Nuff Head

08 Januari 2011

PKR SARAWAK : Nasib ‘Baru Bian’ akan diketahui esok!!!

Disebalik keyakinan yang melampau dengan falsafah politik baru “demi hutan belantara”, dan keghairahan untuk mendabik dada, kerana merasakan mereka akan menang mudah semua kerusi DUN Sarawak. Siapa sangka, Baru Bian teruji oleh ‘suara gergasi’ untuk menyingkirkan beliau sebagai pemimpin PKR Sarawak.

‘Bring it on’ kata Baru Bian ketika mencabar ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud suatu ketika dulu. Satu cabaran mendabik dada yang tersiar dibeberapa media ‘mesra Pakatan’ menunjukan betapa Baru Bian penuh yakin akan duduk sebagai ketua menteri Sarawak pada bila-bila masa.

Nampaknya cabaran Baru Bian terlebih dahulu disambut oleh ahli PKR sendiri, Bila beberapa orang kuat PKR Sarawak telah mempertikai kedudukan Baru Bian. Bantahan tersebut telah disuarakan di kuala Lumpur pada 7 Januari 2011 yang lalu, oleh kumpulan orang lama dalam PKR Sarawak yang tidak bersetuju dengan perlantikan Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan PKR negeri dan Jawatan ‘belas kasihan’ sebagai Naib Presiden PKR.

Dalam PKR Sarawak terdapat 2 kumpulan yang tidak bersetuju dengan Baru Bian, Satu kumpulan terbentuk kerana perjuangan team Baru Bian bercanggah dengan prinsip asal perjuangan PKR Sarawak yang berbau ‘dayakisme’. Manakala satu lagi kumpulan tidak bersetuju kerana 2 jawatan yang disandang Baru Bian oleh PKR pusat seolah menidakkan kewibawaan pemimpin lain, khususnya orang yang telah lama berjuang untuk PKR di Sarawak.

Keributan dalam PKR Sarawak tidak terhenti disitu, kerana belum lagi ditambah dengan ahli yang beralih arah untuk menyokong gagasan Datuk Jeffrey dan UBF. Belum juga dicampur dengan penyokong yang setia kepada Datuk Zaid Ibrahim, yang berharap Parti KITA pimpinan Datuk Zaid akan terbang ke Sarawak.

Gertakan 'Orang lama' bagaikan 'suara gergasi’, hingga menyebabkan Majlis tertinggi PKR terpaksa membuat keputusan berhubung nasib Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri dan Naib Presiden. Majlis tertinggi PKR yang bermesyuarat esok akan memutuskan kedudukan Baru Bian dalam politik Sarawak.

Dikabarkan 2 nama pemimpin PKR Sarawak sedang dicadangkan untuk mengantikan Baru Bian sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri. Nama yang disebut-sebut adalah Saudara Nicholas Bawin dan Saudara Granda Aing, namun keputusan rasmi akan diumumkan pucuk pimpinan PKR pusat semasa mesyuarat Majlis Tertinggi esok hari (9 Januari 2011).

Persoalan yang lebih besar untuk Baru Bian, apakah keputusan MT PKR atau ‘suara gergasi’ dalam PKR Sarawak akan meranapkan impian ‘Baru Bian for CM’?

Yang jelas, belum pun berperang dalam pilihan raya, Baru Bian sudah tersungkur. Bukan hanya kerana ‘ketulahan’ mendabik dada, tapi juga oleh ketidakadilan terhadap rakan seperjuangan.

Bagi yang mengamati sejarah politik dayak, scenario seperti ini bukan perkara baru, malah sudah dijangka. Lihatlah SNAP, PBDS, PRS dan SPDP, semuanya melalui kesembuhan dari penyakit yang sama.

Cuma dalam PKR Sarawak, mereka tidak ada kambing hitam untuk menutup kelemahan diri. Jika dalam BN, mereka akan berkata ada tangan ghaib disebalik wayang. Sambil menunjukkan ketua menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai punca perpecahan mereka.

Namun begitu, politik dayak tetap memerlukan kambing hitam yang sama sebagai modal politik untuk memicu sentimen dayakisme. Kerana politik dayak memang sangat memerlukan kambing hitam...

p/s: artikel ini ditulis sewaktu istirahat di kebun sambil berangan nak jadi menteri...kah kah

3 ulasan:

  1. salam.. minta jasa baik saudara untuk link kan blog saya di dalam blog saudara..
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ..

    BalasPadam
  2. @MALAYSIAN UNITED,
    link saudara sudah saya pautkan, terima kasih

    BalasPadam
  3. mohon link di blog tuan..

    mimview.blogspot.com

    segala kerjasama didahului dgan ucapan ribuan terima kasih...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...