masyarakat setempat di seluruh negara khususnya di kawasan pedalaman.

“Justeru kami tidak mahu projek ini dianggap sebagai kerja-kerja politik apatah lagi menjelang pilihan raya akan datang,” katanya.

Hadir sama, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Awie Suboh, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin serta Menteri Muda Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Peter Nansian Ngusie serta ADUN Opar Ranum Mina.

Jelas Zahid lagi, kesemua projek yang dilaksanakan oleh pihak tentera dibiayai oleh 1Malaysia Development di bawah pejabat Perdana Menteri dan tidak menjejaskan peruntukan persekutuan.

Zahid bagaimanapun enggan menyatakan keseluruhan bajet yang digunakan bagi pelaksanaan Projek Jiwa Murni di seluruh negara.

“Peruntukan adalah berdasarkan kepada keperluan yang diperlukan dan akan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa untuk memenuhi kebajikan masyarakat setempat,” katanya.

Bercakap mengenai projek tersebut, ia dilaksanakan merangkumi lima bahagian iaitu bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Sarikei.

Perdana Menteri dalam pada itu dijadualkan akan merasmikan program ini bagi peringkat negeri Sarawak dan negara pada 15 Januari depan di Belaga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...